Kawan2 kite...!

Monday, February 18, 2013

Fridge Organizing.....

Hello Ladies...

Semangat berkobar2 nak jgk susun atur peti ais yang x seberapaku ini, hasil penangan entry di blog aty (sini) dan blog umie sue (sini). Walau pon diorg berdua ni suri rumah dan byk masa dirumah....Nad yg berkerja pon nk jugak sematkan budaya susun2 dan kemas2 ni dirumah sendiri. Dapat manfaat dan idea yang bagus bila baca blog kedua2 mommy ni. Diorang sangat rajin dan teliti dalam kekemasan rumah walaupun sibuk menguruskan anak kecil. Ape lagi kawan2......terkesan laaah di hati Nad utk ikut perkara2 yang baik dan termampu utk seorang ibu kerja (slalu balik lwt) ni lakukan.

Nad memang suka beli tupperware. Susu, biskut, nestum dan smua makanan QQ biasanya Nad akan letakkan kat dalam tupperware. Satu kesalahan yg Nad sedar sekarang....Nad beli banyak tupperware tu bentuk bulat. Susah la sket nak atur kemas2 pada ruangan yg sempit. Ini semua gara2 terpengaruh dengan corak dan sistem 'one touch' pada bekas kedap udara brand tupperware ni la. 

Lepas je bersemangat semula menyusun...mula laa terbayang2 set bekas kedap udara kat IKEA tu. Cantik sangat bila aty susun comel2 dlm fridge. Mujur x beli lagi....bila digodek2 dalam cabinet Nad, ada lagi bekas tupperware yang boleh digunapakai semula. Al maklum laaa....Nad ni bukan hari2 masak. Breakfast pon selalu cereal @ toast bread je. Jarang2 masak goreng2 ni. Kalau ada pon masak meriah sket masa hujung minggu. So xperlu la beli bekas banyak2, sedangkan barang nak diisi tu sikit. *sedey*

Ok la... Jum layan Nad tengok gamba2 susun atur fridge cumel ni. hehehe


Ni laa peti ais kesayangan Nad. 
Bunga2 tu mak Nad yang gubah... I tukang beli je. hehe


 
Macam ni laa susunan yang Nad buat. Barang x banyak mana....sesuai la dengan penghuni rumah 3orang (Nad + Hubby + QQ). Bila penghuni dah bertambah nanti boleh la meriahkan lg fridge ni. InsyaAllah. *theehehe*

Secara terperinci...ini la susunan nya dari atas :

1) Bawang merah yang telah dikisar (mudah sikit nak masak bila2, Nad slalu blend banyak2 sebab malas...tp ni dh tinggal sket je), cili kering yang telah di kisar (Hubby suka makan sambal tumis...so ni wajib ada), mentega (biasa dan soft - utk sapu pada roti), madu dan cheese (baru2 ni je Hubby Nad suka makan sandwich + cheese).

2) Kali ni letak buah apple, ikan pekasam, udang kering, cili2 dan halia + lengkuas + serai (Nad suka masak guna serai...bau masakan akan wangi dan bertambah berselera nk makan).

3) Sayur2 (Nad jarang beli sayur berdaun utk buat stok...sebab x tahan) biasanya kubis, tomato, carrot, broccoli dan cauliflower. Vitagen, Kentang (yes...Nad masukkan jgk dalam fridge untuk tahan lebih lama), belacan dan gula2 fav Hubby.

4) Bahagian ni Hubby request untuk kosongkan. Dikhaskan utk letak lebihan makanan@minuman yg xhabis, dan barang2 yg lain2. Sekarang ni Nad letak bubur kacang (makcik Nad kasi siang tadi - dalam bekas ice cream tu) dan begedil QQ lebihan utk digoreng nnt. Hubby suka letak Mug air bfast yang x habis di situ.

5) Dalam bekas tertutup bawah tu, Nad letak roti2 dan karipap frozen utk digoreng tiap2 pagi (baru belajar buat karipap pusing dgn mak haritu) hehehe




Bila peti ais bersih dan tersusun, mood nak masak tu pon berbunga2 dan mudah laaa nak cari barang2.

Selamat menyusun semua..



6 comments:

Aty_Fared said...

:-)

Aty pon tak suker beli sayur bnyk2 sekali..walaupon msk hari2..tp sayur tak tahan lame...:-)

Eerr...mcm same jer peti ais kite..heheh..:-)

Cik Puan Rara said...

wahhh semangat dtg lepas tgk entry aty eh.rara pon lepas ni kalau ada umah sendiri.nk wat cm ni gak.

UMIE SUE said...

peti ais su kecik jer.hihi...xboleh nk ltk mcm2

ciNDerella stRikEr said...

aty.. ni awak punya pasal laa. influence yang sangat baik. terus kn menulis d blog ye. saya mmg suka baca. hehehe

Rara - semangat tgk diorang ni rajin2 la rara. hehehe

Sue - kecik2 pon banyak isi. Nad ni pon size sederhana je. hehehe

Mimy Hamid said...

yer la nad nak kemas juga baru semalam belek peti ais kenapa la caca marba

Fizah said...

sungguh kemas ;)