Kawan2 kite...!

Tuesday, September 10, 2013

OUR 9th Anniversary

Salam Sayang mommies semua...

Adoi...segan sangat nk up entry yang dah basi. hehehe... tp terpaksa la jugak masukkan, memandangkan tujuan utama blog ni adalah untuk kongsi kisah & cerita buat generasi2 Nad yang akan datang. Ceh..! Ayat poyo di situ.

Okies..sebenarnya nak story pasal 9th aniv celebration Nad dan Mr Hubby pada 28 Ogos yang lalu. Aiiyyooo...bukan wedding anniv la. Kami baru kawen 3 tahun ye sayang2 sekalian. Ini sambutan LOVE anniversary. Hahaha...



Pada 28 Ogos 2004...tarikh di mana Nad di lamar oleh En Hubby untuk menjadi special girlfren dia. Ewaah...macam berprotokol sangat kan. Padahal couple budak2 je pon. hahaha.. Tp still menjadi sejarah dalam perhubungan kami. Nak cerita pasal kronologi hari kejadian ke ek?? Macam malu pun ada. 

Xyah laa..kan. Tp yg pastinya ini adalah 1st date En Hubby (yo laa...dia xpenah bercinta lg katanya) dan date remaja pada waktu itu yang mampu hanya lah mcD dan pegi menaiki bas. Xberani nak naik kereta sama lg. Takut kena bawak lari (hahaha...mentaliti ribena sangat).

Alhamdulillah....setelah 9tahun dari tarikh itu. Kasih sayang En Hubby pada Nad x terasa berkurangan. Malah semakin hari semakin sayang. heheee... Cuma sekarang ni kena kongsi kasih dengan QQ. Almaklumlaaa...anak dara Ayah sorang ni x bole tengok kalo ibu & ayah manja berdua. Mesti nak jadi yang ke 3. Sabo jee laaa..

Pada 28 Ogos yang lalu....Hubby konon2 nak buat surprise anniv dinner dekar Carcosa Negara. Aiiyyoo...tempat mcm tu xbole la nak bawak QQ join skali. Jadi kami ubah plan ke tempat yang lebih terbuka dan ala2 buffet style. Restoran Rebung. Xbest sangat la....hehehe. Tp disebabkan dapat spend dinner time dengan En Hubby sambil imbau2 kenangan percintaan....rasa macam makan atas angkasa pulak. hahaha...sambil sayup2 dengar celoteh QQ. X termasuk lagi karenah QQ yang mencampak makanan kebawah meja. 

Overall...sangat bahagia bergelar isteri Mr Irwan. Walau hidup kita serba sederhana....tp kita kaya dengan rasa dan cinta. ewwaahh... Luv u till Jannah. InsyaAllah.

Monday, September 9, 2013

QQ 2nd Bday...

Hallo....

Kali ni berkesempatan nk story mory pasal QQ 2nd Bday yang jatuh pada 07092013. Alhamdulillah...membesar dengan sihat dan semakin cerdik. 

Bday celeb tahun ni Nad xbuat sangat pon. Just spend time bawak QQ main d playland, makan pizza n cutting cake di rumah sajo. Hehehee.... Mulanya ingat nak cutting cake kat rumah Nad @ maktok...last2 xde elektrik pulak di hari kejadian. Maka nya....berdesup la ayah QQ membawa ice cream cake n pizza2 ke rumah mak ngah di tmn bolton...sebab nya kawasan rumah makngah x kena gangguan elektrik.

Alhamdulillah...dapat jugak gembira kan hati QQ weekend yg lalu. Hubby ada jugak request nk buat party utk anak kesayangan dia ni. Tp Nad refused nk celeb besar2, x larat mak ooiii... hehehe

Lebih baik spend time utk ceria kan QQ di hari kelahirannya. 

Happy 2nd bday anak Ibu yang sulong (now dah pandai bahasa diri as kakak)...semoga kakak QQ jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Mendengar kata ibu dan ayah serta menjadi tauladan untuk adik2 nanti. hehehehe



Sayang....kakak...!

Monday, August 26, 2013

Manjanya QQ sekarang ni....menjelang umur 2 tahun

Salam Selasa semua...

Dalam kesibukan Nad menyiapkan laporan, sempat jugak menulis 1 entry untuk tatapan dan kenangan. Nak bercerita perihal cik QQ kita yang semakin hari semakin manja laa sangat dengan Nad & Hubby. 

Menjelang usia cik QQ kita yang nak masuk 2 tahun ni...dah macam2 character dan perangai baru yang Nad perasan ada pada dia. Alhamdulillah perkembangan yang normal dan baik di mata kami. Walaupun kadar ke-active-an cik QQ ni agak terlajak berbanding bby gurl yang lain...tp itu la penyeri hidup kami. hahaha... 

QQ ni xbole ada org dtg rumah @ keluar rumah (means...ada org lain selain Nad & Hubby)....mesti dia akan tunjuk perangai 'cantik' dia tu. Nak kami focus kat dia je...kalo tidak....menunjuk laaa perangai luar biasa tu. Letih nak melayan....kadang2 kesabaran En Hubby (yang terkenal dgn sifat penyabar) pon bole tergugat. Nad ni lagi laaa...suara macam harimau je laa dalam rumah tu. Nk kejar2 dia dah x larat....terpaksa guna kudrat suara yang bisa mengegarkan rumah kami. hahaha..

Tp, kalo tinggal kami bertiga je...perangai QQ akan berubah drastik. Jadi seorang manja dan mendengar kata. Pandai pulak nk hugs & kisses Ibu & Ayah. Siap cakap...'sayang...Ibu' @ 'sayang...Ayah' lagi. Pandai betul mencairkan hati. Jadi, Nad & En Hubby buat conclusion, maybe QQ nak masa kami ber3 je kot. Sebab x lama lagi dia akan share kami dgn adik. So....kami layan kan saja la kemahuannya. (Isk...tetiba rindu plak kat cik QQ ni....kne balik cpt la petang ni).

