Jum cite2 pasal perkembangan cik QQ kita ni.
Next month nk bawak QQ g cucuk....untuk 18bulan. Cepat betul masa berlalu.... Alhamdulillah QQ membesar dengan jayanya...cerdik dan aktif sangat. hehe
Genap umur 1 tahun QQ dah boleh berjalan. Amboi...nak jugak tunggu 1 tahun genap. Alhamdulillah, x terlalu cpt & lambat. Nad pon xde la push sangat since Nad dlu pon mula jalan lambat. So sudah 6 bulan la cik QQ explore skill berjalan serentak dengan skill memanjat.
Kegemaran aksi QQ adalah memanjat. Semua tempat nk di panjat. Favorite mesti laa kerusi dan meja. Mujur tangga sudah dipagar awal2 oleh Hubby. hehehe... Jalan pon jarang nk jalan slow-slow. Mesti nak laju je lari. Tensen mak. Berkejar2 dalam rumah yang sejiput itu. hehehe.. Suka mengekor kita kalo dia bosan dengan mainan. Kehulu-hilir ikut ibu ni...dapur, depan, bilik....semua dia ikut. Kadang2 rimas jugak, sebab QQ ni bukan setakat jalan....siap lari plak nk ikut kita ni.
Gigi QQ dah banyak tumbuh. Alhamdulillah....mudah sikit utk hadam makanan nanti. Almaklumlaa...sekarang ni selera makan QQ dah macam org besar. Makan pon nk suap sendiri. Tumpah & selerak tu dah jadi kebiasaaan yang terpaksa Nad terima. Cuma..sikit2 ajar QQ utk makan tertib. Hopefully lama2 semakin tertib. hehehe... Setakat hari ini...gigi geraham QQ dah tumbuh 2 batang. kiri dan kanan. Alhamdulillah x demam utk tumbuh gigi itu. Lega hati Nad. Kegemaran menggigit??? Masih belum menunjukkan tanda2 menggunakan gigi sebagai senjata. hehehe... Syukur.
Rambut...masih halus mulus seperti dulu. Mudah laa Nad nk siap kn dia. X perlu berdandan lama. Tp selalu terima pertanyaan dari org....Boy @ Girl ni...? Lasak nya. huhuhu
Dah pandai cakap sikit2....lebih kepada bahasa dia sendiri yang paham. Antara perkataan yg Nad ingat dah paham :
nak - nak
no no no - tak nak
bu - ibu
ayah - ayah (penuh pulak dia sebut)
tucik - tok cik (baby sitter yg jaga QQ)
chuchu - susu
berk - work
na nanana - banana
tat - cat
kung - dukung
apinpin - upin ipin
Kadang-kadang bila QQ berleter...rasa kelakar pon ada. Terjuih-juih mulut dia...tp Nad xpaham pon. heheh... SO cute...
Sejak akhir2 ini..perangai QQ semakin manja dan pandai merap. Sentiasa nak di beri perhatian dan manja melebih2. Adui laa...mujur anak seorang. Jadi tumpuan sepenuhnya pada dia je. Kadang2 x pasal2 dia akan merengek2 nangis mintak perhatian sampai Nad n Hubby nak tgk TV pon xbole.
Hubby assume maybe dia bosan & xde kawan nak main kot. Aish...usaha utk bagi adik kt QQ akan solve kn problem ni ke? Mak pulak cakap...memang anak yg ibu nya berkerja akan jadi macam tu. They need more attention. So, Nad kena laa betul2 spend kn at least 1jam full utk main2 dan sembang2 berdua dengan QQ sahaja.
Hope suatu masa nnt bila QQ membesar...dia akan jadi best buddy Nad. hehehe..
Ok la.. nnt kalo ada kelapangan lg.. kita sambung cerita. Daaa