INDAH KABAR DARI RUPA
Hanya itu laa ayat yang sesuai Nad berikan pada kedai makan yang meletop2 (kununnya) di greenwood ni. Pemilik restoran Kak Ogy (yg gah nama nya dipersada seni) harus ambil inisiatif baru dan cepat2 sebelum ramai yang berperasaan macam nad ni.
Hello semua...
Amboi..panjang mukadimah baru nak helo helo bagai. Entry kali ni bukan berniat buruk kepada sesiapa...tetapi lebih kepada ingin berkongsi rasa dan pengalaman untuk tatapan pembaca blog Nad yang sejemput itu.
Mula2 Nad dapat tau ada 1 restoran baru buka d greenwood, decorasi yang cantik dan yang paling gempak...pemiliknya adalah 'azura' kesayangan ramai...akak ogy..!!!! Seronok bukan kepalang, terus buat ayat2 manja dekat Hubby. Gosok2 tangan sambil kelip mata berkali2, memujuk untuk makan d restoran pelakon kesayanganku juga ni.
Malam tu jugak kami 3 beranak (dgn perut yang betul2 kosong) pegi untuk serbu restoran yang katanya hebat dengan masakan arab dan ala carte. Ceewwaaah...dah berangan ni. Nak order mcm2 sambil memerah poket Hubby yg masyuukk bulan ni.
Sampai je dekat sana...mata dah buntang tengok decor2 hiasan lampu gantung2. Comel sangat di mata saya. Waaahh...semakin berbunyi perut nak menyantap makanan ni. Hubby turut memuji decorasi kedai tu.
Hubby : cantik ye kedai dia. dari jauh dah nmpk. senang nk cari
Wifey : ye la. kak ogy ni kan perfectionist. semua mst nk yg terbaik.
Hubby : jgn makanan xbaik sudah.
Wifey : xmungkin...kalo xbagus syg belanja abg HAYAKI mlm ni jugak. *sempat beting tuh*
Waaahh...yakin betul saya. Pelanggan x berapa ramai....jadi mudah untuk kami mencari meja dan kerusi untuk duduk. Smpt tangkap2 gamba lg...sementara menunggu menu.
tangkap gamba QQ berlatar belakangkan lantern yg cumels. |
5 minit berlalu.
Nampak kelibat pelayan yang tengah bersembang dekat kaunter bayaran. 'Dik...bagi menu dik. Nak order'..
10 minit berlalu.
Nad tengok orang meja sebelah dah bangun. Tp meja masih bersih. Diorang pun menunggu lama...menu pon lambat nk kasi.
20 minit berlalu.
Baru menu smpai di tangan...Nad malas nk complain lambat, even Hubby dah buat muka bengang. So Nad tanya laa...Ape yang menarik kat sini. Bole pulak budak tu jawab....akak kalo nak cepat order western je kak. Yg ala carte ada yang tunggu sejam pon belum dapat lagi. Lambat sikit.
Gila ke ape...lambat sikit sampai sejam. Tu lambat banyak dik. Hubby terus angkat bontot tanpa sepatah kata. Nad?? Ikut skali laa. Tp sempat la pesan kat adik tu. Lenkali alert la bila pelanggan masuk. Ni nak tunggu buku menu sampai 20 minit wut the heck kan... Tp Nad tegur dalam nada elok la.
Sedey sangat hati.....maka kami 3 beranak berangkat la ke HAYAKI dan terbang laaa duit poket Nad untuk dinner malam tu.
Tak payah tunggu lama.... menu dh tersedia.
Baby chair utk QQ pun cpt2 diorg bawa bila diminta.
Mujur laa nasi kerabu HAYAKI ni super duper yummy.
Terubat sikit luka hati di gerai Kak Ogy. *uhuk
8 comments:
Ader ke patut di layan cam2, dh la tengah lapar..., mmg cepat ajer mood marah.. tpkan nad, rata2 restoran melayu mmg lambat jer nk bg order.. cuba g mamak, belum lg duduk, dh tanya nk mkn apa..
nad, hayaki 2 kat mana.. cam sedap jer nasi kerabu 2?
hayaki tu dekat Danau Kota. Sebelah dgn pasaraya Festival City Mall. Sedap dan cepat. hehhee
Pes time dtg tp servis dah teruk..terus patah hati kan...
hehe,,,hebat kn pengan peti ais aty..
ni mst kes staff malas kn.kak ogy si;a ambil perhatian!
Salam Cinderella,
Saya Fauziah Ahmad Daud baru membaca blog anda & memohon maaf diatas apa yg terjadi kpd anda sekeluarga.
Tidak meletup pun restoran saya masih lg byk yg patut diperbaiki kelemahan kami sememangnya kami hanya manusia yg tak sempurna.
Saya sendiri pernah mengalami harus menunggu makanan selama 2jam, minuman 45minit, nak tunggu nak waiter dtg ambil order pun 50minit tapi takla saya complain kerana saya amat2 memahami mereka dibelakang tabir bekerja untuk memuaskan hati ramai orang tapi sbg manusia ramai diantara kita suka complain. Apapun saya mengucapkan ribuan terimakasih diatas tulisan anda & menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf ya.
Salam Ukhuwah,
Fauziah Ahmad Daud.
45 minit baru dapat air? Tu kalau pesan air temikai maknanya baru nak tanam temikai tu..
Hari ni punya nasi arab mcm smlm punya...pkul 1 tghr 16032013...kecewa....
Post a Comment