Pencapaian QQ setakat ni.....
- Dah pandai menerima & ikut arahan. Take, sit, stand, give, clap hand...and ada laa sikit2 yang lain.
- Semakin pandai point out anggota2 badan yang simple2. Eyes, nose, ear, hair, chin, mouth, neck, tummy, fingers and teeth.
- Pandai sebut 'bukan' & 'no no no' untuk deny sesuatu kenyataan @ offer kita.
- Makanan fav dia...Nasi Lemak. Sekarang ni pandai mintak Nasi Lemak dgn Telur lagi.. hahaha
- Suka dengan music yang rancak...dan selalu tunjuk skill menari. hahaha
- Masih lagi dengan puting untuk ubat nak tido...Nad belum berani nak stop kan lg. Tunggu nanti2 la.
- Dah pandai bgtau kalo dia poo poo... siap bgtau 'busuk' lg sambil tutup hidung. hehehe
- Kalau orang tanya...'anak sapa ni?' dia akan spontan jawab 'anak ayah'...unless dia tengok muka ibu merajuk dengan kenyataan tadi..so cepat2 dia akan sebut 'anak ibu'. Pandai memujuk ni.
- Kalau nak mandi @ basuh poo poo akan cari ayah....tp kalau nak tido mesti nak kena ada ibu kat sebelah.
- Pandai berlakon @ imaginasi dengan telefon (as if on call) & bear2 mainan dia.
- Kalau cik QQ kita ni mahukan sesuatu....dia akan ambil dan cakap...'ni kakak punya'. Walopun hakikatnya itu HP Ayah @ Ibu. Siap bawak lari lg tu....sebab dia tau itu bukan dia punya. hahaha

Itu je la yg terlintas kat kepala Nad sekarang tentang perangai QQ buat masa ni. Semuanya mencuit hati. Sekejap rasanya masa berlalu. Rindu pulak cik QQ yang baby dulu.....tp xpe la. Lepas ni ada baby adik pulak. QQ dah nak jadi kakak. In fact...sekarang dah pandai bahasa kan diri dia sebagai 'kakak' pon. So cute....

Ok laa... Panjang berjela pulak Nad menaip ni.

Utk my sweet lil QQ...: Doa ibu, semoga QQ menjadi anak yang solehah dan diberkati Allah dunia dan akhirat. Ibu & Ayah will always love u...walaupun dah bertambah2 adik nanti. hehehe


Salam Sayang semua...Daaa

Letih dan Penat laaa OOoooiii

Hello gojes semua...

Semangat untuk update raya dah berkubur....tengok la kalo2 ada semangat lain yang menjelma. Nad semakin sarat membawa baby adik dalam perut ni. Tersondol2 perut ke sana sini sambil perasan perut cumel kerana kepelikan mancung yang melebihi had. hehehe....

Hari ni semangat buat kerja dari pagi...sampai petang baru ada masa nk jenguk blog sunyi ni. Nak jugak taip entry mengadu hari ni.

Esok ada mesyuarat bulanan utk projek yg Nad handle sekarang ni. Penat dan sesak nafas sekejap nk sediakan report2 dan update segala progress yang ada. Entah ke mana hilang semangat waja yang dulu...semangat dah tinggal ciput je. Yang ada sekarang ni duk menghitung hari....bila laa nak start maternity leave ni. hehehe...

Bole lepak2 je kat rumah, sambil melayan karenah cik QQ and baby adik lepas ni. Kandungan dah nak masuk 7 bulan....tp Nad masih belum pg check up kat KK. Asyik pg private je.....kena laa sediakan plan B jugak ye dak?? 

Kan best kalo jadi suri rumah sepenuh masa....Tp tuntutan kewangan pon kne ambil kira. Taste nk yg best2 je kan....so kerja laa wahai cik Nad oii. Jangan nk merungut. Bersyukur laa dengan kurniaan rezeki ALLAH ni. 

Tgk gamba QQ relax ni...rasa geram pulak. Nak balik cpt2 nak gomol budak mucuk ni la. Dia laa penyeri hidup Nad dan En Hubby. Bila letih2....balik rumah...jumpa QQ, terus hilang letih. hehehe

Tp, bila QQ mula buat perangai...adoi... letih bertamu kembali. hahaha

Salam Sayang... Daaa

Monday, August 19, 2013

Cerita Beraya Part 2...

Hello... semua.

Bersambung pulak ke part 2. Ecewahh...macam la ada yg nk baca kisah raya ko mak jemah oii... hahhaha... Lantak laa, i memang syok2 nk tulis sebab masih belum mendapat rentak keje selepas cuti panjang beraya. hehehe

Okies....kali ni nak cerita pasal baju2 raya Nad sefamili kecil. 

Baju raya di hari yang pertama....sepakat memilih warna maroon. 

Jubah Nad beli di butik Najjah. Tahun ni beraya dengan Jubah sajo laa...memandangkan perut pon dah mancung ke depan. hehehe....Tudung beli online d FB je. Baju melayu Hubby beli siap dah di Butik Gene Martino...kami memang pelanggan baju melayu tiap2 tahun di situ. Kualiti setanding harga.. Ewaah, terpromote plak. hehehe... Baju QQ last minute dapat jugak color maroon...beli di uptown sajo. Paling susak nak cari baju QQ color maroon....akhirnya Allah perkenan kan juge. 

Maka...bertema maroon laa kami di pagi 1 Syawal.

Baju raya di hari yang kedua....terpikat memilih warna oren.

 
Semua gara2 Nad terpandangkan Jubah oren ni di Giant Bt Caves. Bila test pakai...cantik pulak rasanya. hahaha... Maka, tergrab la jubah warna harimau malaya ni. Baju hubby beli polo shirt dan baju QQ mix and match baju jualan di FB.


Baju raya di hari yang ketiga.....terikat dengan gabungan warna pilihan merah hitam dan putih.

Jubah hitam dgn hiasan batu2 merah putih ni sebenarnya menjadi pilihan mak & abah Nad. Kami beli di seksyen 7 shah alam (lupa suda nama kedai tu). Kain yang sangat sedap menyebabkan Nad pakai jubah ni untuk jln2 raya di alor setar. Selesa sangat walaupon warna hitam. Baju Hubby masih polo shirt pilihan hati nya dan dress QQ Nad beli di Uptown Danau Kota.


Baju raya di hari yang keempat.....berani memilih warna hitam dan putih....tp lupa nk snap gmba pulak. Nnt kita snap lain ye. hehehe

Yg ada 1 gamba QQ dgn dress black & white dari Baby Kiko. Baju Nad beli di Butik Afia dan Baju Hubby beli di Sogo. Aiisshh.....rasa rugi plak x snap picture dgn baju raya ni. hehehe..... Tu laa, serabut sangat nk beraya..sampai terlupa.

Itu saja koleksi baju raya kami anak beranak. Sape2 nak jemput pegi open house...bgtau la awal2 ye. Bole kami atur perancangan awal2. hehehe

Masih lagi bole ucap salam Syawal kan. hehehe... Daaa

Cerita Beraya....Part 1

Hambooii... tajuk cerita dah macam drama bersiri la pulak. hehehe....

Dah masuk Syawal ke 10 baru terhegeh2 nk up story pasal raya. Ada i kesah?? Janji rajin la jugak nak mengetuk papan kekunci ni utk menulis. Daripada terbengkalai je cerita ni dalam draft...baik laa di sudah kan jugak. hehehe...

Raya tahun ni turn balik Taiping....rumah mertua. Alhamdulillah..sambutan yang sederhana meriah dapat di rasa dengan kehadiran QQ yang makin ligat menguji kesabaran Nad dan Hubby. Entah laa kenapa sejak2 nk dapat adik ni...perangai cik QQ makin menjadi2. Ada saja karenah yang menipiskan kesabaran Nad yang sedia nipis ni. Adooii....jentik2 manja dah sering hinggap di kulit mulus dia. Kadang2 dari ibu muda yang lembut...bole bertukar singa sekelip mata. Hohoho... Oh hati, bertabah la.

