Kawan2 kite...!

Wednesday, July 29, 2009

sedikit INFO utk bakal pengantin

ini adalah senarai semak yg saya rasakan relevan utk bakal2 pengantin...

(hasil cedok dari : http://afeeq43.multiply.com)


MALAM BERINAI:

Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.

Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)

Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)

Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda

Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi pengantin lelaki:

Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)

Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.

Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

Membeli cincin kahwin.

Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.

Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.

Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.

Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:

Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.

Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.

Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Membeli barang kemas

Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:

Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.

Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:

Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki

Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.

Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.

Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.

Cincin / gelang tangan / rantai.

Sirih junjung dan lain-lain hantaran.

Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.

Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.

Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.

Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:

Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan

Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:

Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak




deera ®


No comments: