Kawan2 kite...!

Friday, July 31, 2009

Makan2 with my Family


Mlm td aku n d famili ambil sedikit masa g mkn kt sate hj samuri... tepi mrr2 laa... so utk entry kali ni aku share la sket2 gamba yg aku snap for that moment.

Sate Kajang Haji Samuri

aksi mereka sambil menunggu makanan

ya ampun...huduh perangai dpn ABC teringin... hahahaaa

sungguh kusyuk mentelaah.. hahaaa

dh nk balik dh....


itu lah serba sedit pic yg aku smpat ambik... mklum laaa time lain tu kelam kabut focus on sate je.. hahaaa....

tp slps je kitorg kuar dari restoran tu (masing2 dgn perut yg penuh laaa of coz) , tgk abah seolah2 diberi penerangan oleh seseorg yg ada bukak kedai tepi jln kt dpn restoran sate haji samuri tu laaa... pakcik tu jual cincin2 n batu cincin as well. dari ape yg aku dgr, dia seolah2 menerangkan kehebatan batu cincin yg dia jual tu la. bole itu laaa bole ini laaaa... yg hairan nya ble plak kitorang stay jap kt ctu. xde la focus kat pakcik tu punya penerangan, kecuali abah yg setia mendengar..mgkin sbb nk jaga hati. hairannya....y dia canang batu2 cincin yg dia jual tu seolah2 boleh bwk tuah. kalo ikut logik, bnda2 yg bwk tuah ni boleh dijual beli ke....then, dia yg jual tu xterkena tuah batu2 tu ke? kalo dh bertuah sgt ngan batu tu, nape dia still menjaja kt ctu lagi. aku bkn nk lekeh2 kn penjaja, abah aku pun meniaga jgk. tp xpyh laaa nk agung2 sgt barang jualan dgn mencanangkan yg bukan2. maybe pakcik tu ckp betul...but i still cant trust...
*
*
SO WHAT...!!!
*
*
ni la serba sedikit gamba yg aku amek utk tatapan korang. kalo ada sesiapa yg terasa sory la. ini pendapat peribadi aku. aku pn dgr jugak tp masih berpegang pd prinsip...DENGAR BOLE PERCAYA TIDAK... hahahaha

abah d hadapan barang2 jualan

abah setia dgr cerita pakcik tu...

ok lah..till then

daaa


deera ®









Gila2 Jurutera ~~meetiNG~~

hye semua...

hidup yg agak membosankan. harini aku sgt la bz dgn meeting. ini la kerja aku sebenarnya...lebih byk meeting dan koordinasi. xbyk sgt la design sbb ada assistance n design stage pn dh byk berlalu. sekarang lebih kpd nk carry on projek, claim n kejar projek baru. sebut psl keja2 projek ni, aku sgt la sibuk dgn projek IBS yg sememangnya kerajaan msia ni nk galakkan...asyik kursus je la aku lps ni. ok laaa kan, tmbah pengalaman. bertambah berat la hati nk g exam ptd tu. (huissshhh...mati lo kalo mak tau aku xmo pg.)

aku nk pg laaa...dh siap amek cuti pn... walopon hakikatnya aku xtau kt mn Convent Jln Peel tu. aku sewa taxi je la nnt. dh la dua hari berturut sebelum tu aku ada kursus kat damansara kim yg aku pn xtau gak kt mn hala tmpat tu (memang la aku ni buta jln @ road blind) terima la hakikat ini. so sebagai langkah paling hebat tanpa perlu susahkan org dan tak perlu sesat, aku sewa taxi je la. lg pun fees akan dibyr oleh TC. heheee... mekasih bos. jasamu dikenang baktimu dijulang.

