Kawan2 kite...!

Tuesday, January 22, 2013

Kenapa QQ suka memanjat??

Hello chanteq sekalian....

Sejak dua menjak ni... Nad & Hubby terperasaan sesuatu yg sangat ketara pd QQ. Hamboi....sebelum ni perasan laa jgk...tp xde la ketara sangat. 

QQ semakin hari semakin lasak memanjat. Semua tempat dia nk memanjat. Sampaikan dalam kereta pon dia akan memanjat. KeLASAKan QQ ni sangat memeningkan kepala Nad & Hubby. Bukannya kami x suka tengok QQ aktif.....tp dah terlajak active mengalahkan baby boy. Haiisssh...time pregnant QQ dulu Nad mana ada suka memanjat. Panjat tangga pon malas. Entah laa macam mana QQ bole sangat pandai memanjat.

Kadang2 Nad kagum jugak tgk ketangkasan dan kekuatan tangan QQ yang bole menampung berat badannya dalam masa yang lama. Kalau dibiarkan berlarutan....takut cedera pulak nanti. Banyak kali dh QQ jatuh...tp Alhamdulillah tiada kecederaan yg serius. Harap2 jangan laaa berlarutan minat memanjat dia tu.

Pernah suatu masa tu....QQ susun buku bertingkat2 semata2 untuk panjat atas copy table (sbb kaki dia xsampai nk jangkau). Nad yg dari dapur kelam kabut lari ke living hall...takut dia jatuh, last2 Nad yg tergelincir jatuh. QQ? dia tolong gelakkan ingat ibu ni jath olok2. Hissshh....bertuah betul anak seorang ni. 

Mujur laaa QQ pengarang jantung tunggal buat masa ni. So, layan kn aja laa minat memanjat dia tu. Nk didik minat yang lain macam boo layan je. Ada idea x macam mana nk bentuk minat yang 'baik' utk anak2. Macam minat membaca ke...minat mewarna ke. Ni cik QQ kita ni...nad bagi buku pon, tahan 5minit je. Yang dia x bosan.....merengek mintak dukung @ peluk. Manja.

Ok la kawan2. Nak tengok x aksi QQ memanjat. Nad tunjuk yang dlm kereta ye. (esok2 dia besar nnt nk tunjuk gmba ni kat dia laa..hehehe)


 Kepada bakal mertua QQ...jgn la reject anak dara i ni ye.
Dia memang lasak dari kecil. hehehe



Tengok tu...bila ibu marah buat senyum ketat pulak. Macam mana nk marah lama2. Hissshhh laa.





 Nanti nk didik QQ minat shopping laa. So bole laa sama minat dengan ibu. Yesszzaaaa!!!!
 



1 comment:

Aty_Fared said...

Huhu...ngah betul2 lasak nih..tak per..ti dah besar anak dara tak memanjat dah..:-)