Kawan2 kite...!

Tuesday, December 18, 2012

Mencari Nursery Terbaik di Samudra

Haissshh...

Pening2 sangat kepala ni. Duk mengadap borang kemasukan TASKA untuk ambilan 2013. Serabut.....sangat nak fikirkan samaada pilihan kami ini tepat atau tidak. Nad dan Hubby nak hantar QQ ke taman asuhan kanak2. Berdekatan dengan rumah Nad dan ini adalah langkah awal nak cuba socialize my lil QQ.

Persoalan nya disini...timbul keraguan antara kami. Mampu ke QQ mulakan tahun 2013 dgn persekitaran dan kawan2 baru. Persekitaran pilihan ibu & ayah ni terbaik kah untuk QQ. Aduii..adui..semakin berdenyut kepala ni. 

Nad dh try survey2 taska yang bersesuaian dengan selera kami. Nad pegi berdua dgn Hubby. 4 taska disekitar Taman Samudra yg kami pegi lawat.

1. Taska Ibu ANA 
- ok la...taska ni berdaftar dan nmpk luaran nya pon ok. Tp, kawalan pengasuh2 kat situ tidak mengikut piawaian kehendak Nad & Hubby. Ish...xmau la komen lebih2, tp memang x berkenan. So..no utk pilihan No.1.

2. Taska AYU BISTARI*lebih kurang gitu la namanya..lupa* depan Giant & sebelah taska Ibu ANA
- Masuk2 je kawasan taska tu...terus terkejut budak2 berlari sana sini dalam hujan yang renyai. Haissh...macam mana ni? Mungkin pengasuh x sempat nk perati kut. Saba...lagi. Masuk dalam tengok ada 2 pengasuh sibuk membuai 2 baby *xpasti pulak umur..tp nmpk macam kecil lagi*. Erm...keadaan mcm x berapa proper (haissh...memilih betul Nad ni) mungkin sebab bahagian sebelah tu tgh dalam proses renovation. So....xmau laa.

3. Taska Ummu Nabila
- Owner nye lembut shj. Tapi....sakit pulak mata tengok keadaan pagar luar yang sangat x elok. Rasanya taska ni dah lama...tp kenapa tiada renovation di buat. Bukannya tak untung mengasuh budak ni...tapi tiada kemajuan. So...xmau la.

4. Taska Iman Amani.
- Yang ni paling dekat dengan rumah Nad. Paling ok environment nye. Ada disediakan kelas untuk mengajar mengaji. So...sejuk hati sikit. Ok la kut. Dah isi borang. Tinggal Nak hantar ke x je.

Keliru dan dalam dilema ni. Betul ke pilihan Nad ni. Tolong2...advise sikit

Friday, December 14, 2012

HIDAYAH dah sampai....sila buka pintu

Salam Jumaat semua....

Aku dapat rasakan....
Betul laaa...dah sampai. Tapi kenapa takut nk bukak pintu.
Takut nanti ....... isshh..takut laa

Hati memberontak nk bukak pintu hati ni...nk terima hidayah ni.
Tapi takut tak sesuai dengan environment kerja dan macam-macam lagi la.

Nak hijrah....nak sangat... tapi sesuai ke sebagai seorang Jurutera???
Peduli dengan pendapat org lain...rezeki ni Allah yang bagi.

Senyum makin lebar bila tengok gamba2 bawah ni.....

Manis juga bertudung labuh....gambar dari 1 online boutique yang selalu Nad lewati. 
Tp masih belum beli sebab........masih ternanti-nanti.

Tapi risau tak sesuai dengan profession Nad sekarang ni. Hubby sangat beri galakan.
Semoga Nad cepat 'grab' hidayah yang Allah beri ni.

Buat masa ni...Nad nk perindahkan dalaman dahulu. Semoga tiada dicount masa dalam solat lagi. Mulakan hari ini... Aminnn.......

Jum semua doa kan Nad..

Tuesday, December 11, 2012

DILEMA...

ADoi....

Kepala dh semakin pusing. Bangun seawal 6 pagi (Ehem...awal 30minit dari kebiasaan) membuatkan kepala aku rasa ber'dengung' yang panjang. Dua mug nescafe yang dibancuh oleh tea lady (tersenyum2 tengok aku tambah lg air d pantry) tak mampu menahan mata yang semakin layu. Cuba sibukkan diri dgn mengemas file2 yg berlambakan. Berjaya......sehingga lunch hour. Ceh..!

Yessza.. Harini nk test2 dulu (kata hubby) sebelum dia memulakan tugas d tempat baru next month. Performance & masa harus dijaga. Itu la pengorbanan Hijrah yang telah kami pilih. 

Sebenarnya tak perlu awal sangat kalau setakat nak pegi kerja sahaja. Permasalahan nya adalah hendak hantar QQ ke babysitter yang memakan masa 30minit pergi dan balik. Ouwh..tambahan dengan melihat calar di muka QQ (kali yang kedua) membuatkan hati aku & Hubby terdetik nak pindah kn QQ ke baby sitter yang lebih dekat jarak nya. Pelik..serentak kami pikir hal yang sama. Memang betul2 laaa soulmate-ku. Eh, ok..sebelum melalut feeling2 romantik & loving. 

Aku ada masalah yang perlu di selesaikan dengan beberapa penyelesaian yang telah aku fikir dan senaraikan.

Masalah : Hubby akan mula kerja di tempat baru of cos dengan gaji tanggungjawab baru dan environment baru. Bermula tahun baru ini, masa kerja Hubby bermula jam 8pagi sehingga 5ptg. Untuk mencapai target itu, kami harus bertolak dari rumah selewat-lewatnya jam 7.10pagi untuk merealisasikan impian Hubby smpai ofis nya sebelum jam 8. Semestinya dia akan hantar isteri cumel dia ini dulu. Jadi...QQ harus di hantar 30minit awal dari jam 7.10pagi = 6.40pagi = sesudah subuh. Kesian sicumel ibu kena keluar dari rumah seawal itu.

Penyelesaian 1 : Pasrah dengan jadual yang baru...bersyukur kerana ada nya hujung minggu (Sabtu Ahad) sebagai ganti. Bangun setiap hari jam 6pagi..siapkan sarapan & bekal utk QQ....dan hantar seawal jam 6.40pagi ke rumah baby sitter (jauhnya 30minit masa di atas jalan). Sebelum ni aku & hubby sanggup je...sampai laa kesan luka (berkali2) mungkin bekas cakar di muka dan badan QQ membuatkan kami terfikir idea lain. 

Penyelesaian 2 : Hantar QQ ke baby sitter yang baru. Mak dah ada calon nya. Dekat dengan umah mak yang jaraknya xsampai 5minit dari rumah kami. So, boleh la hantar QQ jam 7.05pagi. boleh bangun jam 6.30pagi seperti biasa dan hopefully x ada kesan luka di kulit QQ lagi sebab baby sitter yang baru ni seorang yang lembut dan hanya menjaga baby (3bulan usia) sahaja. Adui...kasihan pulak baby tu nnti kalau di buli oleh QQ yang sangat lasak. Masalahnya..aku dan suami takut pulak nak tukar babysitter since QQ pon dah 1tahun 3bulan. Dah paham dan serasi dengan baby sitter ni. Entah ok atau tidak baby sitter yang baru ni. Nak naik tengok keadaan rumah dia pun segan. Baby sitter QQ sekarang ni makcik aku sendiri...bagus la dia jaga. Cuma....rumah dia jauh sangat. Hubby pulak cerewet nak hantar anak dia ke nursery pon dia memilih.

