Kawan2 kite...!

Tuesday, January 29, 2013

Kedai Makan OGY D'GREENWOOD

INDAH KABAR DARI RUPA

Hanya itu laa ayat yang sesuai Nad berikan pada kedai makan yang meletop2 (kununnya) di greenwood ni. Pemilik restoran Kak Ogy (yg gah nama nya dipersada seni) harus ambil inisiatif baru dan cepat2 sebelum ramai yang berperasaan macam nad ni.

Hello semua...

Amboi..panjang mukadimah baru nak helo helo bagai. Entry kali ni bukan berniat buruk kepada sesiapa...tetapi lebih kepada ingin berkongsi rasa dan pengalaman untuk tatapan pembaca blog Nad yang sejemput itu. 

Mula2 Nad dapat tau ada 1 restoran baru buka d greenwood, decorasi yang cantik dan yang paling gempak...pemiliknya adalah 'azura' kesayangan ramai...akak ogy..!!!! Seronok bukan kepalang, terus buat ayat2 manja dekat Hubby. Gosok2 tangan sambil kelip mata berkali2, memujuk untuk makan d restoran pelakon kesayanganku juga ni.

Malam tu jugak kami 3 beranak (dgn perut yang betul2 kosong) pegi untuk serbu restoran yang katanya hebat dengan masakan arab dan ala carte. Ceewwaaah...dah berangan ni. Nak order mcm2 sambil memerah poket Hubby yg masyuukk bulan ni. 

Sampai je dekat sana...mata dah buntang tengok decor2 hiasan lampu gantung2. Comel sangat di mata saya. Waaahh...semakin berbunyi perut nak menyantap makanan ni. Hubby turut memuji decorasi kedai tu. 

Hubby : cantik ye kedai dia. dari jauh dah nmpk. senang nk cari
Wifey : ye la. kak ogy ni kan perfectionist. semua mst nk yg terbaik.
Hubby : jgn makanan xbaik sudah.
Wifey : xmungkin...kalo xbagus syg belanja abg HAYAKI mlm ni jugak. *sempat beting tuh*

Waaahh...yakin betul saya. Pelanggan x berapa ramai....jadi mudah untuk kami mencari meja dan kerusi untuk duduk. Smpt tangkap2 gamba lg...sementara menunggu menu.

tangkap gamba QQ berlatar belakangkan lantern yg cumels.

5 minit berlalu.

Nampak kelibat pelayan yang tengah bersembang dekat kaunter bayaran. 'Dik...bagi menu dik. Nak order'..

10 minit berlalu.

Nad tengok orang meja sebelah dah bangun. Tp meja masih bersih. Diorang pun menunggu lama...menu pon lambat nk kasi. 

20 minit berlalu.
 
Baru menu smpai di tangan...Nad malas nk complain lambat, even Hubby dah buat muka bengang. So Nad tanya laa...Ape yang menarik kat sini. Bole pulak budak tu jawab....akak kalo nak cepat order western je kak. Yg ala carte ada yang tunggu sejam pon belum dapat lagi. Lambat sikit.

Gila ke ape...lambat sikit sampai sejam. Tu lambat banyak dik. Hubby terus angkat bontot tanpa sepatah kata. Nad?? Ikut skali laa. Tp sempat la pesan kat adik tu. Lenkali alert la bila pelanggan masuk. Ni nak tunggu buku menu sampai 20 minit wut the heck kan... Tp Nad tegur dalam nada elok la. 

Sedey sangat hati.....maka kami 3 beranak berangkat la ke HAYAKI dan terbang laaa duit poket Nad untuk dinner malam tu.

 Tak payah tunggu lama.... menu dh tersedia. 
Baby chair utk QQ pun cpt2 diorg bawa bila diminta.

Mujur laa nasi kerabu HAYAKI ni super duper yummy. 
Terubat sikit luka hati di gerai Kak Ogy. *uhuk

Wednesday, January 23, 2013

SAKIT HATI

Kenapa laa susah sangat nk paham....???

Pelik laaa dengan perangai manusia yang suka menyusahkan kehidupan manusia lain.

Hairan dengan sikap manusia yang suka menimbulkan masalah pada manusia lain tanpa ada rasa bersalah. *p.s: haiwan punya masalah aku xmo pikir. sebab masalah aku pon x terpikir.

Tak sedar agak nya hidup kita ni ibarat roda. Walopon 'anda' tu authority....tp anda tu MANUSIA.
Sama je sedut oxygen dengan saya. So....please laa paham. Susah sangat ke nk bg kerjasama.

Nak bagi rasuah xbole la plak....sebab berdosa. Susah2 hantar body guard la. Meh cni nk hantar..

Haaaa... ada gaya macam nak sumo kan... Berani nk gado?? Meh laa berdepan dgn QQ. Pitching suara dia  bole buat ramai yg menyerah. Huh.

Tuesday, January 22, 2013

Kenapa QQ suka memanjat??

Hello chanteq sekalian....

Sejak dua menjak ni... Nad & Hubby terperasaan sesuatu yg sangat ketara pd QQ. Hamboi....sebelum ni perasan laa jgk...tp xde la ketara sangat. 

QQ semakin hari semakin lasak memanjat. Semua tempat dia nk memanjat. Sampaikan dalam kereta pon dia akan memanjat. KeLASAKan QQ ni sangat memeningkan kepala Nad & Hubby. Bukannya kami x suka tengok QQ aktif.....tp dah terlajak active mengalahkan baby boy. Haiisssh...time pregnant QQ dulu Nad mana ada suka memanjat. Panjat tangga pon malas. Entah laa macam mana QQ bole sangat pandai memanjat.

Kadang2 Nad kagum jugak tgk ketangkasan dan kekuatan tangan QQ yang bole menampung berat badannya dalam masa yang lama. Kalau dibiarkan berlarutan....takut cedera pulak nanti. Banyak kali dh QQ jatuh...tp Alhamdulillah tiada kecederaan yg serius. Harap2 jangan laaa berlarutan minat memanjat dia tu.

Pernah suatu masa tu....QQ susun buku bertingkat2 semata2 untuk panjat atas copy table (sbb kaki dia xsampai nk jangkau). Nad yg dari dapur kelam kabut lari ke living hall...takut dia jatuh, last2 Nad yg tergelincir jatuh. QQ? dia tolong gelakkan ingat ibu ni jath olok2. Hissshh....bertuah betul anak seorang ni. 

Mujur laaa QQ pengarang jantung tunggal buat masa ni. So, layan kn aja laa minat memanjat dia tu. Nk didik minat yang lain macam boo layan je. Ada idea x macam mana nk bentuk minat yang 'baik' utk anak2. Macam minat membaca ke...minat mewarna ke. Ni cik QQ kita ni...nad bagi buku pon, tahan 5minit je. Yang dia x bosan.....merengek mintak dukung @ peluk. Manja.

Ok la kawan2. Nak tengok x aksi QQ memanjat. Nad tunjuk yang dlm kereta ye. (esok2 dia besar nnt nk tunjuk gmba ni kat dia laa..hehehe)


 Kepada bakal mertua QQ...jgn la reject anak dara i ni ye.
Dia memang lasak dari kecil. hehehe



Tengok tu...bila ibu marah buat senyum ketat pulak. Macam mana nk marah lama2. Hissshhh laa.





 Nanti nk didik QQ minat shopping laa. So bole laa sama minat dengan ibu. Yesszzaaaa!!!!
 



Thursday, January 10, 2013

QQ memang anak AYAH

Salam semua....


Semenjak dua menjak ni...perangai QQ memang sgt sukar diduga. Kadang2 sibuk dgn toys smpai ibu panggil pon buat2 x layan. Kadang2 tu plak...bukan main suke mengendeng je kat ibu and ayah. Yang paling kerap dia ngendeng of cos la ibu. Sebab masa dia bersama ibu ni lebih panjang berbanding ayah. Ibu balik kerja awal dari ayah & cuti setiap sabtu ahad.

Oleh sebab itu...QQ ni terpaksa mengejar kasih ayah. hehehe... smpai sanggup menangis sekuat hati bila ayah x layan. Jgn harap laa ibu nk manja2 dengan ayah nya.....sanggup di campak botol susu kalo nmpk ayah peluk ibu. Haaiisshhh....kuat betul gen cemburu QQ ni. hehehehe..

Syukur Ya Allah...kukuh kan lah kasih sayang antara kami sekeluarga. Semoga QQ jadi anak yg solehah dan kasih pada ibu ayah.

Ammiinnn..

Wednesday, January 9, 2013

Masak Ape yee??

Hello gojes smua....

Sejak berpindah ke company yg baru ni jun tahun lepas, sabtu dan ahad memang Nad cuti. Full weekend housewife la katanya... Bila tiba hujung minggu je....mula laa kelam kabut nk pikir menu utk hidangan keluarga. Kalo hari berkerja mkn kt luar je laa. Tabik la pasa si suri rumah sepenuh masa yg bijak plan menu utk seisi keluarga. Nad ni asyik la ulang meu yang sama.

Kalo bukan ayam masak kicap (feveret Hubby), masak sos atau sambal tumis. Nk buat rendang ke kari memang jarang sekali la. Malas berlama2 kat dapur tu. Sayur pon kebiasaan masak tiram atau sup. Pling grand buat masak lemak cili api. Tp tu pon dh malas....sbb kalo lama2 kt dapur tu mula la QQ dtg utk 'membantu'. Hissh...Nad ni memang xsuka kalo ada org tgk Nad masak (walopon QQ xpaham ape yg Nad masak) hehehe...