aku akan cuba sedaya upaya untuk memajukan diri. dalam pada masa yg sama, aku pn duk sibuk memikirkan ttg majlis perkahwinan aku. walopon lmbt lg, tp aku rasa mcm dh xcukup masa dh. mklumlaaa semua bnda nk buat sendiri. aku kalo bole nk jgk tgk hasil kerja tgn pada brg hantaran n door gift utk tetamu aku adalah hasil dari tgn aku nih. tp... takut gak hangat2 tahi ayam.. kihkih....

next entry aku try uploadkn camne jenis gubahan hantaran yg aku inginkn... of cos temanya mesti lah merah (walopon aku bkn penyokong red dragon) huhuuuu

daaa oll

deera ®

Thursday, July 30, 2009

thanX

terima kasih mengunjungi blog saya. harap dapatlah tinggalkan ape jua komen membina sepintas lalu....





thanx again!

deera ®

Wednesday, July 29, 2009

miss old day











deera ®

sedikit INFO utk bakal pengantin

ini adalah senarai semak yg saya rasakan relevan utk bakal2 pengantin...

(hasil cedok dari : http://afeeq43.multiply.com)


MALAM BERINAI:

Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.

Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)

Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)

Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda

Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi pengantin lelaki:

Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)

Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.

Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

Membeli cincin kahwin.

Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.

Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.

Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.

Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:

Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.

Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.

Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Membeli barang kemas

Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:

Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.

Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:

Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki

Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.

Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.

Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.

Cincin / gelang tangan / rantai.

Sirih junjung dan lain-lain hantaran.

Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.

Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.

Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.

Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:

Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan

Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:

Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak




deera ®


Tuesday, July 28, 2009

Semangat Dari Jauh

antara kisah duka aku dan tunang tersayang. (so, sape yg meluat nk baca xperlu baca ye...)
tp sape yg rasa nk baca & anggap sebagai sebuah kisah, baca je laaa... bkn nye ada pe pn...

alam belajar! time kt univ dlu la, kitorg kenal sbb 1course & 1group orientasi (walopon pada mulanya aku xpenah sedar kehadiran dia dlm group sehingga dia mintak no fon aku time majlis penutup orientasi)... heheee... lawak la jgk, kirenye 2anugerah la aku dpt mlm tu. 1for best freshie & 1for get 2know him (anugerah yg xternilai). itu la detik pertemuan yg memulakan segalanya...kirenya aku ni xpenah la kwn2 dlu ngan dia.. knl2 terus sangkut kt hati la ni...hahaaa... so dipendekkan cerita, daftar masuk u bln jun n declare couple in August. see...progressive x kitorang. aku pn heran gak camne flow nye begitu smooth sekali, sedangkan mr fiancee xpenah ada pengalaman lg (kirenye i'm his 1st crush) kuikui... aku xkire la brape byk kali dh crush...mamat cine dlm drama pn aku ble jatuh cinta...mmg hampeh...hahaaa ... tp,aku yg ada pengalaman (sket2 je) pn ble terkantoi dgn panahan asmara (ayat gedix) dia. ape daaa...! bermula dgn prosperity burger di McD, sehingga la kini...hanya dia dia bertahta dihati. tiada pilihan kedua...pertama hingga akhir usia...hanya diaaa ooOOoooOO (skali kuar lagu datuk ct la plak...weee~,~)....


dlm keindahan bercinta..kdg2 kala ada jugak berduka.. tp kami masih teguh memegang janji. biar ramai kwn2 berganti2 pasangan 9mcm2 la alasan diorg), tp kami masih bersama.. biarpun ada je yg dengki dgn hubungan ni (tabur mcm2 fitnah dan mengadu domba) kami masih kekal bergelar kekasih dan december lalu, aku bergelar tunangannya..

korang bole laa...couple duk dekat...hari2 jumpe..mmg la bole kekal..cuba korang duk jauh mcm aku, mau xsampai sebulan dah breake.... antara ayat cabaran yg penah aku dengar. tp kami dh buktikan...bukan setakat jarak berpuluh km, malah beribu batu dah pisahkan aku dan ewan...hanya jasad kami terpisah, tidak pada hati...(ayat geram dekat cik N-bkn nm sebenar yg slalu provoke kami)..



aku juga sanggup dituduh lupa kwn (walo sebenarnya kwn itu yg lupa kn aku)... demi cinta yg aku agungkan ini (namun tidak seagung cinta pada agama ku). ada juga si ketot sedaya upaya burukkan aku pd ewan, namun kasehnya pada aku melebihi omongan kosong seorang p'dengki. hehee..sudah2 la kami di uji...

kini kami diuji lagi... walaupun di ikat dgn tali pertunangan..hubungan aku dan ewan hanya di alam siber. sungguh jarak tidak membatas kn kaseh syg kami utk kian bercambah. aku masih di msia menanti kepulangan wira cinta yg sedang hebat bertarung dan berjuang di medan perjuangan seorang jurutera. berjuang memperkukuhkan kedudukan kewangan kami sebelum melangkah ke alam baru sambil melengkapkan diri dgn ilmu yg sukar ditimba di msia. aku sbg org yg paling rapat memahami yg sentiasa berada dibelakangnya mmberi dorongan dan semangat. andai patah sayap bakawali, bertongkatlah dgn paruh sendiri. aku pasti, impian bukan sekadar mimpi (slogan yg slalu dia utara kn) akn juga menjadi realiti. buktinya, xperlu aku hebahkan lagi...


walau berbagai onak dan duri pernah kami tempuhi, cinta dihati berlandaskan islami tetap utuh dan semakin bersemi. kini aku dan dia hanya menghitung hari, semoga segala impian direalisasi, semoga terkabul nyata semua mimpi.
cuma aku ingin dia disana ketahui...walau berjuta dugaan harus kau hadapi, walau beribu onak ranjau harus kau tempuhi sendiri lagi, ingat pd Yang Maha Esa maha mengetahui dan pada aku disini yg setia menanti.
jika ada yg bertepuk gembira saat kau luka, mnjauhkan diri saat kau hiba..biarlah dgn cara mereka. krn mereka bukan kalangan yg terpilih seperti kita.



deera ®


Monday, July 27, 2009

Something that i LikE



Woman was made from the rib of man,

She was not created from his head to top him,

Nor from his feet to be stepped upon,

She was made from his side to be close to him,

From beneath his arm to be protected by him,

Near his heart to be loved by him.







deera ®

Sepanjang Perjalanan.....





Last weekend merupakan yg ter'bz' bagi aku... bermula jumaat lg sebenarnya. walopon bg sesetengah org...weekend patut nya masa utk rest... tp bg aku, TIDAK utk kali ni.

mule hari jumaat lagi, pkol 12 (walopon blom lunch hour lg) kakak dh kol suh aku amek dia kt klinik ruzini (pakar kanak2 kt jln ipoh). mujur la opis aku ni rules dia x teruk sgt. so...aku pn drive laju2 (sbb tau kakak tgh menunggu) singgah sat amek alyaa kt tadika n terus pg jln ipoh amek kakak n of cos anak dia adleena.... kitorang pn singgah la giant utk lunch sama2 kt chicken rice shop (kegemaran kakak...n of cos kakak yg kne blanje~~~weee). di bwh adalah pic2 yg smpat aku capture time tunggu mknn smpai. lwk pulok bila tgk gelagat kesayangan hamba ni. heheee... mmg la active sgt dua2 anak sedara aku nih.

alyaa n adleena-sengaja aku suh pose sket supaya diorg x aktif sgt... heheheee.. tp menu masih d conquer oleh depa laaa...