So, dengan 2 penyelesaian kaedah ini.....yang mana bagus di praktikkan? Sape tolong bagi idea yang best Nad nak bagi hadiah laa...


Honeymoon 2012



Suatu malam yang sunyi (biasa ckp hal2 romantik time malam laa ye) lepas tido kn QQ...tetiba mood gatal menggoda timbul. Buat teh tarik gelas besar (ok tipu....1 jug sebenarnye) utk mr Hubby....tersenyum je dia hirup teh yg masih panas tu. 8tahun dh kenal dan bercinta, masak sangat dah dengan perangai wifey.

Yer sayang..nak ape plak ni (kening berkerut...mungkin takut Nad mintak beli kasut lagi kot)..
Nak g honeymoon........ malu nk pandang mata mr Hubby takut di kata gatal - buang tebiat pulak.

Seronok bila usul diterima dengan tangan terbuka. Perbincangan menjadi lebih hot dengan cadangan tempat2 peranginan yang best-best. Macam-macam aktiviti diusulkan. Seronok bila kata sepakat dah di ambil.
Hubby suh jimat2 berbelanja kalau nak seronok bercuti duit penuh di poket... Yeaaa....suka2
Nad cadangkan nak pegi pulau-pulau peranginan kat Borneo sana nun. Kan cantik-cantik laut nya. Teringin nak berkejaran di pantai....mandi lat dan snorkeling.

Sehingga laaah....

Abang..nanti kalau kita nk snorkeling QQ nak bagi sape tolong pegang..?
Sape cakap QQ ikut skali. Tinggal la dia kat umah mak...sementara 3-4 hari je.
Tak mau la pisah lama dengan QQ. Bawak laa dia jugak..
Sayang....kalau QQ ikut, bukan HONEYMOON la nama nya. Itu bercuti 1 family.

Perbincangan terhenti jam 1 pagi....Hubby pg gosok gigi & Nad terus tido memeluk my lil QQ.

Mana aci pegi bercuti tinggal QQ kan. Dia pon nk honeymoon jugak..... (berani cakap dalam hati je)

Bercuti di kampung suami laa jawab nye. Best juge....!

o.o.t : seronok bila ada yang puji...cantik kasut Nad arini.... Ehem..abang yang beli. huhuhuhu

Monday, December 10, 2012

QQ masuk tadika...

Holaa....harini nk cite pasal mak-mak plak ye.

Dari tadi sibuk search pasal tadika @ pre-school yg glamer2 pada masa kini.
Hamboi....tadika pon ada brand2 yg femes2.
Genius Aulad - Smart Reader Kids - CIC - Qdees -----dan sebagainya.



smua gambar dari 'mr gugel' tersayang
banyak pilihan....pilih lah mengikut poket hati.

Terhegeh2 Nad meng-google perihal pre-school ni
Terkelip2 mata duk tengok pelbagai xtvt dan module pembelajaran yg di tawarkan.
Lebih hebat....
Terbeliak mata tgk yuran pendaftaran. Haaammmbbbooiii....!
Pre-school pon dh macam nk masuk U.

Smbang2 ...berkaitan isu tadika ni

A:  mahal nye yuran nk masuk tadika je pon
B : tadika murah ajar budak main2 & nyanyi2
A : aku dlu tadika murah, Alhamdulillah degree jegak
B : sebab dlu tak ada yang canggih manggih lagi
A : QQ (bkn nama sbnr) pegi tadika biasa2 dah laaa nnt
B : ko memang kedekut
A : @#%#$&$^#%#

Bukan kedekut laaa...tp niat ati nk bg QQ sekolah cine. So kena anta tadika cine la kan. Ada pendapat x pasal ni???

Oh ye...lupe nk bgtau. QQ masih tidak layak diterima belajar di mana2 pre-school.
Tunggu 3thn nnt baru tadika nk terima...sesuai laa tu
Time tu kena pegi tadika dh...dh nk jadi kakak long kan. hehehehe


Sunday, December 2, 2012

Gaya SAYA setiap kali ke rumah TOK AYAH

 Salam Semua...

Hari ni mula kerja semula setelah bercuti 2 hari di hujung minggu. Ya Allah...berat rasa kaki nk melangkah ke ofis hari ini. Dua hari dihabiskan bersama QQ pon dirasakan seperti tidak cukup. Entah la kenapa asyik rindu je dgn lil QQ ni. 

Setiap hari pulang ke rumah....lelah ibarat hilang dengan melihat muka manis QQ hadiah kn utk ibu n ayah. Xpernah rasanya QQ gagal berikan senyuman sewaktu Nad ambil dari bby sitter. Walaupon dia tidur, bila tersedar yang Nad memangku dia....terus mengukir senyuman. Haaaiisshh...hilang rasa lelah seharian berkerja. 

Nad rasa kagum dengan ibu yang terpaksa berjauhan dengan anak. Mungkin Nad tak boleh jadi setabah mereka. Tiap saat terbayang keletah si manja. Syukur Ya Allah....jgn kau rampas kebahagiaan ini dari ku.

Keletah QQ kadang2 bole mengundang 'murka' di hati bonda. Nasib laa QQ mempunyai bonda seperti singa. hehehe.... Keletah QQ yg sukar diduga dan aktif agak melelahkan hujung minggu Nad n Hubby.






























Eksplorasi yang sukar diduga. Semoga bertambah cerdik anakku.



Wednesday, November 28, 2012

Serius...AKU KETAGIH...!!!!

Ye...betul...

Setiap hari kalau tak bukak memang tak sah. Melainkan memang tiada sesaat yang boleh disedekahkan untuk ketagihan ini. Benci dengan rasukkan yang timbul kembali selepas beberapa lama tak terKENA

Kenapa laa ada saja permintaan yang tak tertahan godaannya. Tak boleh nak mula....memang payah nak berhenti. Daripada 3 jenis kini kembali setia kepada 1. Sangat susah nak halang ketagihan untuk yang satu itu.

Online game dekat FB ni memang berhantu la. Payah betul nak lupe kan. Tolong laa hati...kuat kn kembali focus pada kerja. Jangan asyik nk beronline game saja. 

Hubby Nad penah sound skali.... 'game bercucuk tanam yang ibu keTAGIHkan sangat...hehehe..malu kat anak'

Errk... ok. Aku pasrah. 

Sudah...cukup...cukup...sudah.... Eh2..dh masuk nyanyian lagu la plak.

Harap2 harini last main. Esok hari jumaat....so nk cuba berhijrah untuk kembali 100% focus on project.

Ni la....game ni la punya pasal. Geram tengok ternakan dia yang banyak + tanaman yang gebus2.

Monday, November 26, 2012

Susah Jaga Suami Kaya dan Bergaya

Salam semua...

Topik yang Nad cuba bangkitkan kali ini lebih menyentuh kepada isu semasa yang semakin meragut ketenteraman para isteri dewasa ini. Sedih dengan sikap segelintir wanita yang sanggup merampas kebahagiaan wanita lain demi untuk mengejar kemewahan dunia. Haiisshh...tak takut kah mereka ini dengan hukum karma apatah lagi hukum ALLAH.

