Kawan2 kite...!

Sunday, July 12, 2009

Berpisah untuk kembali bertemu (part 1)

Tepat jam 9:30 mlm, spt yg telah dijanji kn telefon genggam tu berdering nyaring menyatakan ada pemanggil dihujung talian menunggu utk berbicara dgn ku. lantas punat hijau N95 pemberian tunang ku ditekan setelah pasti nama pemanggil yg mmg kunanti panggilannya.
"Weh norley, aku dh sampai kt giant ni. camne nk ke rumah ko ni?" suara man nyaring dicorong telefon. tersenyum sebentar sebelum menjawa soalan yg diajukan. terdetik dlm hati ku 'agak menepati masa jugak budak ni' heheee.... aku lantas memberi petunjuk jalan ke rumahku yg sememangnya agak terperosok. rumah yg menjadi kesayangan mak. walaupun sesak, penduduk yg sifat kejiranan yg tinggi telah menambat hati mak. keluarga ku yg besar amat selesa dirumah flat yg telah diubah suai sepenuhnya oleh kami adik beradik. lebih kurang 10minit menunggu akhirnya man sampai dan aku terus memboloskan diri masuk ke dlm perodua kembara miliknya. kali pertama menumpang dan kali pertama ini juga lah aku dipertemukan dengan kekasih hati man. akma, wanita yg berjaya merebut hati kwn yg telah aku knl 11tahun yg lalu. aku doakan agar ini yg terakhir dan terus kekal dengan man. bagiku, usia mampu mematangkan fikiran manusia dan ku doa agar adik beradikku (patuh98) akan sentiasa bertindak matang. aku tidak byk bersembang pada awlnya. agak segan berada diantara dua merpati sejoli. tapi ada jg sekali sekala aku menyampuk perbincangan mereka. hahaa.. aku anggap man spt adikberadik, maka akma juga harus di lyn seperti adik beradik ipar ku. hehee.. perjalanan seterusnya, man memberitahu bahawa taro sedang menunggu kami di hotel palace of the golden horses. kursus bersama sime darby, tempat kerja barunya (dia memang murah rezeki untuk bertukar2 tempat kerja) baru tamat ptg tadi. jadi kami pun bergegas untuk mengambil taro. perjalanan yg sepatutnya tidak mengambil masa yg lama, tapi disebabkan kesesakn jln raya, kami smpai setelah hampir 30minit bertarung di atas jalan raya. man sudah berkali2 merungut dengan keadaan jln yg sesak. hairan, mlm2 pun masih sesak lg. inilah ragam hidup di kota. penghuninya sentiasa berlumba2, berebut2, berpusu2 xkira ketika dan tempatnya. sweater kesayangan ku peluk kuat, pendingin hawa didlm kereta kembara seolah menggigit saraf sejukku. mungkin suasana dingin diluar telah menambahkan lagi kedinginan. sesekali terdengan ketawa2 kecil man dan akma. sampai di hotel, kami terpaksa menunggu taro yg sentiasa ada sj perancangan sampingannya. entahla apa yg disibukkan sgt. man memarkir kereta di luar kawasan menunggu hotel. sambil menunggu aku sempat meninjau2 rekaan struktur hotel yg nmpak gah dari luar. bercirikan seperti kota seorang maharaja. walaupun masih kekal berdindingkan konkrit bukannya dinding permata keadaan sekitarnya berjaya menarik tumpuan aku. mungkin suatu hari aku akan cuba luangkan masa untuk menginap semalam dua di situ. mungkin setelah bersuami dan btul2 niat untuk merehatkan diri. disitu lah yang akan aku tuju. setelah hampir 15minit...man memandu kereta agar lebih hampir dgn ruang lobi hotel tersebut. btul2 dibelakang sebuah kereta kancil, mungkin jg sedang menanti peserta kursu seperti taro. telefon genggam man berbunyi, aku pasti taro yg berada dihujung talian. man meberitahu kedudukan kami yg sdg menantinya. selang beberapa minit terlihat taro di muka pintu utama, president homeroom patuh yg suatu masa dlu gemar perkenalkan diri sebagai taro berbanding nama asalnya mohd fadly. hmm...semasa umur 13tahun, pengaruh karikatur ultraman hero negara matahari terbit itu mudah mempengaruhi minda kanak2 lelaki termasuklah taro. lucu bila terkenangkan saat dia perkenalkan dirnya. tapi itu lah kenangan yg bisa buat aku tersenyum sendiri.