tgk la aksi adleena angkat alyaa utk basuh tgn. alyaa xsampai nk basuh tgn walopun puas jengkek...so adleena la yg kne bantu sbb dia tinggi lagi... huhuuu


lepas je lunch aku terus anta diorg ni kt umah mak. maklumla...umah mak tu dh ibarat hq bagi kami adik beradik. hahaaa.... bayangkan la, kuar rehat pkol 12 n balik semula ke opis pkol 230... berapa lama la aku rehat ni. nasib baik la kliks ok... so layan je laaa... heheee





azab aku masih belum abis... dh la masuk opis lewat. tepat pkol 5.30 ptg je tepon aku berbunyi. kaknim suh aku balik dgn segera...join dia skali pg bli pc kt lowyat. aku tau la tu...nk gune crv aku yg bersaiz lori tu utk angkut pc baru dia.. hahaaa... terpaksa la jgk aku mensponsor minyak skali lagi dan spt biasa tenaga aku d kerah laaa... xsempat aku nk rest. hampeh! tp xpe laa, my sibling gak. aku, ot, nim n jua....jln2 cari pasal sampai la ke mlm... adui...penat thp gaban nih...

antara gamba2 yg aku capture ~ mamat pakistan tu nama dia kashif khan (slalu ngaku adik kpd dato' srk...hahahaha), gaya dia jwb panggilan tepon buat aku teringat kt padayappa.. hahahaha





then...kesokan harinya (sabtu la kan). aku pg opis laaa jgk sbb ada meeting dgn ibs punya org dari Aust. Mr Philip Doyle. dah la meeting tu ptg, sakit jiwa aku tunggu. mujur laaa aku pk projek baru bakal masuk, so aku consider la jgk.

antara team2 yg smpat aku capture pic, dedikasi dtg kerja.... dari atas kiri : kak ila (PA boss), ckin (asst aku), Zailan (nk ngurat ckin la tu...!) n kak rusi (akaun)


lps dah deal projek n discuss pe2 yg patut, ,ptg jgk la aku balik. xrugi boss naik kn gaji aku, sungguh dedikasi (dlm nada yg tensen)....!!! aku pun bawa hati yg lara dan badan yg penant balik umah. sampai je kat umah mak terus je sound aku, heran tgk aku begitu berdedikasi..kuikui... then masa aku di isi lg dgn beberapa agenda. aku ke CAVENZI, kedai perabot yg baru buka cawangan di Selayang. aku singgah dgn niat saja2 nk survey n cuci mata utk rumah baru nnt. tiba2 ada pakej rumah yg menarik perhatian aku... hmmm...aku book je dlu. kalo xberminat aku tukar dgn pakej @ perabot lain nnt. tp berbaloi la jgk kn... heheheee

ini antara pakej yg menarik hati aku.

bkn pe...rumah aku (dijangka siap disember ni) ada 5 bilik tdo...so msti la nk paki set bilik (of cos la yg biasa2 punya je..hahaha).. so, pakej ni bole la dianggap releven. heheee... xmampu la nk ke lorenzo. bak kata org...ala kadar je. bkn nye umah aku nk slalu ada tetamu pun (ada ke nk singgah bermalam?).. tp xmau la tetamu yg hadir nnt tido beralas toto je...sian plak kalo org tua2 dtg. tuan rumah sedap2 atas katis, tetamu kesejukan atas toto tanpa bantal lg. ish, aku dh penah rasa...so xmau la org lain rasa kt umah aku nnt. hehee....






then, hari ahad menjelma. aku dgn kakak2 aku melayan karenah alyaa n adleena ke pusat permainan yg mmg la dpt meng'hepi'kan diorang. mcm2 game la yg kitorang main. sampai kan mak2 diorg pn join main gak...huhuhuuuu... kadang2 mcm ni dpt la jgk menghilangkan stress dan kebosanan.. heheheee


wajah2 kegembiraan.. hehee~~~~:::

ok..itu sahaja coretan kali ini.. aku akan update lg sbb skrg aku nk balik dh.. heheee... so, utk tatapan, aku letak la posing2 aku semalam di umah. sungguh la gedix...tp nk letak jgk.. hahaaa


hahaaa... da olsss



deera ®