Semenjak dua menjak ini Nad selalu diceritakan dengan kisah menyayat hati...tentukan dari seorang isteri yang terpaksa melepaskan suami yang direbut perempuan lain. Hanya kerana suaminya kini berstatus 'orang kaya' sedangkan dahulu nya...si suami hanya bermoto kapchai ke tempat kerja. Entah laa...gadis2 sekarang ni lebih memilih cinta wang dari cinta hati. Atau mungkin hati mudah di beli dengan wang ringgit.

Si suami....jangan lah mudah lupa dengan jasa dan pengorbanan isteri. Memang dalam islam tidak diharam kan bermadu...tp sila laah patuhi hukum nya dari A-Z. Jangan jadikan sunnah itu topeng kepada nafsu yang sia-sia. 

Kes 1 : Pasangan suami isteri yang berkahwin atas dasar cinta. Si isteri berjawatan tinggi di syarikat abang iparnya. Ada rumah dan kereta sendiri. Berkahwin dengan suami yang berkelulusan SPM dan berkerja di sebuah hotel di ibu kota. Keluarga si isteri jenis yang suka membantu anak menantu sebaliknya pula dengan keluarga si suami. Selepas berkahwin, simpanan si isteri semakin berkurang. KAd bank dan buku ASB di dalam genggaman suami. Katanya sebagai diberi mandat untuk mengawal kewangan keluarga. Jujur dan luhur hati si isteri. Simpanan si isteri digunakan oleh suami untuk membeli kereta besar (MPV) untuk memulakan perniagaan travel & tours yang dipelajari dihotel tempat si suami berkerja. Habis licin simpanan....dan melunjur megah sebuah kereta Estima di atas jalan raya. Keluarga si isteri semakin sakit hati melihat kebodohan. NAmun...di anggap sebagai 1 ketaatan yang dituntut untuk mengekalkan keamanan rumah tangga. Usia perkahwinan menjangkau 8tahun. Saat suka-suka ria anak yang seorang itu (tidak bertambah kerana si suami enggan) sangat cerdik dan menerima pelbagai anugerah akademik, saat itu lah rumah teres 2 tingkat tangga itu digegarkan dengan kehadiran seorang wanita mengaku kekasih hati si suami. Sakit hati bukan kepalang, si isteri membawa diri ke rumah keluarganya. Tiada ketukan pujuk rayu diterima dari si suami, apatah lagi keluarga mertua. Disaat anak tunggal mereka sedang mengejar kejayaan, saat itu lah mahligai dirobohkan oleh si suami dengan menduakan si isteri. Hati suami terpaut dengan wang kemewahan si janda beranak 1 dan berambut perang itu. Haissh..sanggup seorang ayah memeluk dan membelai anak orang lain sementelah anak sendiri di tinggal dirumah. Malah sanggu menidakkan status anak itu sebagai anaknya. Dan memang jelas kot muka anak itu mirip si suami. Sedih dengan keadaan, akhirnya mereka bercerai. Kasihan.

Kes 2 : Berkahwin selama 6tahun...tetap bahagia walau masih belum ada rezeki untuk beroleh cahaya mata. Si suami tetap setia menemani si isteri untuk berusaha beroleh anak. Kesabaran dan kasih sayang antara mereka adalah kunci pengurniaan seorang cahaya mata yang sungguh comel di usia 6 tahun pernikahan. Agungnya cinta yang terbina. Kehadiran si anak yang comel dan montel menceriakan hubungan dan istana hinggap mereka. Majlin aqiqah dan cukur jambul sahaja dijalankan dengan meriah....gaya menyambut raja sehari. 3kemah besar dengan lauk pauk katering yang meliurkan. Indah majlis sambutan kelahiran puteri sulung mereka. Setiap hari sama-sama menghantar anak ke rumah pengasuh yang jaraknya 10 langkah dari rumah. Seorang mendukung si anak dan seorang lagi menggalas beg. Rasa bahagia bila sama-sama mencium pipi si puteri cilik sebelum berangkat kerja. Muka seiras suami isteri itu disangka membawa jodoh yang panjang. Hanya dengan 1 lawatan ke sebuah hospital, si suami telah dibelit oleh lidah manis seorang jururaawat muda yang tertarik dengan poket tebal milik si suami. Entah apa yang merasuk, sikap suami semakin dingin dan akhirnya si suami memilih untuk berpisah dengan si isteri demi seorang gadis yang sanggup kahwin lari di Thailand. Kasihan si anak. Sambutan hari lahir pertamanya patut lebih meriah dari sambutan cukur jambul bertukar menjadi pesta air mata keluarga. Anak yang tidak mengerti mengapa kawan-kawan yang lain boleh memeluk ayah nya setiap hari tetapi dia...seminggu sekali pun susah. Adakah anak yang comel itu akan faham bahawa kerana kekayaan yang si ayah ada membuatkan mereka tidak boleh bersama? Bahagiakah gadis perampas itu dengan kehidupan merebut kasih suami orang?

Nad menyeru kepada semua perampas atau yang berniat merebut kasih suami orang. Walau apa jua alasan yang anda ada...ingat lah. Hidup di dunia ini ada tinggi dan rendah nya. Ada proses pembalikannya. Mungkin hari ini kita bersorak kerana berjaya merebut kasih orang, tetapi siapa tahu nanti air mata kita juga akan mengalir deras jika hak kita pula yang dirampas. Mungkin bukan kita, tetapi orang terdekat kita.

Garapan cerita ini bukan sekali sekala kita dengar. Si isteri yang sayangkan rumahtangga yang telah terbina....Ayuh!!! bangun dan goda semula suami kita. Jangan beri sekelumit ruangpun untuk anasir luar cuba menggoda suami kita. Ingat...!!!! Mengorat daring suami yang sah tiada salahnya....malah beroleh pahala. Dia pernah jatuh cinta gila dengan kita...mari kita berusaha biar suami jatuh cinta hari-hari dengan kita 'isterinya yang sah'.
Gambar ihsan dari mr gugel.
Nad pon selalu begini bila diberi hadiah @ wang dari suami. Jangan biar orang lain ambil hak kita.


Thursday, November 15, 2012

Kretif Demi Seorang QQ


 Hello semua...

Adui laa...semput jugak nk menguruskan rutin seharian di tambah dgn nk melayan karenah lasak my sweet lil QQ ni. Tp masih smpat menjenguk blog sunyi Nad ini. hehehe...

Oh ya...pengalaman sbg seorang ibu ni mmg x bole d tukar ganti. Bila dh jadi ibu ni smua idea2 pelik akan muncul dan diri akan jadi cekap serta merta demi kepentingan anakanda tercinta. cecewaahhh...!

QQ kan dh biasa tidur buai...waktu siang. Tidur waktu mlm?? QQ lebih suka peluk2 ketiak masyam ibu sebelum tido..so xde buai pon xpe. Tp...time tidur siang, QQ akan tido lebih lama kalo dlm buai. Dekat hospital mn ada buai...jd ini solution yg telah mak tok laksanakan demi QQ.

Masalah selesai....!



Selesa tido memeluk botol susu..



