Kawan2 kite...!

Tuesday, December 11, 2012

DILEMA...

ADoi....

Kepala dh semakin pusing. Bangun seawal 6 pagi (Ehem...awal 30minit dari kebiasaan) membuatkan kepala aku rasa ber'dengung' yang panjang. Dua mug nescafe yang dibancuh oleh tea lady (tersenyum2 tengok aku tambah lg air d pantry) tak mampu menahan mata yang semakin layu. Cuba sibukkan diri dgn mengemas file2 yg berlambakan. Berjaya......sehingga lunch hour. Ceh..!

Yessza.. Harini nk test2 dulu (kata hubby) sebelum dia memulakan tugas d tempat baru next month. Performance & masa harus dijaga. Itu la pengorbanan Hijrah yang telah kami pilih. 

Sebenarnya tak perlu awal sangat kalau setakat nak pegi kerja sahaja. Permasalahan nya adalah hendak hantar QQ ke babysitter yang memakan masa 30minit pergi dan balik. Ouwh..tambahan dengan melihat calar di muka QQ (kali yang kedua) membuatkan hati aku & Hubby terdetik nak pindah kn QQ ke baby sitter yang lebih dekat jarak nya. Pelik..serentak kami pikir hal yang sama. Memang betul2 laaa soulmate-ku. Eh, ok..sebelum melalut feeling2 romantik & loving. 

Aku ada masalah yang perlu di selesaikan dengan beberapa penyelesaian yang telah aku fikir dan senaraikan.

Masalah : Hubby akan mula kerja di tempat baru of cos dengan gaji tanggungjawab baru dan environment baru. Bermula tahun baru ini, masa kerja Hubby bermula jam 8pagi sehingga 5ptg. Untuk mencapai target itu, kami harus bertolak dari rumah selewat-lewatnya jam 7.10pagi untuk merealisasikan impian Hubby smpai ofis nya sebelum jam 8. Semestinya dia akan hantar isteri cumel dia ini dulu. Jadi...QQ harus di hantar 30minit awal dari jam 7.10pagi = 6.40pagi = sesudah subuh. Kesian sicumel ibu kena keluar dari rumah seawal itu.

Penyelesaian 1 : Pasrah dengan jadual yang baru...bersyukur kerana ada nya hujung minggu (Sabtu Ahad) sebagai ganti. Bangun setiap hari jam 6pagi..siapkan sarapan & bekal utk QQ....dan hantar seawal jam 6.40pagi ke rumah baby sitter (jauhnya 30minit masa di atas jalan). Sebelum ni aku & hubby sanggup je...sampai laa kesan luka (berkali2) mungkin bekas cakar di muka dan badan QQ membuatkan kami terfikir idea lain. 

Penyelesaian 2 : Hantar QQ ke baby sitter yang baru. Mak dah ada calon nya. Dekat dengan umah mak yang jaraknya xsampai 5minit dari rumah kami. So, boleh la hantar QQ jam 7.05pagi. boleh bangun jam 6.30pagi seperti biasa dan hopefully x ada kesan luka di kulit QQ lagi sebab baby sitter yang baru ni seorang yang lembut dan hanya menjaga baby (3bulan usia) sahaja. Adui...kasihan pulak baby tu nnti kalau di buli oleh QQ yang sangat lasak. Masalahnya..aku dan suami takut pulak nak tukar babysitter since QQ pon dah 1tahun 3bulan. Dah paham dan serasi dengan baby sitter ni. Entah ok atau tidak baby sitter yang baru ni. Nak naik tengok keadaan rumah dia pun segan. Baby sitter QQ sekarang ni makcik aku sendiri...bagus la dia jaga. Cuma....rumah dia jauh sangat. Hubby pulak cerewet nak hantar anak dia ke nursery pon dia memilih.

So, dengan 2 penyelesaian kaedah ini.....yang mana bagus di praktikkan? Sape tolong bagi idea yang best Nad nak bagi hadiah laa...


1 comment:

~ NANA ~ said...

kalau i vote penyelesaian yg kedua kot...hehe