Perjalanan balik kampung kali ni dipermudahkan dengan adanya handphone lama Nad untuk d jadikan umpan minat cik QQ. So...xde la dia buat perangai sepanjang perjalanan. Alhamdulillah...leka dia dengan gadget baru itu. Kalo tidak....mcm2 gaya baru yang memenatkan. Almaklumlaa...Hubby sibuk nak focus driving, mak buyong ni mana larat nk layan sokmo. huhuhu

Sampai di kampung...misi utama adalah untuk mencari lemang dan ayam kampung hidup untuk menu di pagi raya. Pandai Hubby memancing keghairahan Nad untuk beraya di kampung halamannya. Seronok jugak. hehehe...

Tidak di nafikan...suasana beraya di kampung Hubby x meriah sangat. Maklumlaaa...keluarga mertua masih tinggal di kuarters. InsyaAllah hujung tahun ni baru berpindah rumah baru.....mungkin lebih meriah untuk raya tahun2 akan datang. heheheh.... Tp, kemeriahan itu kami harus ciptakan sendiri agar sambutan raya tidak hambar. So...pandai2 laa ye. hehehe

Okies....untuk entry akan datang InsyaAllah Nad akan share gmba2 baju raya sedondon pulak ye. Seronok baca entry kawan2 tunjuk baju raya cantik2. Best pulak tengok si cilik beraya sakan dengan pelbagai fesyen baju raya. Nad pon sebuk nk tunjuk jugak.....tp... tunggu esok la ye. Letih menaip panjang2. huhu..

Ok semua. Masih lagi dalam mood Syawal. Sesiapa yang nak beraya d rumah tu....silakan la ye. Rumah i sentiasa terbuka. Kuih raya pon bertingkek2 lg ni. hehehe

Daaa

Monday, August 5, 2013

Salam Syawal dan Maaf Zahir Batin

Mood nak beraya semakin melonjak2 dalam jiwa ni. Persiapan raya Alhamdulillah lengkap sudah rasanya. Biasa-biasa dan bersederhana sahaja kami sekeluarga.


Tahun ni beraya di kampung mertua dulu. InsyaAllah akan bertolak pulang malam terakhir terawih....Hubby yakin untuk drive balik kampung malam-malam. Katanya....kalo mengantuk boleh makan. hehehe.. Saya hanya menurut sahaja. 

Beraya dengan baby adik masih didalam rahim kali ni membuatkan pakaian raya Nad terhad kepada jenis2 jubah sahaja laa.. hehehe.. xdapet la nk melaram peplum ikut tren terkini. X apa laaa....janji baju raya QQ ada peplum. Hope sampai ke petang laa dia pakai peplum tu.

So, ber-tema apa pakaian raya u ols tahun ni. Famili Nad pilih warna maroon, oren, hitam dan merah. Bukan main lagi kan...hehehe... tp sekadar warna pilihan je. Xde laa sehelai baju sehebat design JM tu. hehehe.

Ok laa kawan-kawan. Di kesempatan ini, Nad sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Syawal yang mulia dan mohon ampun zahir batin atas segala kekhilafan yang pernah mengguris perasaan..samaada secara sedar atau tidak.

Salam sayang...

Sunday, August 4, 2013

Hamper Raya.. weehooo

Amboi....

Baca tajuk je dah tau seronok nau dapat hamper raya tahun ni ye. hehehe.. Alhamdulillah...sejak pindah kerja kali ni, tiap2 tahun dapat hamper raya. Rasa dihargai pon ada jugak. 

Hamper raya ni di beri oleh pihak kontraktor yang berurusan dengan Nad. Jangan salah anggap ye.....ini bukan rasuah. Malah...xde ape pun ganjaran yang Nad lakukan untuk dapat hamper ni. Sebagai tanda kemeriahan raya kata nya. Jadi....Nad pun terima laa. Rezeki jangan di tolak. hehehe.

Yang paling happy dapat hamper ni...mesti la cik QQ kita. Hamper lagi tinggi daripada dia. Melompat2 mintak nak buka. heheh... Terhibur dengan keletah anak manja yang semakin hari semakin cerdik dan nampak dah kematangan bakal kakak ni. huhuhu.

Tengok tu....bukan main seronok lagi posing dengan hamper2 raya ibu.



Ok laa mommies sekalian. Malam2 terakhir ramadhan ni masih ramai ke rajin memasak menu berbuka. Nad pandai ngelat xmau masak.....xmau kotorkan dapur dah sebab nk kemas2 balik raya. hehehe.. Hubby yg sangat syg kan wifey nya hanya menurut. hahaha

Salam sayang dari Nad untuk semua.

Daa

Wednesday, July 31, 2013

WW : QQ Best Buddy

Cousin...Neighbor...Buddy

Tuesday, July 30, 2013

Kalau Beraya...semua nak baru. Semangat pon mesti mau baru yeeee

Hello Smua...

Dh hari ke 21 berpuasa... Alhamdulillah, Nad tinggal puasa sehari je setakat ni. Itu pon sebab demam & selsema. Nak gagahkan jugak berpuasa sebenarnya....tapi kena paksa makan ubat. hehheee...maka gagal laa sehari puasa ku bulan ini.

Tinggal lagi seminggu ++ untuk kita harungi bulan yang penuh berkat ni. Rasa sayu pulak hati...tp dalam masa yang sama....rasa exited jugak nk smbut raya. hehehe... Persiapan raya dan 90% settle. Baju sedondon dah settle (tahun ni xde 1set baru...handbag & kasut recycle je...jimat) , duit raya sudah tukar, kuih raya dah tempah (ada yang dah dapat pon) and cuti dah lulus. Alhamdulillah.....

Raya tahun ni di kampung mertua, taiping. Beraya dgn berbadan 2 ni secara ala kadar je. Biasa-biasa je untuk meraikan kemenangan berpuasa x cukup 1 hari. hhehehee...

Persiapan untuk rumah pulak secara sederhana jugak. Langsir pakai yg lama jugak, cuma nak hantar dobi kasi wangi2 sikit. hehehe... Perabut rumah ada tambahan....beli meja makan baru. Yippie... Inilah puncanya Nad tiada handbag n kasut raya baru (pakai scholl utk preggy women je la). hahahaha

Alhamdulillah, di beri rezeki untuk tambah perabut sikit2 kat rumah tu. Senang sikit lepas ni kalau orang datang. Bole sekali 8 orang semeja. Dengan warranty 3tahun, hopefully pelaburan kali ni berbaloi la. Mak Nad yang paling exited, siap tolong gubah bunga lg utk meja baru. Sayang mak ketat2. hehehe

Mcm ni la rupa meja yang kami beli tu. Nanti kalo rajin Nad up sket entry pasal susun atur d rumah Nad tu ye. *Ceh...mcm ada orang nak kesah pon. Xpe laaa... hehehe

Nad dah survey merata di kl ni. Hanya di kedai ni je hati terpaut. Harga yang berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. Alhamdulillah...dapat jugak meja makan yang di ingin kan setelah 3 tahun huni di rumah tu. hehehee.... Berdikit2 kami ni.