 Tapi...kadang2 QQ lebih kretif. 
Buaian tmpt tido dh d transform jd tempat latihan 'comando'.

p.s: update entry laju2 sbb kne taip minit  yg pjg. daaa!!!

Tuesday, November 13, 2012

HELLO McD....!

 
 
 HADOOOiii.... Gelak guling2 bila baca status kawan di FB.
Samad : "helooo...mekdi?
~McD : "iye...McD sini..nak pesan ape encik?
•Samad : "ayam ade?"
~McD : "ade..."
•Samad : "boleh beradu dgn ayam laga sy x?"
~McD : "huh?" (letak telefon)

•Samad : "hello mekdi ke ni?"

~McD : "iye betul.. ooow ini yg tadi telefon yeee!!!
•Samad : " nak tanye makanan ini... ayam ade lagi?"
~McD : "ade...!!!"
•Samad : "nasi...dgn eskrim ade?"
~McD : "msh ade..."
•Samad : "kesian....tak laku ekkk...?"
~McD : "dasar orang gilaaaa!!!" (letak telefon)

•Samad : "hello mekdi?"
~McD : "orang gilaaa ko jgn main2 ek!!!"
•Samad : "iye... maafnak tanye, bukak 24 jam ye?"
~McD : "iye.. nape? nak pesan pape?"
•Samad : "tak... cuma kesian x tidur2 nih..."
~McD : (baling telefon)

•Samad : "hello ini mekdi?"
~McD : "ko jgn lebih2, aku blasah baru ko tau..!!! (start marah dh)"
•Samad : "maaf... serius sekarang nak pesan makanan nih"
~McD : " haa cmtu laa.. jgn main2 lg ye ... pesan ape?"
•Samad : "bubur kacang hijau besar punye 1"
Mcd~ (kejang... mulut Berbuih....& pengsan..)

Thursday, November 8, 2012

Apa masalah nye kalo BREASTFEED in Public????

Macam best je sebut.... BANGANG LA KO NI... tp...xmo la sebut. Xbaik laa. 
hehehe

 WEeeiiihh.... geram menyirap darah Nad bila baca entry 1 blog yg penulis dia ni laki-laki (of coz) and dgn selamba ckp wanita ni bangang.. Upss..wife dia jantina ape ek??

Isu yg di bentang kn adalah isu sensitif kaum2 ibu (spt jgk aku...walopon xdpt fully bf QQ smpai besar)...
  Apa Benefitnya Kau Dapat Breastfeed Mana-Mana Kau Suka? 

Lagi nk tanya...! Benefit nya anak kau xkan lapar sebab tunggu kau cari tempat tertutup n terlindung n sangat selesa nk utk tunggu nk BF. Bangga sebab di anugerahkan ALLAH kebolehan utk menyusu anak  & buat ape nk malu. 

Bukan nya kita sengaja tayang 'aset' tu utk tontonan umum. Yang kaum2 awak tu sibuk sangat nk focus 'aset' org tu sape suruh???? Yg tu x bangang ke?

Ok fine...Nad baca smpai abis entry tu dan baca jgk komen2 yg dilontarkan pembaca. Niat penulis tu mmg baik (kot!) nak suruh kaum2 ibu menyusu ni menutup aurat. Tp gaya bahasa menasihat ni kena la sesuai. Tambahan pula di tujukan kepada kaum2 berhati lembut ni. Kunun kata nya ibu2 yg pakai tudung je xdedah aurat nye ketika menyusu. Erm...aurat tu aspek yg luas kan. Bukan dedah 'aset' tu saja d kata kn bukak aurat. Pakai baju ketat2 ikut bentuk tubuh pon dedah aurat jgk. So, xsesuai la nk masukkan konteks aurat dgn Nursing In Public (NIP) ni.

Nasihat Nad...padam la entry yg akan menyakit kn ibu2 yg dikurniakan ALLAH rezeki utk menyusu kn anak ni. Pada rakan2 ibu...anggap laa cercaan dan hina ni dtg dari mereka yg kurang memahami nikmat kurniaan yg kita peroleh ni. Sbb tu laa kot ALLAH x bagi kaum 'tu' yg menyusu....kalo tidakk....alamat nye byk la bunyik jeritan dan pekikan baby2 yg kelaparan sbb xmau disusui d tempat awam. hehehehe... 

Nad xmalu pun NIP... bila dh terer xde hal laa nk selak mana2 pon.
Hubby pon xkisah. Siap tolong cover kn n check line clear lg tau...

*bukan nya aku berbogel. aku bagi anak MAKAN la weh*

p.s: basuh berak anak dlm bilik penyusuan???? UIH....bukan sink tu utk basuh botol susu ke? Mmg laa xsesuai utk basuh 'montot' baby. hehheee.... lawak la u ni.





Wednesday, November 7, 2012

SAYA BENCI KAHAK....

Salam semua...

*amboi tajuk....


Akhirnya Nad kembali bersiaran.. setelah 4 hari 3 malam menemani anakanda QQ di wad Ar-Raihan Hospital PUSRAWI.. Segala nya bermula dgn VIRUS selsema yg jahat telah menyerang QQ hampir 3minggu yg lalu. Dari mana dtg nya virus jahat itu??? Entah laa....mungkin ini ujian dari Allah nk uji kesabaran Nad dan suami. Tp...kesian dgn my lil QQ. 


Wajah sugul QQ 1st day detect demam (suhu 38.9deg).


Kenapa dh masuk 2 minggu baru nk bawak jmpe Doctor?????

Halooo...Nad dan suami dh bwk QQ jmpe 3 doktor d 3 buah klinik yg berbeza ok. Doktor Nadhir (yg femes d kalangan blogger) pon Nad pg tau. Tp...apa kan daya...virus kali ni sangat jahat sehingga mengering kan kahak QQ. Kami hampir tertipu sbb tanda2 selsema sudah tiada...tp batuk2 jahat selalu mengganggu tidor malam QQ (termasuk la tidur mlm Nad n Hubby). Kami bertekad utk terus bwk QQ berjumpa pakar paed.

Kami mmg prefer doc pakar d PUSRAWI... bukan sbb hospital yg kemudahan dia so & so gtu. Tp sebab paed ni yg Nad biasa dari Nad kecik lg. So skrg dia plak rawat anak i. hehehe.. Biasa nya NAd akan bwk QQ jmpe doc Ruzini...tp doc tu asyik cuti je & Nad xmau tangguh2 dh. Kesian tgk QQ batuk teruk (gaya mcm xcukup nafas pon ada). So..tekad kn jgk utk refer doc K yg terkenal perangai nya mcm doc Nadhir jgk. No more ubat utk stop the cough...tp kahak harus di keluarkan dari baby yg xpandai nk buang sendiri. Haisshh....tergamam la Nad n Hubby bila doc suruh QQ ditahan d wad utk pemeriksaan dan rawatan rapi. Tapi...apa boleh buat. Itu yg terbaik utk pulih kn kesihatan QQ.

 Ini laa bilik doc K.
Dulu waktu Nad kecik2 dia yg rawat Nad dan adik. Now...turun kpd anak plak. hehehe

 Mujur laa QQ ni mudah makan ubat & masih ada big appetite lg. hehee.. So xperlu la pasang drip segala. Mudah sikit nk menjaga.

Gaya QQ ni mcm x sakit. Ini laa anugerah Allah kpd baby kan. 
Walo pon bdn x sihat...tp kekal aktif. heheee..