taro dan man di dlmperjalanan

selesai memuatkan barang, kereta perodua kembara pantas menyusur jalan raya untuk ke destinasi seterusnya. perjalanan yg panjang diserikan dgn usik2 antara kami. sungguh aku rasakan seperti tiada perubahan langsung pada man dan taro. sama seperti 11tahun yg lalu. cuma mungkin fizikal yg berubah, perangai masih kekal sama. sifat taro yg kdg kala serius dan kdg kala terlalu keanakan. sikap man yg lembut dan lebih banyak ketawa. apa lah agaknya sikap adikberadik yg lain sedang menanti kami di utara. saat itu kepalaku ligat memikirkan dan cuba membayangkan wajah2 kchah, ina, ira, rajah, min, jep, dan yg paling utama...wajah cikgu shara. rasa rindu tiba2 terbit dari sanubariku. sampai ditanjung malim, man berhenti utk mengambil kekasih hati taro, yati. sangka ku yati akan turut serta dalam reunion kali ini. rupanya dia sama seperti akma, hanya tumpang separuh jln untuk balik ke kg masing2. mungkin masih segan kerana ini reunion patuh yg pertama. harap2 selepas ini mereka berdua akan turut serta. walaupun baru bertemu, kemesraan antara kami mudah terbina. terdetik dalam hati ku, pandai juga man dan taro mencari pasangan, tidak sombong dan mudah berbicara. heheee....
setelah menghantar akma di slim river, perjalanan diteruskan untuk ke penang. berhenti sebentar di rnr tapah dan satu lagi perhentian yg aku lupa namanya. jam 4pagi perodua kembara gah menyusuri jambatan pulau pinang dan mengingatkan aku kpd tunang yg jauh di perantauan. laluan yg sentiasa kami lalui utk habiskan masa bersama di pulau pinang. dahulunya aku dan tunang lebih selesa meredah jambatan yg pernah menaikkan nama malaysia suatu masa dulu berbanding menunggu giliran menaiki feri. hmm, telefon ku capai untuk menghantar mesej ringkas kepada kchah mengatakan kami semakin hampir dgn rumahnya. aku akan bermalam di rumah sewanya. hampir 30minit menanti sambil mencari2 jalan kerumah kchah, mesej ku padanya masih belum berbalas. hmm...mungkin sedang nyenyak tidur. risau pula aku hendak mengganggu kantuknya. setelah beberapa kali berpusing2 menjcari kedudukan rumah kchah, akhirnya aku terpaksa menghubungi kchah. kami berhenti disimpang jalan, menanti kchah yg sedang dlm perjalanan mengambil kami. kasihan adikku yg seorg ni. tidurnya dikejutkan pagi2 oleh kami. setelah hampir 7tahun tidak bersua, mungkin timbul rasa segan dihati kami masing2. tambah pula mendengar suara kchah yg sememangnya sedang hanyut jauh dibuai mimpi. bertemu jua dengan kchah setelah beberapa pertemuan lalu yg dirancangkan tidak berjaya. wajahnya yg semakin ayu kembali mengingatkan ceritera lama semasa dizaman sekolah. ah, kchah sudah jauh berubah dari segi perwatakan dan gayanya. namun, perangainya yg suka ketawa masih kekal sebati dgn siti aishah ismail. masa yg seharusnya aku habiskan dgn tidur dan berehat, aku isikan dgn berbual2 dgn kchah. byk perkara yg kami bualkan. dari zaman dahulu sehinggalah keadaan kami sekarang. dari sembang soal kerjaya, sehingga lah bersentuh soal hati dan perasaan. rupanya hati gadis ini telah terikat oleh seseorang. pilihan hati kchah merupakan seorg chef. raut wajah cina pada arif yg berasal dari alor setar telah berjaya mencuit hati kchah yg merupakan anak jati yan, kedah. "pandai kchah cari, tukang masak lagi...senang la hidup hang".. kdg kala usikan itu sengaja aku ajukan. sungguh aku rasa kn chef lelaki ini sgt kurang dan lelaki yg pndai memasak ini dikategori kan agak istimewa di dunia ini. walaupun tunang aku tidak lah dikategori ini. hehee... hmm..aku sentiasa doakan agar hubungan mereka berkekalan selamanya. amin...
setelah puas bertukar2 cerita...dari azan subuh sehingga lah jam 830 pagi. aku meminta kchah membawa aku ke giant. hadiah utk cikgu shara masih belum aku beli. setelah 7tahun berpisah, kekok pula rasanya untuk aku berjumpa tanpa tanda mata. aku belikan hiasan ayat al-quran untuk nya. itu yg aku rasa kan sesuai selain baju yg telah kchah beli dari awl untuk cikgu. setelah selesai membeli apa yg direncanakan, aku dan kchah bergegas keluar untuk menuju ke destinasi seterusnya. sunway carnival, kchah akan tggal kan kereta nya kepada arif dan kami akan menumpang kereta man dan jafni. jafni, seorang lagi adikberadik patuh98 yg kabarnya sekarang sudah menjadi inspektor kesihatan di pulau pinang. perjalanan diteruskan dengan babak2 menarik dan menyentuh hati.

---->>nnt kan sambungan perjumpaan @ alumni pertama homeroom patuh 98 pada episod akan datang

salam...

No comments: