Kawan2 kite...!

Monday, April 23, 2012

Hati Gundah Gulana.....gembira dalam gusar

Nukilan hati saaat ini....

Entah kenapa panggilan dari HR Manager IWK sebentar tadi betul2 telah meragut ketenanganku. Gembira dalam keraguan.... Gembira kerana telah berjaya dalam kedua2 temuduga dan mendapat posisi Project Executive disebuah GLC comp yang aku idam kn. Of cos ditambah pula dengan kenaikan gaji 1k plus dari sekarang. Rasa bibir sentiasa terjungkit2 ukir senyuman dan xhenti2 syukran Ya Allah di dalam hati. Namun begitu.....keraguan bertimpa2 dihujung2 bicara. Jawatan yg akan ku sandang berstatus kontrak selama 2tahun dan kontrak akan diperbaharui sehingga tamat projek....dijangka pada tahun 2020. Nah....! 1 jawatan menarik tp kelonggaran status itu meragukan aku utk menandatangani surat tawaran. 

Dalam hati mula berteka teki....wajar merebut @ biar kn peluang ini pergi begitu shj..? Pekerjaan sekarang?? Langsung tidak aku nafikan....kerja di TC memberi aku lebih byk masa utk diri sendiri. Perjalanan ke pejabat selama 10minit mnaiki kereta, masa kerja yg flexible serta kepercayaan yang telah diberikan oleh Boss membuatkan hati aku melekat d cni selama 4tahun. Walau kenaikan gaji hanya ciput setiap tahun, aku gembira dengan beban kerja yg biasa2 bg jurutera muda sepertiku. Di sini lah tempat aku belajar erti menjadi seorang jurutera yg sebenar. Aku mula mengorak langkah perlahan2 membina kumpulan rekabentuk sendiri dan belajar menggalas tanggungjawab sbg 'kakak' di sini. 

Namun, setelah melahirkan QQ di muka bumi..hati mula bertekad utk melangkah lebih jauh. Tak mau lagi di takuk yg lama. Maka...ibu kepada anak seorg ini bertekad utk edarkan 'resume' ke semua syarikat2 berpotensi yang dirasakan sesuai. Maka...dari banyak2 yg dihantar tu tersangkut la d 3 buah syarikat besar iaitu MRCB, IWK dan TOYO. Hanya MRCB dan IWK yang mmberikan jawapan positif hasil dari temuduga yang aku hadiri. Alhamdulillah...rezeki Allah kurniakan utk QQ tempias nya dapat aku rasa. Gembira dan bersyukur dgn peluang yg diberi, namun persoalannya...sanggupkan aku melepaskan status kerja tetap kini dengan umpan kenaikan gaji yg ketara? Bertubi2 persoalan aku utarakan d hati agar kesangsian dpt aku jauhi. 

Aku perlukan kekuatan utk mulakan langkah ini...dan kekuatan yg biasanya aku peroleh dari seorg suami itu tiada tandingnya. Aku capai telefon bimbit kecil molekku dan mula mendail nombor ABANG. Tak perlu tunggu lama, sayup suara dari hujung sana menghulurkan salam aku smbut dgn lemah. Hanya 30minit perbualan, suami berjaya meyakinkan aku bahawa segala kebarangkalian dan risiko harus aku tempuhi. Aku harus belajar keluar dari 'comfort zone' dan mula mengejar impian. Entah kata semangat apa yg ditiup, aku hanya mendengar dan menganggukkan kepala tanda faham...walaupon aku sedar dia tidak mungkin nmpk. Namun kata2 itu yg telah melonjak kembali semangat aku utk berhenti dari selesa ditakut yang sama.

Ayuh Nadirah, ini bukan masa utk takut melangkah. Sudah penat rasanya merangkak di bumi, teringin rasanya berjalan menongkah langit. Hari ini, saat dan tika ini. Aku bertekad utk menerima rezeki yang Allah beri ini. Jika bukan yg terbaik utk aku pun, mungkin ia terbaik utk yang aku kasihi. Semoga segala impian menjadi realiti kerana ia bukan sekadar mimpi2. 

Kalian...doakan langkahku agar tak sumbang. Amin.


8 comments:

Fiszah_pjo said...

seronoknya nad,,tahniah..pzah lom dapat offer lagi,sedey..huhuhu.siap dapat 2 offer lg ye..tahniah..

ciNDerella stRikEr said...

tq pzah.
nad dpt position kontrak je pon. ntah laa nk pg ke x. hehehe
doa kan nad ye

zurayusoff said...

hai salam kenal
dalam dilema yer
takut kalau2 tersalah langkah...
mintak petunjuk dari Allah
InsyaAllah....
tak salah mencuba yg baru yg pastinya lebih baik dari skrg...
mana tau kontrak alih2 terus tetap ke apa kan???
gud luck dear....

ciNDerella stRikEr said...

zurayusoff - hye.. dlm dilema sgt2. tp kne kuatkn ati ni. huurrmm.... tq ye

Waniey said...

nad..ade g pureen sale ke ahad lepas..look like u la..tapi x sure sgt..hehee

ciNDerella stRikEr said...

ada laaa wanie. mmg nad pg pon ahad tu. apsal xtegor.....nad ni kalo jln mata xpandang org dh. heheheee

Waniey said...

xsure sgt nk tego kang salah org.hikhikk..lgpun bahu da senget sebelah bwk brg..

ciNDerella stRikEr said...

huhu....sakan borong ek. =P