So kawan2...ada yang plan beraya sakan ke tahun ni?? Share la sikit.

Ok la.. Baby adik dah tendang2 sakan dalam perut ni. Nak suruh ibu siap2 balik rumah la tu. hehehe.. Daaa semua



Monday, July 29, 2013

Raja Musang di Dapur Rumah

Salam smua.... Halo halo

Oooopppsss... harini bukan nak bercerita pasal haiwan ye. Jauh sekali perihal Zoo. hehehe... Kali ini Nad nak story pasal Raja Musang. Ehh...bukan musang berjanggut. Musang ni x de janggut...tp berduri. Hoollaaa....ni nak cerita pasal kisah durian 'Musang King' yang berjaya menakluki ruangan dapur cumel Nad. hehehe


Cantik sungguh warna isi nya...tp sayang. Nad xboleh jamah banyak...takut baby adik dalam perut ni panas pulak. Terpaksa Nad telan aircond pulak nanti nak bagi sejuk kembali. huhuhu..

Hanya En Hubby je la yang makan bersungguh2...bakinya nanti Nad ingat nak buat bubur. InsyaAllah kalo jadi & rajin nanti Nad post entry pasal masakan pulak ye.

Ada x sesiapa yang suka jugak durian jenis musang king ni??? Macam mana nak beza kan jenis durian ye?? Yg i tau...makan je. hehehe

Ups...jgn terliur plak ye. Niat nak berkongsi cerita je. hehehe

Sunday, July 28, 2013

Menu Iftar Terbaik...adalah dari dapur rumah sendiri

Salam Ramadhan semua..

Masih lg diberi nyawa untuk meneruskan ibadah di bulan mulia ni. Alhamdulillah....sudah lebih separuh perjalanan mengharungi bulan mulia ni kan. 

Macam mana dengan puasa mummy2 sekalian?? Seronok x kecoh-kecoh berbuka bersama si kecil? Hahaha.... Nad pon x terkecuali. Ada je idea si genit QQ ni nk menghiruk pikuk kan suasana iftar kami sekeluarga. Ragam nak jadi kakak pon makin menjadi-jadi. Suara semakin lantang...cakap pon dah petah pelbagai bahasa. Ada yang Nad paham....ada yang dia sorang je paham. hehehe


Seronok tengok mummy2 yg post pasal masakan diorang kan blog. Rajin betul kongsi menu dengan reader. Tahniah..!! Anda-anda yang rajin itu telah berjaya menaikkan semangat rajin Nad utk rajin memasak. hehehe...

Fenomena cheesekut...? Nad pon terjebak jugak. Dah berkali-kali buat pon...Hubby Nad suka sangat. Pelik jugak, sebab Hubby ni bukan jenis suka makan kek. Tp cheesekut versi ni mampu memikat selera hati dia. Pandai wifey tackle selera dia tau. Terus dapat Galaxy Mega hadiah preggy kali ni. hahaha... Sayang Hubby ketat-ketat. 


Selain daripada tu...Nad pon mengasah kembali skill memasak yang dah berkarat ni. Almaklum laa...pregnant 2nd time ni buat Nad jelak untuk ke dapur. Tp sekarang..Alhamdulillah. Selalu masak dah, tambah pulak banyak blog-blog pemurah berkongsi resepi yang super duper sedap.

Ok la kan...memasak untuk suami dan anak. Boleh menaikkan semangat nak berbuka. hehehe.


Buat mommy2 yang rajin share resepi tu...terima kasih ye. Jasa kalian mmg Nad hargai dan Nad akan rajin singgah blog2 u ols kasi naik lagi traffic nye. hehehe

Ok la.. Sekarang nak gugel resepi-resepi best untuk tambahkan ilmu di dapur. hehehe...

Salam ramadhan. Semoga Ramadhan kali ni bertambah berkat untuk kita semua. Jangan lupa kejar malam lailatulqadar.

Wednesday, July 10, 2013

QQ Pilih Kasih

Hello momy2 semua...

Selamat berpuasa.. Dah masuk hari kedua kita berpuasa kan. Ada yg mengelat x??? Haaiiipp....lap sket mulut berminyak tuh. hehhehe...

Seronok tahun ni berpeluang berpuasa penuh lagi..InsyaAllah. Kena kuat semangat sket la. Malu kat anak. *eh tetiba.

Al kisah nk bercerita pasal panggilan QQ sejak dua menjak ni kat Nad. Memang dari kecik (bahkan dari dalam rahim lagi) Nad biasa kan QQ panggil Nad sebagai IBU. Ceeaah....lembut sangat bunyinya. Sesuai dgn karakter. hehehe.... Panggilan ni di request oleh Mr Hubby. Dia nak anak2 dia panggil dia ayah dan Nad Ibu. So..ikut kan je la.

Namun...sejak akhir2 ni QQ macam terconfius dgn panggilan pada Nad. Memang selalu di panggil IBU. Tp kadang2 tersasul panggil mama, ummi dan mak. Penah Nad buat dunno je bila dia panggil ibu..ibu...berkali2. Last2 dia datang depan muka Nad dan panggil MAK (dengan nada suara kuat sket). Terus tergelak Mr Hubby. Pelik dengan idea cik QQ kita ni nak mengena. hehehe....

Yang x aci nya...panggilan kat ayah tu xde la pulak tertukar. Tak baik tau main pilih kasih macam ni. 

X nak kawan kakak (panggilan baru utk QQ kalo Nad merajuk).....sambil berpeluk tubuh. huuhuhu... Dan dia akan datang dekat utk pujuk Nad balik. Biasanya QQ akan cakap...'sayang mama'. Pulak....!

Nasib laa..

Wednesday, July 3, 2013

Hurrmmm.... Fuuuhhh Fuhhhhh.....!

Hamboi...buat title entry pon nk tiup2 habuk dulu ye. heheheh...

Hello semua. Salam hujung Syaaban. Dah sampai nak masuk bulan Ramadhan ni baru ada semangat balik nk menulis. Almaklumlaaa...kemalasan ibu mengandung ni sukar di duga. Eh, salah kan hormon dalam badan ni ye. Nak tekan2 keyboard utk menaip pon memerlukan semangat yang kuat. hehehe

Ok la...disebabkan terlalu lama tidak bersiaran, maka banyak benda nak di story mory dalam blog ni. Sebagai perkongsian dan jugak untuk ingatan anak cucu bila masa menginjak tua nanti. ceceh..

Ok la. Kita bermula dengan kisah cik QQ. Alhamdulillah...sudah 22bulan usianya. Semakin cerdik, becok bercakap dan pandai buat perangai yg ..... *oohh sangat menguji kesabaran. Mungkin QQ semakin sedar yang dia hanya ada 4 bulan lg menjadi anak tunggal sebelum kelahiran adik. So, perangai yang lain mcm cuba ditonjolkan untuk mendapat perhatian. 

Antaranya :
- kalo pegi shopping....dah bg dia try kasut @ baju...mesti beli. Kalau tidak, mengamuk 1 kedai. So, kami akan belek betul2 dulu kualiti & harga sebelum bg QQ cuba. Jika tidak....??? Habis laa 1 kedai bergaung dgn suara lunak cik QQ ni. hehehe
- bila cik QQ kita ni tidur, kena pastikan susu & puting sentiasa dekat dengan dia. Kalau terlambat je refill susu time dia lapar (dalam tidur) @ cari puting x jumpa (sebab dia selalu baling merata) habis la mengamuk sampai bingit telinga ibu n ayah ni. 
- kalo dia lapar.....dah pandai minta nasi @ nak makan sendiri. Pernah 1 hari tu dia mintak nasi lemak tengah2 hari. Mana laa nak cari nasi lemak pukul 1 ptg anak oooii..
- semakin ligat menyepah rumah dan hanya akan mengemas sekiranya di ugut. 'kalau nak pg jalan2 kemas rumah dulu'...then baru dia kemas balik mainan yang disepahkan. Tp..ala2 je la kemasan dia tu. huhuhu.
- dah pandai tunjuk sikap loving dengan bear2 @ doll. Penyayang laa sangat tu. hehehe... Training awal2 sebelum nak jadi kakak la kut. =D

Macam2 laa perangai anak dara kesayangan Nad ni. Kalo marah je dah pandai merajuk paling muka @ cebik2 sedih. Saja jee nak melt kan hati mummy. hehehe..

Perihal adik baby pulak.
Alhamdulillah dah genap 20minggu di dalam rahim ibu. Semakin ligat bermain2 dalam perut ni sampai senak2 rasa nye. hehehe... Semalam pg check up di temani mak tok n Hubby. Alhamdulillah nampak gerakan2 aktif baby adik, sampai doctor pon tegur. 'Aiippp..duduk diam2 sat. Nam ambik gambar ni'. hehehee
Sekarang checkup scan d pusrawi dah pakai 4d scan. So bole la kerap teropong baby adik secara 4d. Dan....semalam la jugak terteropong 'bebird' baby adik yang obvious di skrin baru tu. Pandai baby adik tunjuk ye. Tersenyum ibu tengok. hehehe... Alhamdulillah.

Sekarang mabuk2 manja dah abis. Lega sangat + bersyukur kehadrat Illahi. Bole la jalani ibadah puasa nanti dengan bersemangat waja. hehehe

Ok la..Nad dah penat menaip ni. Semoga rajin untuk menulis lagi selepas ini. Nah layan gamba kakak QQ yang baru ye. 





Daaa

Sunday, April 21, 2013

Semakin Pening

Salam semua...

Mood untuk menulis semakin hancus....adakah kesan pembawakan baby adik di dalam rahim menjadi puncanya?? Sungguh mudah mencari alasan kan....walhal aku sendiri yang malas dan x punya idea bernas untuk menaip. Nak kongsi resepi di blog pon agak kurang sesuai buat masa ni....pemalas laa sangat nak masak. Sampai satu hari tu...QQ mintak nasi dari dalam periuk (yang biasa di gunakan untuk buat pasta dia) membuktikan bahawa dia jugak rindu dengan masakan ibunya ini. Ceewaahh... Demi anak...ku gagahkan jugak la memasak untuk dia. Hilang rasa loya, penat dan pening melihat QQ makan dengan berselera. Haaiissshh....maafkan ibu ye anak. 

Nak kongsi kisah dekorasi rumah juga x sesuai. Rumah berselerak dan sangat x teratur dengan mainan QQ dimana2. Kekemasan hanya bertahan semasa QQ di rumah bs. Setibanya cik QQ di rumah......port mainan yang biasanya di susun cantik sudah berubah seperti kapal pecah. Hebat QQ explore. Ibu nya??? Pasrah je...x larat nak marah.

Pregnant kali ini manja nya lain macam. Kerap lapar dan x bole makan banyak sekaligus. Cepat sangat kenyang....pizza pun bole makan 1 slice sahaja...selebihnya kalo di paksa akan menyebabkan mual dan loya. Kalau sewaktu hamilkan QQ dulu selalu mula pening2 jam 10 malam.. Tp kali ni baby adik awal sedikit waktu pening dan loya nya. Jam 7 malam hingga 10 malam. Sudah 2 kali terlepas waktu solat maghrib kerana dari jam 7-10 tu memang x bole bangun dan bukak mata pon. Sanggup menyepikan diri sorang2 dalam bilik kecik dan tutup lampu. Sebolehnya xmau ada sedikit cahaya pon yang boleh dilihat. Mungkin baby adik nak privacy selama 3 jam berdua dengan ibu saja. Tp....ibu harap cepat la bertukar time nya. Kesian ayah nak handle kakak QQ sambil solat maghrib lg.

Sekarang terpaksa drive sendiri ke tempat kerja. Xboleh nak join hubby pegi kerja awal sangat. Melayan kan kepala yang berdenyut2. Mujurla kerja d sini time flexibe, kalo tidak mau laa asyik merah je punch card. hehehehe...

Buat adik baby dalam perut ibu ni.... membesarlah dengan sihat dan sempurna. Ibu, ayah dan kakak x sabar nak jumpa adik hujung tahun ni. Semoga kehadiran adik menambahkan bahagia dan rezi buat kita sekeluarga. Hujung minggu ni x sabar nak teropong2 adik lagi. Dun be naughty ok. 

Untuk mengakhiri entry serabai kali ni... Nak tayang gamba2 baby cumel yang di peroleh oleh cik gugel. Jom.....






 
 
semoga baby adik pon cumel juge.. aminn...



Monday, April 8, 2013

Akhirnya...kini pasti.

Hello mummies...


Last week adalah minggu yang paling memenatkan. Dengan keadaan kesihatan Nad yang melemahkan seluruh otot sendi dan tulang. Masih ingat dengan rungutan berat badan Nad yang naik mendadak tanpa penurunan pada entry yang lepas? Haaiissshh....rungutan demi rungutan diberikan kepada tubuh sendiri. Sedangkan Nad sendiri x peka dengan apa yang di tanggung oleh si tubuh sehingga pelbagai isyarat di utuskan untuk mendapatkan perhatian Nad. Sibuk dengan kerja dan keletah QQ kadang2 membuatkan Nad abai segala macam perkara.

Terlalu lalai dengan tanggungjawab lain...sehingga Nad tak sedar wujud satu nyawa baru bertarung di dalam rahim Nad untuk terus hidup. Ya Allah.....besar kesalahan Nad sehingga hampir 2 bulan x sedar kehadiran 'nyawa' kurniaanMu ya Tuhan. Sudah berkali2 gerak hati ni cuba bercerita, tapi kesibukan masa membuatkan Nad x sempat nak fikir untuk sahihkan gerak hati tersebut. Berkali2 tunda untuk beli pregnancy test. Sampai laaa pada tarikh 8/4/2013...