Alhamdulillah...akhir nya dh discharge semalam. Mujur....sebab harini Nad ada BIG meeting. Lega sangat. Tp, still kena monitor tahap kesihatan QQ and kne buat follow up check up this coming saturday. Hope QQ will SOON full recover.


Ok laa. Nnt kalo rajin Nad cerita ceriti yg lain ye. Daa

p.s: Oh ye..charge utk QQ di PUSRAWI ada la ZERO. Alhamdulillah company baru Nad ni cover medical utk Nad + Hubby + anak2. Lega sangat....xperlu runsing tentang cost perubatan dh. Hikmah berhijrah ni sangat2 Nad syukuri. SYUKUR YA ALLAH.

Tuesday, October 30, 2012

Melayani Bahtera Kehidupan

Hello semua... assalamualaikum.!

* hamboi tajuk....

Tertarik baca entry kt blog mummy2 lain tentang rutin harian diorg menguruskan anak dan kerja. Hammmbooiii...hectic betul life mummy2 skrg ni kan. Tersenyum2 Nad baca entry diorg. Terbayang2 yg Nad pun terkejar2 jgk nk uruskan hal rumah tangga sejak kehadiran our precious QQ dlm hidup kami.

Tp..rutin harian Nad ni xsama setiap hari. Depends jgk pada keadaan..kalo Nad pg keje dgn Hubby...mmg balik lmbt la dari kje..dh kelam kabut nk siap2 utk dinner n ambik QQ kt umah BS. Tp kalo drive sendri, sharp on time dh meluncur laju merentas jammed utk balik and fetch QQ pon awal laaa...

Dulu..time QQ masih fully bf, mmg rasa lembik badan ni. Tp skrg Nad dh rindu balik zaman2 QQ asyik nk mengempeng je dulu. Seronok tau..tp apa kn daya. Nad mudah give up. Lps je QQ start solid food...dh Nad mula ngelat2 nk pump n di tambah2 lg dgn hasil yg xmemberangsangkan. So, give up bg QQ fm sehingga susu badan kering sendiri. Uhuk...!

Sekarang...setelah QQ dh setahun..dh pandai berjalan & phm dgn arahan...life semakin teratur. Dh ada masa sket2 nk atur kn kmbali life yg tunggang langgang dulu. Seronok pulak dgn perkembangan QQ yg makin hari makin mcm2 ragam dan celoteh nye. Yee...QQ ni kategori ringan bicara. Tp bahasa dia la...bahasa kita ni sket2 dia bole tuturkan. 

Secara kasar nya rutin Nad bermula lps subuh. Bangun subuh pon dh pkol 6.30am..

7.00am - terus pegang periuk nasi QQ utk masak bubur bekalan dia d rumah BS nnt. Kalo ter 'over slept' n xsmpat...terpaksa la pasrah minta bs dia tlg masakkan. (mujur laa bs tu makcik sndiri). Sambil2 tunggu nasi masak atas dapur...pg mandi n siap2 utk pg keja. Hubby akan tlg siap2 kn botol2 susu & air masak utk letak dlm bag QQ. Sambil2 tunggu rambut kering nk pakai tudung...Nad siap kn baju utk letak dlm bag QQ & sedia kn baju utk Hubby pg keja. Fuhh...nasib baik Hubby pg kerja dgn jeans & tshirt (mudah kerja i). QQ?? Kalo dia masih tido...lega! Tp, kalo dia dh bangun....dia pon tlg sama kalut2 punggah almari baju time ibu sibuk2 siap kn baju dia. Sudah nye...terdengar laaa jeritan ibu d pagi hari nk halang dia punya pasal.

8.00am - Dh siap sedia nk pg kerja. Nad akan anta QQ g umah bs while Hubby terus g keja. Ambil masa selama 10-15minit untuk sampai umah bs dan another 30-40minit utk smpai tmpat keja. So, kebiasaan nye Nad akan sampai ofis sebelum pkol 9am. Sehingga laa jam 5pm..baru kelam kabut nk kemas2 untuk balik. Kalo drive sendiri best laaa....bole balik cpt. Kalo nk tunggu Hubby amek...adoi..pkol 6.30pm pon kadang2 lg lewat. Sedey! Tp gatal gak mls nk drive. hehehe

5.00pm - Balik dari ofis dan terus menuju ke umah bs utk amek QQ. Kebiasaan smpai umah around 6.30pm. Biasa laaa...jln jammed + singgah sembang umah bs QQ lg. Tanya routine QQ sepanjang hari. hehehee....

6.30pm - Kelam kabut balik bukak tv. Nk tgk drama dekat astro Ria. Ajak QQ join sekaki tgk...last2 dia lebih suka main dgn toys dia. Call Hubby...tanya nk mkn mn dinner nnt (sekali dgn nk roger bgtau yg anak n wifey dia dh slamat smpai umah + warning2 manja suh Hubby balik cpt). Kalo Hubby nk mkn kt umah...so Nad akan sepantas kilat kluar kn bhn mentah dari fridge & tunggu 1st iklas drama utk masak nasi. Heheee....berlari2 la ke dapur sbb takut xsmpat. QQ pon mengekor sama ke dapur....pelik agak tgk ibu kalut2. Masa iklan yg lain....Nad main gurau2 dgn QQ laa. (perangai baru dia suka kiss2 muka ibu...habis penuh air liur melekat kt muka ibu....lagi Nad lari lagi laaa dia kejar).

7.30pm - drama habis....baru nk pg mandi. Sblm nk mandi tu kena pasti kn QQ leka dgn mainan dia. Kalo x...kna berangkut laa dia menunggu dpn bilik air dgn raungan mcm laaa ibu tinggal dia setahun lamanya. Sambil mandi smbil basuh baju (bukan susah pon..tekan je mesin...tlg basuhkan). Mandi laju2 sbb nk masak. Masak sekejap je....yg simple2 tu la yg Hubby prefer. Masak kicap , masak berlada @ sambal tumis..tu je menu yg di rotate tambah sket dgn sayur. 2jenis je dh mampu buat kami mkn byk. hehehe

9.00pm - kebiasaan time ni baru lps tgk berita jam 8 dgn perut yg dah kenyang. Sambung main gurau2 dgn QQ la plak. Kali ni Nad & Hubby bg full attention kt dia. Ajar dia baca buku & main flash card. Seronok dgr dia mengekek ketawa. Kadang2 Hubby akan tlg sidai baju time ni. =D

10.00pm - Time ni biasa nye QQ dah 'low battery'...hehehe... Nad akan suruh Hubby golek2 dgn dia atas tilam. Bagi susu 1botol & Hubby akan pujuk2 smpai QQ tertido. Sambil2 tu Nad akan sterilize smua botol2 susu n botol air masak QQ. Basuh bekas makanan n bekas susu dan kering kn. Kalo rajin Nad akan kemas peti ais @ kitchen cabinet @ lipat baju. Kalo malas....Nad pon join sekaki tido awal.

Biasa nye Jam 11pm tu xtvt kami 3 beranak dh slow down @ tido. Sengaja ajar QQ tido awal....hehe.

Tp smua rutin tu xtetap sangat...kadang2 mood Hubby nk dinner kt luar...mmg xsmpt la nk tgk berita. Balik2 je dh letih....mandi n tido. Ada jgk time tgk cite best2....smpai pkol 1am baru nk tido. Tp yg seronok nye...kerja Nad sekarang ni x pressure sangat. Alhamdulillah. Sabtu & Ahad pon cuti. Best! Tp, rasa x mencabar la plak. Tengok laa...kalo ada rezeki dan keizinan Allah....Nad ingat nk move up lg. Doa2 kn pintu hati Nad terbuka ye.

Okies semua...semoga rutin harian anda best2 hendaknye.

Take care.




Monday, October 29, 2012

Jangan Takut2 Nak Berubah

Kini bukan masa untuk toleh kebelakang...masa untuk terus melangkah dgn gagah ke hadapan.
Ayuh!!

Wednesday, October 24, 2012

HARI RAYA AIDIL ADHA

Hello readers....

Nad nk ucap kn Selamat Hari Raya Aidiladha kepada smua umat islam yg baca blog ni. Semoga raya qurban kali ni memberi seribu pengertian kpd kita semua. Nad akan beraya di KL sahaja. Almaklum laa turn raya sebelah cni. 

Tp, jgn anggap raya kt KL ni x meriah okeh. Alhamdulillah Nad di kurnia kan keluarga yg ceria2 sgt. InsyaAllah kami akan adakan acara penyembelihan lembu qurban d belakang umah kakak Nad. Uish..sembelih lembu dalam kawasan perumahan..va va voom. Nak jgk tgk ape reaksi pok guard nnt. Mst happening join sekaki...maklum laa umah kakak Nad tu dekat dgn pondok guard.

Pagi td mak n abah dgn bersemangat waja pg mencari ayam pencen d pasar. Amboii...suke laa En Hubby Nad tu. Dia yg request nk mkn rendang ayam pencen. Hisshh..mengidam yg pelik2 la hubby ni. Cadangan menu pagi raya haji kali ni GEMPAK seperti biasa. Sbb tu laa Nad x biasa beraya tanpa ketupat daun palas dan rendang. Hubby pon dh terikut2 dgn cara family Nad. Malah lebih ceria dgn kehadiran cik cumel manja QQ.

Kampung??? Umah mak abah laa kampung kami. Xyah kalut2 nk tempuh jammed. Setiap hari bole jenguk parents Nad. Sakit demam mudah nk melawat n meneman. Best kan. Hubby pon nmpk lebih rapat dgn siblings Nad......padahal ipar je pon. Setiap xtvt Hubby mst ON punya..Nad pulak yg nk menepis kalo2 letih. 

Ok laa..nnt kalo ada input baru Nad akan update kt blog ni  ye. Daaa

P.S: ape agaknye reaksi QQ tengok lembu kena sembelih ye esok?? hehe

Interview.... Jangan Gemuruh..!!

Hello semua...

Sebenar nye seronok nk cerita kt blog ni tentang panggilan interview yg berjujuk masuk dlm email & call sepanjang bulan ni. Alhamdulillah....! Tapi, panggilan interview tu bukan untuk Nad...hehehe... utk my luvly Hubby. Yay! Utk dia. Sebab mmg dia dh target utk search new opportunity for his career enhancement by next year. So, interview adalah titik permulaan untuk mencapai ke arah target itu....

So today...entry Nad akan berkisarkan kaedah x gemuruh semasa di temuduga. Jum lyn point2 yg Nad selalu share dgn Hubby sblm dia attend interview session.

1. Well prepared - pastikan u ols semua tau serba banyak sedikit tentang future employer ni. Bukan susah pon....search je kt mr google yg sgt berinfo ni. Ambil tau ttg current xtvt company tu & make sure x salah info ye..

2. Tunjukkan minat - haissh...bukan susah pon. sekiranya korang iklas nk join company tu, msti cahaya minat tu akan terpancar naturally dari raut wajah korang. Ambil tahu tentang aktiviti terkini company tersebut....misi & visi company tu msti dh hafal awal2 okey.

3. Sentuhan Interpersonel - perkara ni yg Nad selalu tekan kn sebelum menghadiri temuduga. Mesti buat supaya x rasa kekok time di interview nnt. Pasti kn korang kumpul maklumat tentang position yg korang apply, pastikan korang tau siapa interviewer & position dia dlm company tu. Yg lg bagus kalo korang boleh dapat kn skop kerja korang & project yg akan korang handle sekiranya terpilih nnt. Nk dpt tau dari mana???? Orang yg call korang untuk temuduga tu laa...diorg mesti tau. Paling best kalo korang bole sembang baik2 dgn dia sebab mungkin dia jgk slh seorang interviewer nnt (biasa dlm interview session mst ada HR rep kn). Tp soalan2 yg korg kemukakan tu jgn la mmbuatkan dia rasa 'annoy' pula ye. Sembang baik2 mcm nk buat kawan. Okies.

4. Bersedia - yg ni secara general... Sedia dari sudut fizikal dan mental. Berpakaian kemas dan sesuai dgn jawatan yg di pohon. Jgn nk pakai baju mcm nk buat konsert kalau nk pohon jawatan jurutera ye. hehehe.... Mental kena bersedia dgn semangat untuk membuat peningkatan dalam kerjaya demi masa depan diri dan keluarga (eceewaaahhh).

5. Berusaha sehingga titisan terakhir - Hamboi....yg ni melampau kan. Tp mmg Nad sentiasa tekan kn. Harus confident semasa sesi temuduga...jgn gagap atau GEMURUH. Buat sehabis baik semasa sesi temuduga tu. Tunjukkan yg korang betul2 minat dgn position yg korang mintak & akan berusaha sedaya mungkin utk suit the company requirement. Segala persediaan yg korang dh buat selama ni harus dicurahkan smpai licin dlm sesi temuduga. Relax...korang sememang nya layak utk jawatan tu thats y they called u for interview. Jd harus yakin (tapi jgn over confident pulak).

6. Tawakal dan berdoa - tips yg paling utama dpt kn restu dari mereka yg sepatutnya. Minta diorg sama2 doakan kejayaan korang. InsyaAllah, doa iklas dari hati suci ni mudah makbul. Tambah2 pulak doa seorg ibu. Tawakal kpd Allah & dlm pada masa yg sama rajin follow up. Lps 2minggu dari tarikh interview tu...try2 la kol balik HR yg korang dh buat interpersonal touch awal2 dlu tu. Tanya la jawatan yg korang pohon tu dh d isi ke belum. hehee.... Jgn malu2 laa. Memang hak korang nk tau jawapan kn. Lagi bagus kalo korang bole build connection dgn interviewer...Kalo xdpt kerja tu pon setidak2 nya bole jd kenalan. Malaysia ni bukan nya besar sgt...tmbah2 kalo kerja dlm 1 bidang. Kalo jmpa2 nnt bole bertegur sapa. =)

Ok laa...itu laa 6 tips yg Nad nk kongsi kn dengan korang. Mana laa tau berkesan dan berguna utk d amalkan. 

Kalo kita well prepared InsyaAllah x KETAQ smpai mcm ni.
Hehehee



Oh ye..ni ada DOA untuk hilangkan perasaan gemuruh. Baca laa sebelum masuk bilik temuduga tu ye. 

