Kawan2 kite...!

Sunday, March 31, 2013

Kejadian 21032012

Salam Mommies smua..

Kali ni Nad nak share pengalaman pertama QQ injured.. Walaupun perkara ni berlaku last 2 week, tp Nad ambil masa jugak nk menulis berkaitan hal ni. Nak ambil mood tulis panjang2.... hehehe

Keghairahan Nad dan suami melihat QQ seronok bermain di playground menyebabkan kami kerap bawak dia main2 di playground @ playland yang dekat2 dengan kawasan rumah. Yg kerap pegi adalah d AEON Wangsa Maju dan AU2. Dua tempat ni je yg kerap Nad & suami lepaskan QQ main memandangkan kawasan permainan tu soft dan selamat.

Namun....suatu hari, tergerak hati nak makan sizzling mee dekat Giant Bt Caves. Kalau ke situ, for sure QQ akan melonjak2 nak main dekat playground 'free' yang memang jelas nampak dari tempat makan kami. Maka, terpaksa la kami bergilir2 menjaga QQ yang sungguh2 exited nak main. Nad jaga dulu. Biasanya kalau Nad yang jaga...memang xbagi laa sangat budak2 lain touch QQ. Lantak laa org nk cakap i overprotective or menDiva kan anak. Kadang2 Hubby pon tegur sikap Nad yang kunun nya menghalang anak bergaul dengan org kanak2 lain. Sorry....bagi Nad bergaul xpayah touch tangan, pipi dan sebagainya. Eye contact pon dah ok. hehehehe....

So, setelah 15minit jaga QQ main...perut Nad pon berbunyi mintak di isi. Si Hubby ni plak makan x habis lagi. Nad mintak Hubby ganti sekejap untuk jaga QQ main. Nad dah lapar. So, Hubby pon take turn dengan tidak 100% iklas...hahaha.

Biasa laa kalo ayah yg jaga. Bajet anak yang setahun 6 bulan tu dan macam 6 tahun agaknya. Maka terjadi la kejadian yang tidak diingini. Nad xtengok kejadian tu...memandangkan kedudukan Nad membelakangi playground tersebut. Tau2 je dah dengar QQ menangi kuat. Berdesing telinga Nad. Perut yang lapar td terus kenyang dengan sendiri nya. Dahi QQ merah (mungkin kesan calar lantai yg keras tu)....air mata x payah cakap la...sampai basah baju. Nad cepat2 pg basuh muka dia and pujuk dengan donut. 

Buntang mata Nad tengok Hubby. Geram betul dengan sikap sambil lewa dia. Memang laaa perkara dah nak jadi...tp kita kena ambil langkah berjaga-jaga tu dari awal.

Hubby cakap...ada budak (lebih kurang usia 4-5 tahun) tarik QQ dari belakang masa QQ nak panjat tangga untuk slide. Budak tu jatuh terduduk sebab x stable, and QQ tercampak sebab budak tu grip kuat tangan QQ.  Ciisss....kenapa suka2 bagi budak tu pegang tangan QQ?? Abang xnak la nampak over sangat macam x nak bagi anak bergaul dengan org.... Wut the  ******* laaa punya jawapan. Perang besar tercetus sejurus berlaku kejadian tersebut.

Terus balik rumah & QQ pon terus tidur sebab dah malam pon. Then, malam tu pukul 2.30 pagi....QQ nangis kuat sangat. Lain drpd selalu dia nangis rengek2 nak susu atau peluk2. So Nad assume mungkin badan dia lenguh sebab jatuh tadi. Nad kerah Hubby bangun dan turun bawah ambilkan minyak gamat untuk sapu & urut2 lembut kat badan QQ. Lps urut2...baca selawat syifa' dan pujuk2 dengan susu, akhirnya QQ sambung tido balik. Hati Nad rasa x sedap. Kalo QQ mengerang sakit tiba2 waktu malam tu...maksudnya jatuh teruk jugak laaa.