Nad rasa kepala sakit sangat malam sebelum tu.  Hubby picit2 kepala sampai la Nad tertidur. Sedar2 bangun subuh...tekak rasa perit. Nak cakap pon x bole. So, Hubby paksa Nad jumpa pegi klinik & MC je. Di sebabkan Nad ni payah nak cuti, jadi Nad ambil kesempatan nak MC ni utk jumpa Doc sakit puan terus nak buat pap smear skali dengan mintak ubat demam.

Sampai je Pusrawi, kami tunggu agak lama utk pihak hospital setle kan urusan GL. Maklumlaaa, Nad ni nk jumpe doc pakar...tp xmau cash. hehehe... Dah diberikan kemudahan kan...guna je la. Sempat lg Nad n Hubby bersarapan dekat kantin hosp. Ammbbooiii....mentang2 x sihat. Hentam nasi lemak u ollss. Hubby hanya senyum tanpa sebarang teguran. Mujur.. hehehe

Sementara nak tunggu doc masuk, kata nurse kat situ doc yang Nad request sedang round2 ward...Nad suh Hubby pegi keja dulu. Settle kan ape yang patut. Hp dia x henti2 berdering mengalahkan big boss pulak. So, tinggal la Nad bersendiri menunggu doc sambil membaca majalah Pa&Ma keluaran tahun 2012 yang ada di situ. Tergerak dalam hati. Best nye kalo preggy balik. Bole buat checklist macam dolu2. hehehe...

Tiba giliran Nad, Doc menyapa mesra. Dah lebih setahun x jumpa....tp dia masih kenal Nad. Alhamdulillah. Nad bgtau nak ambil ubat sakit tekak, demam & nak buat pap smear. So, nurse suruh Nad baring n bukak seluar. Dah bersedia untuk di 'rodok' dengan hati berdebar tuhan sahaja yang tahu. Bila doc duduk depan Nad, dia pegang perut. Aiikk....perut ni ada isi lg ke ni? Nad sipu2 jawab... xde la doc. Ni penangan makan x ikut sunnah. Main hentam je. Tu yang membuncit ni. Isshh...lain macam je perut awak ni. Jap saya scan dulu... Selang beberapa saat.... Haaa, kan saya cakap. Tu ada dah tu.... sambil muncung mulut nak tunjuk satu gambaran janin terbentuk dalam rahim Nad. 




Ya Allah....terkejut betul Nad time tu. Terketar2 rasa bibir ni...nak cakap ape pon x tau. Hati melonjak2 riang. Hanya Allah je yg tau betapa bersinar mata Nad time tu. Tp..Nad sorang2. X bole nak share the happiness melainkan dengan doc n nurse kat ctu. Saya sentiasa bernasib baik kalo jumpa doc. Terima kasih doc. Itu la ayat yang Nad ucap kan doc tu. Terus x jadi nak buat pap smear. Bangun terus pakai seluar. Ubat sakit tekak & ubat demam pon lupa nak mintak.... haissh.. Yg nak tau, nak cepat2 kol Hubby & share the news. Hubby kt office terus pecut amek Nad. Kami sama2 x duga dan kami sama2 gembira. Semoga rezeki kali ini kami dikurniakan cahaya mata cerdik dan sihat seperti QQ. 

Nad pernah target untuk dapat next baby next year. X sangka Allah percepatkan permintaan Nad ke hujung tahun ni. So kawan2 yang nak sama2 planning untuk next year...Nad jalan dulu ye. hehehe..

Alhamdulillah dengan rezeki Allah ni. Nad dan suami sangat berbesar hati terima rezeki ini. Kami agak QQ pon x sabar nk ada adik dah ni. Doakan agar perjalanan kandungan Nad berjalan lancar dan selamat semuanya ya. Amiinn... TQ  

Tuesday, April 2, 2013

Seronok kalau segala impian boleh ditunaikan..

Amboi...panjang bebeno tajuk mak bedah petang ni. Almaklum laa....awal-awal bulan dengan progress projek yang cantik ni, xde la banyak sangat kerja nya. Jadi..akal pon panjang je mengeluarkan ayat-ayat centa. hehehe

Sejak dua menjak ni....badan naik bagai di pam pam. Memang la sejak azali badan Nad ni dah macam kuih apam...tp sejak akhir-akhir ini selera makan mendadak naik sampai rasa badan dah macam belon. Baju pon dah makin mengecil....eh, bukan salah baju rasanya. Tp...hairan, kenapa bole naik berat badan mendadak ni??? Padahal memang dh hantu makan...memang laa lemak terkumpul tu menjadi tepu dan semakin banyak. Lagi mau tanya.

Bulan pon dah lama x mengambang ni. Dalam hati dah risau.....pelik pun ada. Dah la x penah buat pap smear lagi. Memang susah orang penakut ni. Tp time beranak bole pulak cool. Haisshh...serabut la nak pikir. Haaa...pasal bulan mengambang yang masih tak kunjung tiba pon satu hal jugak. Pelik bin ajaib. Nad memang x tengok date kedatangan nya...tp rasa macam dh lewat ni. Sebab kakak2 yang selalu seangkatan tarikh (kalo lari pon sehari dua je) dah selamat hadir dengan jayanya. Mungkin kah masalah kegemukkan menyebabkan hormon badan ni x stabil.

Macam mana ni.....x ada sebab untuk gemuk. Hubby la punya pasal ni. Slalu sangat ajak Nad dinner sedap2. Dah badan macam anak dugong jadinya. Adoi laa... tulun..!!

Kalo time preggy dlu, ada la jugak alasan nak bam bam. Makan untuk 2 orang. hehee.... kan best boleh pregnant balik. Rindu saat2 baby kick inside my womb. QQ seorang pon dah mcm nk pecah perut...kalo pregnant twins macam mana la ye. EEiiii...teringin sangat....!

Oh ye...cakap pasal twin2 ni. Tiba2 ter'google' gamba2 sweet seperti di bawah. Rasa macam nak email kat Mr Hubby and tulis FYA dekat kotak subject tu. hahahaa.... ape agak reaksi dia ek? 

Kalo kembar dua begini....cumel kan.


 Kalau dapat kembar 6...lagi laaa cute2. 
Ish, geram nih.




Kalau dah sampai banyak ni....erm erm erm
No komen la. hahahaha



Gemuk ni menyusahkan laa....letih badan. Ni la padahnya, kalau makan x ikut syariat. Apa laa nak jadi.

Tengok...gamba baru Nad.. QQ pun pelik dengan tabiat makan Ibu.
 Lengan pon dah macam kayu balak.
Stressss.....!


**cop...! ape kaitan tajuk dengan cerita?? ntah laa..kan aku dah cakap td. gemuk ni melemaukan juga.

Monday, April 1, 2013

Teringin nyaaaaa nak jadi....Baby Sitter Sepenuh Masa....


Salam semua....

Last week, Nad telah melantik diri sendiri sebagai baby sitter (satu hari je pon) melayan karenah anak2 buah & QQ memandangkan baby sitter diorang ni sama2 balik kampung untuk makan kenduri.

Disebabkan adik Nad baru kerja d LHDN nun, maka susah la dia nak mintak cuti. Jadi...terpaksa laa Nad mengalah (memang i selalu mengalah pon) untuk memegang jawatan baby sitter selama 1 hari. Seronok sebenarnya melayan karenah budak2 ni. Walopon letih....tp otak x penat sangat. Maaaiiinnn je kerjaan nya. Kalau QQ sorang2 kat rumah dengan Nad...memang manja merengek je kerja nya. Tp..bila ada cousin2 dia ni. Huh...minum susu pon pandai ambil sendiri tau. hehehe...

Maybe QQ nak tambah sibling kot baru terserlah sifat independent dia. hehehe

Bukan susah sangat nak jaga diorang ni. Lepas bagi mandi, bagi susu lepak depan tv. Lepas dah kenyang diorang sambung main. Mainan bersepah dan kedudukan sofa terpaksa dialaihkan itu adalah perkara remeh....asalkan bole pantau diorang dengan rapi.

Port mainan QQ telah diserang.... 
Sebab tu la Nad rasa nak buat jugak Playroom utk QQ kat bilik bawah tu. 
Tp...Hubby suka bertangguh. Geram betul.

Tiga-tiga terlentang minum susu depan tv. Amboi...cousin QQ pandai pilih port, atas Bean Bag lg tau.

Kan best kalo hari2 macam ni. Xyah g kerja dan melayan karenah anak2 di rumah. Masalahnya....overhead yang tinggi membuatkan Nad dan Hubby sama2 berkerja untuk menampung living cost d KL ni. Tu pon incometax potong jugak....sedey.


Tp, walo camne pon... Nad happy jugak dgn kerja sekarang. Jauh lebih happy dari working life yang dulu2. Semoga Allah permudahkan urusan Nad dan Hubby untuk mencari rezeki. Aminn...


Sunday, March 31, 2013

Kejadian 21032012

Salam Mommies smua..

Kali ni Nad nak share pengalaman pertama QQ injured.. Walaupun perkara ni berlaku last 2 week, tp Nad ambil masa jugak nk menulis berkaitan hal ni. Nak ambil mood tulis panjang2.... hehehe

Keghairahan Nad dan suami melihat QQ seronok bermain di playground menyebabkan kami kerap bawak dia main2 di playground @ playland yang dekat2 dengan kawasan rumah. Yg kerap pegi adalah d AEON Wangsa Maju dan AU2. Dua tempat ni je yg kerap Nad & suami lepaskan QQ main memandangkan kawasan permainan tu soft dan selamat.

Namun....suatu hari, tergerak hati nak makan sizzling mee dekat Giant Bt Caves. Kalau ke situ, for sure QQ akan melonjak2 nak main dekat playground 'free' yang memang jelas nampak dari tempat makan kami. Maka, terpaksa la kami bergilir2 menjaga QQ yang sungguh2 exited nak main. Nad jaga dulu. Biasanya kalau Nad yang jaga...memang xbagi laa sangat budak2 lain touch QQ. Lantak laa org nk cakap i overprotective or menDiva kan anak. Kadang2 Hubby pon tegur sikap Nad yang kunun nya menghalang anak bergaul dengan org kanak2 lain. Sorry....bagi Nad bergaul xpayah touch tangan, pipi dan sebagainya. Eye contact pon dah ok. hehehehe....

So, setelah 15minit jaga QQ main...perut Nad pon berbunyi mintak di isi. Si Hubby ni plak makan x habis lagi. Nad mintak Hubby ganti sekejap untuk jaga QQ main. Nad dah lapar. So, Hubby pon take turn dengan tidak 100% iklas...hahaha.

Biasa laa kalo ayah yg jaga. Bajet anak yang setahun 6 bulan tu dan macam 6 tahun agaknya. Maka terjadi la kejadian yang tidak diingini. Nad xtengok kejadian tu...memandangkan kedudukan Nad membelakangi playground tersebut. Tau2 je dah dengar QQ menangi kuat. Berdesing telinga Nad. Perut yang lapar td terus kenyang dengan sendiri nya. Dahi QQ merah (mungkin kesan calar lantai yg keras tu)....air mata x payah cakap la...sampai basah baju. Nad cepat2 pg basuh muka dia and pujuk dengan donut. 

Buntang mata Nad tengok Hubby. Geram betul dengan sikap sambil lewa dia. Memang laaa perkara dah nak jadi...tp kita kena ambil langkah berjaga-jaga tu dari awal.

Hubby cakap...ada budak (lebih kurang usia 4-5 tahun) tarik QQ dari belakang masa QQ nak panjat tangga untuk slide. Budak tu jatuh terduduk sebab x stable, and QQ tercampak sebab budak tu grip kuat tangan QQ.  Ciisss....kenapa suka2 bagi budak tu pegang tangan QQ?? Abang xnak la nampak over sangat macam x nak bagi anak bergaul dengan org.... Wut the  ******* laaa punya jawapan. Perang besar tercetus sejurus berlaku kejadian tersebut.

Terus balik rumah & QQ pon terus tidur sebab dah malam pon. Then, malam tu pukul 2.30 pagi....QQ nangis kuat sangat. Lain drpd selalu dia nangis rengek2 nak susu atau peluk2. So Nad assume mungkin badan dia lenguh sebab jatuh tadi. Nad kerah Hubby bangun dan turun bawah ambilkan minyak gamat untuk sapu & urut2 lembut kat badan QQ. Lps urut2...baca selawat syifa' dan pujuk2 dengan susu, akhirnya QQ sambung tido balik. Hati Nad rasa x sedap. Kalo QQ mengerang sakit tiba2 waktu malam tu...maksudnya jatuh teruk jugak laaa.

Bangun pagi dengan mata yang mengantuk melayan rengekan QQ malam tadi, gagahkan juga kaki melangkah dan tangan menyiapkan setiap keperluan sebelum hantar QQ ke rumah bs. Ditakdirkan Allah, QQ jaga awal pulak pagi tu. Kalo tidak...Nad akan kendong dia masuk dalam carseat terus hantar ke rumah bs. Tp...pagi tu QQ bangun awal mintak shu shu. Lps minum susu, Nad suruh dia bangun ikut ayah masuh kereta. Bila dia berdiri, dia jatuh balik dan menangis. Terkejut Nad tengok dia menangis sebab xbole nak berdiri. 4-5 kali jugak la dia cuba....panik button Nad pon di switch on serta merta. Nk tercabut tekak Nad jerit panggil Hubby yang tengah running enjin kereta kat luar rumah. Mata Nad pon dah bergenang dengan air. Marah, takut...semua perasaan ada. Kami yang dah siap dgn office attire pon mendesup bawak QQ pg klinik Pusrawi di jalan ipoh. Niat nak dapatkan GL untuk proceed rawatan pakar di Hospital Pusrawi.