DOA MENGHILANGKAN DARAH GEMURUH

Di mulakan dgn Bismillah

سَخِّرْلِيْ كُلَّ أَحَدٍ بِحَقِّ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَللَّهُمَّ اَحْطَعْ لِيْ كُلَّ مَنْ يَرَانِيْ مِنَ الْجِنِّ وَالاِنْسِ وَالطَّيْرِ وَالْوَحْشِ وَالْهَوَامِ

“Mudahkanlah wahai Tuhanku dan setiap orang dengan kebenaran kalimah Bismillahirrahmanirrahim, wahai tuhan Engkau tundukkanlah setiap yang melihat padaku, daripada jin, manusia, burung dan binatang buas dan lain-lain binatang.


Tip : Resume yg menarik dan lengkap akan memudahkan bicara kita dlm sesi temuduga. So..update resume elok2 ye. Semoga berjaya...

Sunday, October 21, 2012

DEKORASI RUMAH pilihan ku

Mak aaiihh....

Tengah2 layan MournDay Blues ni...tetiba terpandangkan gambar2 decor2 menarik yg di share oleh seorang teman d FB. Maakkk aih...terangkat tocang2 tengok decor mewah cenggitu. Haih laa..bila la Nad nk decor rumah sndiri secantik n semewah itu.

Biasa org kalao dh duduk rumah sendiri...semangat berkobar2 nk decor....tp Nad ni, ala kadar je. hehehe. Xpe laa, skrg kumpul duit dlu. Nnt modal dh mencukupi kita kasi TUKAR smua yeee..

So, sekarang ni kita VERANGAN jerk dlu ye. Jum2 lyn tgk gmba2 ni.


Tengok laaa ruang nonton dia ni. 
Isshhh...geram btul laa



 Kalo master bedroom Nad bole transform jd mcm ni.....mmg HOT laa.




Bilik utk QQ bole tiru mcm ni kan??

Ni pulak sesuai utk bilik sons. 

Bilik air kt rumah Nad sekarang ni sempit sket... kalo la bole transform jd mcm ni....
 @

Fuhh... mmg tersayat2 hati ni kalo melayan design2 kebabom mcm ni. Ye laa...Nad n suami ni golongan biasa2 je. Setakat berangan bole laa buat masa ni. InsyaAllah suatu hari nnt akan tertunai la impian ku ini.

Walau ape pon...rumah Nad tetap merupakan syurga Cinta Kami. hehehe...

Okies...nnt Nad share lg ek kalo ada update dekat fb ni ye.

Tuesday, October 16, 2012

TANAH AINA FARAH SORAYA

Hello chateqsss...

Okiey dokiey....harini Nad nk share pemandangan cantik2 ni dlu. Nanti bila2 rajin Nad buat entry utk tentang xtvt team building Nad kt sana ye....

Jom layan dlu...











Keindahan alam yg jarang kita dapat lihat sekarang... Doa2 Nad rajin upload gmba n tulis entry team building nnt ye.

Tuesday, October 9, 2012

Terjunan dari ketinggian 15 kaki.....

Hello ladies...
Amboi...dah petang2 ni muke ketat smua ye. Tolak2 laaa file keje tu kt sebelah. Meh layan blog walking dlu ye. heheheee (abis la kalo boss2 baca hasutan ini). Okeh. Kali ni Nad nk bercerita tentang pengalaman TERJUN dari aras ketinggian 15kaki terus ke dalam SUNGAI. Kisah nya terjadi di TANAH AINA FARAH SORAYA di Raub....Pahang (best tempat ni..sesuai la utk team building).

Eleehhh, 15kaki pon dh kecoh..!!! Wes, tau x yg nk terjun ni pon jenuh Nad pikir byk kali & utk pengetahuan semua...ramai yg x berani terjun tau (termasuk laki2). Nad berani kn diri sbb......ntah la. Gatal nk cuba kot. Takut nnt dh balik umah...terbayang2 nk terjun kt sini.

Jum tgk saat2 yg mungkin xkan Nad ulangi lagi... hehehehe
 
Dgr penerangan dari krew yg bertugas. 
Mata dh focus nk tgk kt bwh jee....


Berani kan diri. Tengok laa riak muka tu. 
Fuuhhh.....

Yg kat bawah ni xtau nk tulis caption ape...sbb xtau nk gmbar kn perasaan time tu.
Korang tgk je laaa ye.





Fuuiiyyooo......Splash water tu dh menggambar kan bagaimana lonjakan hati dan perasaan Nad time tu. Terjunan tanpa ada tali @ apa2 utk berpaut. Mmg feeellll....sangat.

Okies. Sapa2 nk terjun mcm ni??? Bole la berkunjung ke TAFS. Best okeh.

Bubyee!!!!

Sunday, October 7, 2012

TABITA.....memang berkesan.

Adu adu adu..... berduyun2 email tanya pasal produk ni dekat Nad. Sory ye...Nad xjual. Nad ni hanya berkongsi pendapat tentang kebaikan prosuk penjagaan wajah ni. Bak kata omputeh....SHARING IS CARING kan....

Tapi, kalo ada sesiapa yg mahu mencuba produk TABITA ni. Bole laaa direct PM @ whatsapp adik Nad di talian 019-7795223 (amy). Dia memang ambik produk ni direct dari supplier. Al-maklum laaa...kami pon guna sendiri, jd sgt takut kalo2 terbeli produk TIRUAN. Sangat byk produk tiruan TABITA d pasaran skrg. So...kalau ada yg jual murah tu.....paham2 je laa ye. =D

Ramai org yg respon negatif bila Nad bgtau harga produk TABITA ni. Ye....harga nya RM360 untuk set eksclusive (maksud nya : set besar yg ada pencuci muka, toner, night cream & day cream).

MAHAL..??!!!! Ish.....bagi Nad, BERBALOI laaa sgt.

Utk harga set rawatan muka....murah dh tu. Kalo mcm Nad yg kedekut ni...Nad akan berjimat2 cara penggunaan nya biar betul2 berbaloi. Alhamdulillah...sejak beli (awal Ramadhan aritu) Nad masih lg menggunakan set yg sama. X habis2 lg. Mungkin hujung bulan ni baru nk beli 1set lg sbb both night & day cream dh nak habis. Bayang kn 4bulan set kecantikan YG TERBUKTI BERKESAN berharga RM360. So, kos utk mendapat kulit yg sihat adalah RM90 sebulan dan RM3 utk sehari. Mahal lg harga Nasi Ayam kan. 

Nad xsalah kn mereka2 yg takut utk mencuba produk berharga ratusan ringgit ni. Ye laa....Nad pon golongan sederhana yg mkn gaji jgak. So...kekangan yg diorg rasa tu sama je dgn ape yg Nad rasa awal. Tambah2 plak....Nad pernah kecewa dgn byk produk mahal lain d pasaran. Tp, rasanya...dlm byk2 yg Nad cuba tu...TABITA la yg paling murah & yg paling sesuai dgn kulit Nad. Tiada pengelupasan pulak tu bila Nad pakai....bertambah2 syg laaa dekat produk ni. Adik Nad jd reseller pon sbb kakak2 dia force suruh beli byk2 utk stok dan harga yg berpatutan. 

Bagi sesetengah org....xkisah dgn kulit muka sgt. Al maklum laaa....byk jenama make up d pasaran yg berkuasa menutup segala cela d muka. Tp...Nad lebih suka yg natural & Alhamdulillah Hubby pon suka. hehehehe... Tambahan plak harga yg mampu d beli. Kalo nk pakai produk mahal2 yg lain...x mampu laaa saya. 