Tapi....untuk tahun 2013 ni...menjelang usia yg *ehem *ehem ni, Nad niat nk berubah. Nad jd isteri dan ibu yg menjaga kebajikan seisi rumah. Jaga makan dan pakai suami dan anak dengan sempurna. Niat hati (yg berkobar2) nak sediakan everyday breakfast (walau hanya secawan milo dan sekeping roti) dan weekend meals untuk suami. Maka...xmau istilah malas2 lagi ye.

So, Nad nk start plan for the next weekend menu. Nak masak ape ye??? 
Kalo ikut Hubby, smua dia suka...semua dia ok. No prob. Bertambah beku la otak Nad nk plan menu ni. Ish...goreng telur dengan kicap pon sedap jugak. hehehehe

Ok la kawan2. Kalo ada resepi mudah dan sedap....bole la share dengan Nad ye. Nak sambung meng'google' resepi2 ni. Daaaaa

Mana Hilangnya Semangat Cintakan Malaysia?

Salam semua....

Okeh...hari ni bukan Hari Kebangsaan atau yg sama waktu dengan nya. Jadi, entry kali ini tiada kaitan dengan 'hari cuti' yang ditunggu-tunggu itu. Cuma...tiba-tiba terasa terpanggil untuk buat entry khas cinta Malaysia ni.

Secara jujur...berapa kali seminggu korang dengar lagu kebangsaan Negaraku??? Bagi gov servant..memang tiap2 pagi akan dengar & nyanyi lagu ni kan? Eh, rasanya laa kan. 

Sebab pernah 1 hari Nad ke DBKL....omg...tepat jam 830am lagu Negaraku di pasang dan semua diminta menghormatinya dengan berdiri dan sama2 nyanyikan lagu tu. Nad yang xpernah melalui situasi tersebut terasa agak janggal....dan yang paling membeliakkan mata Nad, semua yang ada di lobby tu berdiri.. yang tengah jalan pon boleh berhenti. Tegak. Menyanyikan lagu kebangsaan kita. 

Tengok pakcik 2 ni. Tengah berjalan pon bole stop. 
'maaf la gmbar agak blur....time tu segan nk snap pic...so tangan ketar2'


Itu lah kali pertama Nad dengar dan nyanyikan lagu tu sepenuhnya semenjak berkerja. Hadoi...adakah lagu Negaraku tu Nad anggap sebagai lagu time sekolah je? X la....cuma xrasa penting kenapa nak kena nyanyi lagu tu. Tp pelik....selesai habiskan tiap bait kata lagu Negaraku, macam ada menyelinap 1 perasaan semangat untuk memulakan kerja. Haissh...hari-hari mintak Ranhill pasang lagu Negaraku kat ofis la gamaknye. hehehe

Semoga kita semua sayangkan negara ini dan jangan cemari keharmonian Malaysia demi untuk kepentingan sendiri. 

Saya bangga jadi warga Malaysia.


Tuesday, January 8, 2013

SO0ooo Cute

Geram betul tengok kasut2 baby zaman sekarang... Bertambah geram bila harga nya mengalahkan kasut orang dewasa.

Haisshh....kalo laaa duit tu bole petik je dari langit...dah lama i rembat semua ni. huhuhu...

Jum semua cuci2 mata dekat SOGO ni. Xsangka kids dept diorang ni meria jegak.. Slama ni sibuk menghala ke OU je. Lps ni....SOGO masuk list skali ye.

Ok semua....gaji January lambat lg nk masuk.So, jimat ye. hehehe

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Holaa semua...

Selamat melangkah ke tahun baru 2013. Bertambah setingkat la usia kita ye....isk isk.

Hari ni merupakan hari pertama berkerja dalam tahun ini. Semangat berkobar2 untuk berkerja dimulakan dengan membuka blog2. hehehe.... Nad sampai awal hari ni (dan InsyaAllah di hari-hari yang mendatang) memandangkan azam tahun baru ni nak bangun awal. Tambahan pula Hubby dah mula kerja di tempat baru. Disiplin adalah target capaian kami untuk tahun 2013. InsyaAllah.....doakan kami ye.

Oh ye, setiap kali tahun baru...mesti ada azam baru. Setiap tahun jugak laa cuba mengejar azam tu kan. Azam Nad tahun lepas utk fully BF QQ tidak kesampaian. Sedey sangat dengan kekangan kerja ditempat lama. InsyaAllah Nad akan perjuangkan untuk adik QQ pula nanti. Eehh....belum ada rezeki lg. Hehehe

Pengakhiran tahun 2012 agak pahit untuk Nad. So, Nad harap permulaan tahun baru ni maka bermula lah dimensi baru dalam hidup Nad. Semoga setiap saat hidup ini diberkati Allah s.w.t.

Salam sayang dari Nad