Bangun pagi dengan mata yang mengantuk melayan rengekan QQ malam tadi, gagahkan juga kaki melangkah dan tangan menyiapkan setiap keperluan sebelum hantar QQ ke rumah bs. Ditakdirkan Allah, QQ jaga awal pulak pagi tu. Kalo tidak...Nad akan kendong dia masuk dalam carseat terus hantar ke rumah bs. Tp...pagi tu QQ bangun awal mintak shu shu. Lps minum susu, Nad suruh dia bangun ikut ayah masuh kereta. Bila dia berdiri, dia jatuh balik dan menangis. Terkejut Nad tengok dia menangis sebab xbole nak berdiri. 4-5 kali jugak la dia cuba....panik button Nad pon di switch on serta merta. Nk tercabut tekak Nad jerit panggil Hubby yang tengah running enjin kereta kat luar rumah. Mata Nad pon dah bergenang dengan air. Marah, takut...semua perasaan ada. Kami yang dah siap dgn office attire pon mendesup bawak QQ pg klinik Pusrawi di jalan ipoh. Niat nak dapatkan GL untuk proceed rawatan pakar di Hospital Pusrawi.

Sampai hospital, jumpa dengan Dr Ismail Pakar Ortopedik. Dia sempat sound suruh jaga anak2 yg kecik lg. Jangan biar diorang main kasar2 sebab tulang dan otot dia masih lemah. Jelingan tajam Nad sokmo hinggap kat Hubby la. Biar dia tau Nad memang marah gila. Lps scan dan check smua.... Alhamdulillah, tiada keretakan atau major injury. Doctor suspek mungkin terseliuh. Doctor balut dan bagi ubat. Maka QQ dinasihatkan untuk kurang melasak.


Balik, terus pegi rumah parents Nad (dekat je pon). Sampai je...kena ceramah dulu. Berdesing laa telinga Hubby. Mujur laa Hubby ni jenis terima dan mengaku kesalahan. Kalo x...mau bertambah perang. huhuhuhu..

Abah Nad pon mengurut kaki QQ. Abah ni bole la jugak dalam mengubat2 ni. Alhamdulillah, lps 3-4 kali urut....kaki QQ pon dah bertambah ok. Sekarang??? Makin melasak. Tp Nad rehatkan dia dari main kat playland @ playgroung buat sementara waktu. Hubby...semakin protective. Tau pon sayang anak. hahahah....

Ok la smua. Semoga apa yang terjadi pada QQ tidak terjadi kepada anak2 yang lain. Sama-sama lah kita kawal dan lindungi anak kita.

8 comments:

JaSSNaNi said...

subhanallah... macam2 la...
tapi kanak2 ni kalau patah ke apa, doktor kata tubesaran tulangnya cepat.. so cepat amik masa untuk pulih.. berbanding dengan org dewasa..

Allene said...

budak tgh melasak ni, memang risau... kadang2 tak terkawal...

Mimy Hamid said...

Ya Allah QQ kesian nya..tp betul nad kadang kat playground tu budak besar main kasar tau..kadang geram...tak sangka sampai macam ni kan...QQ cepat sembuh yer

ciNDerella stRikEr said...

JaSSNaNi : Alhamdulillah kaki QQ xpatah @ retak. Kalo x...mau Nad ambik 1month cuti nak jaga dia je.

Allene : Betul la sis.

Mimy : Nad x tengok kejadian tu sbb time tu Hubby yg jaga. Kalo x dah lama budak yg tarik tu kena dgn nad. Tq ye

Akma said...

Orang pon sama nad kalau bawak afiqah pergi taman memang ikut dia kemana pergi. dia touch budak lain ke budak lain nak touch dia ke mmg orang tak bagi. sebab risau if jadi benda-benda macam ni la.

orangbiasa said...

perangai kita sama nad..huhu..sbb sy jenis penakut kalo ank jatuh..sgt2 takut..mmg sy kalo bole xnak langsung ank jatuh..nasib suami lebih kurang juga cume die agak cool berbanding sy la..tp mmg kawal ank sungguh2 kalo main tmpat terbuka yg ramai budak2..de budak kalo ganas tu ganas sgt la..xpaham kenapa ganas beno

wanie said...

nad..
wanie plak cam hubby nad, suami wanie plak cam nad...
tp klu bab main kat playground mmg dua-dua akan tgk tp biasanya dgn wanie sekali yg main dgn anak hahahah...sbbnya bdak-bdak besar akan tarik bdak kecik, x bagi berkawan, yang bdak kecik nie nk jugak berkawan dgn bdak besar, puas di larang tetap jugak nak berkawan.. tp kenapa la bdak besar nie ganas sgt dgn adik2..

mrs kayrul said...

perkara macam tue la takut terjadi...saya kurang nak bagi anak bergaul dekat2....pernah bawa anak g main kat playground kat AEON AU2...esoknya boleh plak kutu dah start membiak satu kepala...tak pasal2 jer...geram la jugak...lepas tue dah serah nak bagi anak bergaul rapat dengan bebudak lain