Okies...share sket gamba d ofis (baru tangkap td) tanpa secalit make up.
Xcantik mana la tuan nya ni. Tp muka nmpk bersih la kan. Alhamdulillah.. RM3 sehari je.


Selingan gamba waktu bday abah aritu.
Smua xkisah bergamba tanpa make up. hehehe

Jangan takut utk mencuba okeh.


Friday, October 5, 2012

Mahu Kulit Jadi Lebih Cantik.....?

* ini bukan iklan racun perosak ... okeh... ini iklan berdasarkan pengalaman sendiri *

Hello Beauties.....

Rasa seronok je baca tittle kt atas ni kan. Ye laa...selain mempunyai tubuh badan yg menarik, kulit wajah juga penting utk seorang wanita. Ceeceewaaahh...!!!

Okeh2....Ni Nad nk share pengalaman sendiri ye:

Sebelum ni, Nad selalu focus utk kuruskan berat badan je. Maklum laaa...nk jgk pakai baju cute2 macam dekat patung pakai. Sehingga laaa pada 1 hari tu, terkeluar ayat dari mulut Hubby.....hasil dari conversation spt d bawah :

situasi 1
H : mkn laa syg..
N: xmo. diet!
H : buat pe?
N : nk kurus...bg abg bertambah syg.
H : kalo abg nk yg kurus2...buat pe abg pilih syg dlu.
N : erk.! !#&#(($$#&$%** (terkelu..)

situasi 2
H : cpt la syg. nnt lambat smpai ofis
N : jap2. Nk make up dlu
H : adui...x rasa fake ke tempek make up tebal2.
N : nnt xcomey. muka kusam je...x bagus
H : natural beauty lebih bagus.
N : !@!$#%^&%$* (terkedu juga)

Kerana situasi2 ini kerap terjadi, maka...Nad mula la mencari produk2 kecantikan yg sesuai dgn kulit & poket. Byk laaa yg Nad cuba :

Mary Kay : xsesuai. muka tiba2 ada keluar kesan hitam mcm terbakar.
Bio essence : xsesuai. makin berminyak.
NV : adoi...mengelupas kulit. x sesuai. kena matahari je pedih yg amat.

dan mcm2 produk lg la.

Hingga laaaaa Nad di pertemukan dgn produk TABITA. Produk ni adik Nad yg cuba dlu. Maklum la, Nad ni byk songeh sket. Nk kan bukti yg kukuh baru nk cuba. Almaklumlaaa...dh banyak kali percubaan gagal. Lepas 3minggu adik Nad cuba......terus Nad terkinja2 nk beli. Hahaha... Nk tengok x perbezaan kulit wajah adik Nad ni ?? Ni haaa:



 Lain kan?? Kami yg tengok secara life ni lg laaaa nmpk ketara. Terutama sekali di bhgian bawah mata dia tu.

Maka Nad & kakak pon mencuba laa. Pergghh....menjadi. Tanpa mengelupas pon. Malah harga berpatutan dan tahan lama. Best!!!

Ni gamba testimoni Nad & kaknim. Sebelum ni kami makeup tebal2 sebab nk tutup cela n jeragat.
Now, dh biasa dgn 'natural' yg Hubby Nad selalu ckp2 tu. Malah...dia laa org pertama yg memuji. Suka sgt. Jimat make up & tambah berkeyakinan.

Atas : wajah tanpa secalit make up. Dulu kusam..sekarang dh cerah sket
Bawah : wajah dengan make up. Jimat bedak i. 


Okeh2....Nad dh xlarat nk tulis panjang. Yg pasti nya bukan utk menjual ye. Sbb...Nad pon beli kat boutique adik Nad. Sharing is caring kan. 

Oh ye...pada sesiapa yg berminat nk cuba. contact laa adik Nad. Norley's Boutique 019-7795223 Tp...kalo mention info dari Blog Nad ni bole dpt discount @ free gift tau (sbb Nad telah dipaksa menulis entry panjang2 ni...lenguh jari i.)

Ok laa... Nk sambung buat kerja. Bye2 beauty


 


Tuesday, September 25, 2012

Wordless Wednesday.....ehemm=)


KERANA IMPIAN KAMI...BUKAN SEKADAR MIMPI




Monday, September 24, 2012

Malaysia Career & Training Fair (MCTF) 2012

Hello chanteqs...

Hari ni Nad nk story mory pasal career fair yg Nad n Hubby smpat terjah d MidV last weekend. Penuh dan padat jugak la....kemeriahan nya sama mcm baby fair le jugak. =D.

Tp x best...sbb baby xbole masuk dlm dewan tu. Ish...geram betul la. Nad siap sound lg kt urusetia....apsal xbole bwk baby? Xkan career fair ni di buat utk org bujang n xde anak je. X adil betul. Last time pg career fair dekat PWTC okey je. Siap sedia kn bilik utk nursing baby lg. Huh

Mujur laaa tujuan kami pg career fair tu utk cari career opportunities for my Hubby je, memandangkan Nad baru pindah kje. So, peluang Nad utk tgk2 booth yg ada tu x kesampaian la. Nad hanya melepak di ruang legar luar, bersama parents yg lain (yg bwk baby of cos). 


Begini laaa pemandangan d ruang legar exibition hall tu. Smua mummy kne tggu luar. Ada yg masuk bergilir2. Sampai hati menDISKRIMINASI kami. Uhuk..!
 


Hubby meneruskan perjuangan utk distribute his resume. 
Well...my Hubby is an Engineer too. Sudah 4tahun berkhidmat d company yg sama, so this is the time for him to move for his career enhancement. Nad sbg wifey yg supportive....memberikan kata2 perangsang je dari luar. 


Sambil2 lepak kat luar tu....tertarik dgn seorang Daddy ni. Wife dia masuk dlm hall tu, dia dgn tenang menjaga baby yg super duper active tu. Gud job daddy. hehehee.....


 Nad??? Xmasuk dlm tu pon. Melepak sampai Hubby keluar smbil melayan miss QQ. Mujur laa QQ sgt behave, lepas bagi mkn (smpat bekal kn dia porridge dari rumah) main2 sekejap, then dia pon tido. Bagus laaa QQ ni. Dh 2kali bwk g Career Fair (1st time kt PWTC - QQ baru 2mo) dan dia sgt2 behave. Mungkin dia memahami & we do believe that miss QQ adalah pembawa tuah utk kami. Buktinya...last career fair, ibu dpt kerja tmpat baru ni. Of cos gaji berganda.....dan Nad yakin bahawa ini rezeki dari Allah utk my little QQ. So kali ni we do hope the same miracle & InsyaAllah kami yakin dgn ketentuan terbaik ALLAH.


See....Tido dengan tenang nye.

 Ok la. Nad masih gigih mencari peluang kerja utk Mr Hubby. Sekiranya ada rakan blogger @ reader yg ada peluang pekerjaan bagi Jurutera (prefer Planning Engineer), berpengalaman 5tahun dalam industri pembinaan struktur dan infra... Pernah berkerja di luar negara dan boleh bertutur dalam 3bahasa....sila bgtau Nad ye. Tq