Kawan2 kite...!

Tuesday, December 18, 2012

Mencari Nursery Terbaik di Samudra

Haissshh...

Pening2 sangat kepala ni. Duk mengadap borang kemasukan TASKA untuk ambilan 2013. Serabut.....sangat nak fikirkan samaada pilihan kami ini tepat atau tidak. Nad dan Hubby nak hantar QQ ke taman asuhan kanak2. Berdekatan dengan rumah Nad dan ini adalah langkah awal nak cuba socialize my lil QQ.

Persoalan nya disini...timbul keraguan antara kami. Mampu ke QQ mulakan tahun 2013 dgn persekitaran dan kawan2 baru. Persekitaran pilihan ibu & ayah ni terbaik kah untuk QQ. Aduii..adui..semakin berdenyut kepala ni. 

Nad dh try survey2 taska yang bersesuaian dengan selera kami. Nad pegi berdua dgn Hubby. 4 taska disekitar Taman Samudra yg kami pegi lawat.

1. Taska Ibu ANA 
- ok la...taska ni berdaftar dan nmpk luaran nya pon ok. Tp, kawalan pengasuh2 kat situ tidak mengikut piawaian kehendak Nad & Hubby. Ish...xmau la komen lebih2, tp memang x berkenan. So..no utk pilihan No.1.

2. Taska AYU BISTARI*lebih kurang gitu la namanya..lupa* depan Giant & sebelah taska Ibu ANA
- Masuk2 je kawasan taska tu...terus terkejut budak2 berlari sana sini dalam hujan yang renyai. Haissh...macam mana ni? Mungkin pengasuh x sempat nk perati kut. Saba...lagi. Masuk dalam tengok ada 2 pengasuh sibuk membuai 2 baby *xpasti pulak umur..tp nmpk macam kecil lagi*. Erm...keadaan mcm x berapa proper (haissh...memilih betul Nad ni) mungkin sebab bahagian sebelah tu tgh dalam proses renovation. So....xmau laa.

3. Taska Ummu Nabila
- Owner nye lembut shj. Tapi....sakit pulak mata tengok keadaan pagar luar yang sangat x elok. Rasanya taska ni dah lama...tp kenapa tiada renovation di buat. Bukannya tak untung mengasuh budak ni...tapi tiada kemajuan. So...xmau la.

4. Taska Iman Amani.
- Yang ni paling dekat dengan rumah Nad. Paling ok environment nye. Ada disediakan kelas untuk mengajar mengaji. So...sejuk hati sikit. Ok la kut. Dah isi borang. Tinggal Nak hantar ke x je.

Keliru dan dalam dilema ni. Betul ke pilihan Nad ni. Tolong2...advise sikit

5 comments:

fiszah_pjo said...

hehe.pzah tak servey pun dear. tp follow rekemen akak opis.since ank die pun stay kt nursery yg sama. alhamdulillah semuanya ok

Aty_Fared said...

Pilih tmpt tuk hantar ank mmng kite akn sgt cerewet...:-)

iietamalek said...

Nad, samela mcm saye..berkecamuk memikirkan hantar zhariff ke playschool.dah macam nak pili uni plak.hehe...tibatiba dah register, terpikir. Oleh ke anak aku berkawan?ok ke time die tido..tapikan bile dipikir kan balik. Lambat laun die akn sekolah juga, akan bergaul juga..terpaksela cekalkan hati.tak tahulah nanti cmne zhariff.

Nurul said...

Salam. Taska Iman Amani ni kat mana ye? Saya duduk Banjaria Court, tengah cari untuk baby 2 months ni. Last minute tak jadi hantar kat nursery yang dah survey sebelum ni. Email me boleh? hunny0308@gmail.com - Nurul. Thanks ya.

yunka said...

terima kasih dgn blog yg akak sediakan.. memang saya pon tgh cari2 tempat untuk anak saya..taska iman amani tu macammana ye?sudah menghantar anak ke ke sana?

harap akak boleh tolong share dgn saya yer..saya tinggal di banjaria court juga..

tolong gmail saya di niathelove@gmail.com