Sampai hospital, jumpa dengan Dr Ismail Pakar Ortopedik. Dia sempat sound suruh jaga anak2 yg kecik lg. Jangan biar diorang main kasar2 sebab tulang dan otot dia masih lemah. Jelingan tajam Nad sokmo hinggap kat Hubby la. Biar dia tau Nad memang marah gila. Lps scan dan check smua.... Alhamdulillah, tiada keretakan atau major injury. Doctor suspek mungkin terseliuh. Doctor balut dan bagi ubat. Maka QQ dinasihatkan untuk kurang melasak.


Balik, terus pegi rumah parents Nad (dekat je pon). Sampai je...kena ceramah dulu. Berdesing laa telinga Hubby. Mujur laa Hubby ni jenis terima dan mengaku kesalahan. Kalo x...mau bertambah perang. huhuhuhu..

Abah Nad pon mengurut kaki QQ. Abah ni bole la jugak dalam mengubat2 ni. Alhamdulillah, lps 3-4 kali urut....kaki QQ pon dah bertambah ok. Sekarang??? Makin melasak. Tp Nad rehatkan dia dari main kat playland @ playgroung buat sementara waktu. Hubby...semakin protective. Tau pon sayang anak. hahahah....

Ok la smua. Semoga apa yang terjadi pada QQ tidak terjadi kepada anak2 yang lain. Sama-sama lah kita kawal dan lindungi anak kita.

Thursday, March 28, 2013

QQ yang lawak.... hahahahaa

Hehehehe... hihihihi....

Amboi...xcukup gelak kat 'tajuk', siap sambung gelak kat awal2 entry lg. Ape kes???

Risau sebenar nye nak post entry pasal perilaku 'luar biasa' cik QQ kita ni. Takut laaa jugak, mana la tau kalau2 bakal mertua terbaca entry ni sebelum masuk meminang nanti. Risau jugak rombongan xjadi masuk meminang memikirkan keletah anak dara Nad sorang ni. hehehe.. Melalut laa pulok sampai ke pinang meminang bagai. Huhuhhu...

Anak kesayangan hamba ni baru berusia 18 bulan. Tetapi sudah pandai mencuit hati dengan gelagat dan keletah nya, yang menurut Nad...agak kelakar. Haaaiiisssh, xkan QQ berbakat nak masuk Raja Lawak kot.?? Tp serius, QQ ni jenis yg suka buat lawak & yg paling x bole blaaa...dia yang akan ketawa paling kuat skali lepas dia buat sesuatu tindakan lawak. Yg hairan nya....xtau sape yang ajar. Kadang2 lawak tu terjadi spontan dengan keadaan. Huhuhu.... ape laa. Hilang kelembutan seorang gadees bila Nad tengok karakter QQ yg suka buat lawak. Haaaiiissh, menurun perangai ibu ke? =D

QQ ni memang pak baby lawak la.


Kalo dengar lagu yg rancak...ape2 je lagu rancak yg femes2, mula la bergelek sakan. bukan takat gelek je...siap menari pusing mcm helicopter tu. Mana laa dia belajar menari mcm tu. X santun lagak jungkit2 buntut tu. heheheh... bila kita ketawa, lagi sakan gelek dia.

Kalo tgk ayah @ ibu tengah lepak2 tgk tv....dari play area dia bole jalan jengket2 (kunun2 xbg org sedar la kehadiran dia, then akan cepat2 keletek kita. Attack dekat ketiak & pusat pulak tu. Tau tau je dia sasaran geli orang yeee...

Last Sunday, Nad bwk QQ pegi playland dekat AEON AU2. Memang feveret dia la kan. One time, dia panjat tangga..mcm dalam pic bawah ni. 3-4 kali dia panjat n jatuh balik. Meleret jatuh kebawah. 


Xputus semangat untuk terus memanjat. Di dorong oleh kata2 semangat ibu ni. Bila kali ke 5 panjat dan meleret jugak turun ke bawah....dia dh xmau panjat. Sbb kali ni jatuh atas boyfren (baru jumpa kt ctu) posing jatuh pun gaya model2 sangat tu tau...sempat lg panggil *kakak tu. sambil sengeh. hehee
(Note: QQ akan panggil kakak pd semua toddler yg dirasakan besar dari dia. x kira boy @ girl...sebab dia biasa dengar word *abang tu bila Nad panggil Hubby je...so kadang2 dia pun gatal panggil ayah nya Abang..fuuuhh)

Bila Nad suruh dia panjat lg...dia ckp nanak (mean: x nak) sambil mata xpandang Nad pun..focus kat boy yg dia baru jumpa. Sampai la boy tu lari sebab malu Nad tengok dia kena mengorat dgn QQ. Lps boy tu lari g kat parents dia, QQ gelak besar sambil tepuk tangan. Seronok dpt mengenakan budak tu agak nye. Then, dia sambung main balik mcm biasa. Kali ni...bole pulak dia panjat tangga tu tanpa jatuh. Hurrmmm...anak sapa laa ni.

Macam tu la perangai anak dara sorang ni. 

P.S : Kalo QQ baca entry ni suatu hari nanti....percaya laa cerita ibu ni. hahaha.... mama pon ada sama menjadi saksi kejadian. Ibu siap tangkap gamba lg tau nk buat bukti. Jgn maraaaa ye.

Thursday, March 21, 2013

Jalan-Jalan Cameron Highlands

Hye semua...

Minggu depan dah start cuti sekolah selama 1 minggu. Seronok la siapa yang masih bersekolah dan cikgu2 sekolah. 1 minggu cuti dan gaji masih jalan. Best kan. Itu laa reward bagi seorang pendidik yang sacrifice mendidik anak bangsa. eceewaah... tp gaji guru sekarang pon dah masyuukkk kan. hehehe.... Guru2 yang pjj dgn suami, time ni laa nak balik ke pangkuan suami sebagai full housewife. Amboi...amboi, seronok ye. Eh, kenapa melalut pasal profession seorang guru ni. Tadi bukan main nak cite pasal cuti2 1 M'sia.

Ok. Baik la.. Focus focus....

Berbalik kepada cite yg Nad nak kongsi kali ni... Cuti2 bawak QQ jalan2. Hoyeaahhh... Eh, ibu dia plak yg hover seronok. Last school holiday, Nad dan keluarga2 tercinta telah menghabiskan duit, masa dan tenaga bercuti di Cameron Highlands.. Port pilihan laaa sangat sebab dekat dan sejuk. hahahaha. Xpe la, janji nama nya bercuti. huhu...

Seronok jugak pg sana ramai2...meriah dan happening sebab siblings Nad ni semua gila2 remaja. hehehe.. Kami memang satu kepala dan suka menggegarkan suasana. Org utara la plak katanya. Maka...percutian yang biasa2 bole jadi luar biasaaaa sangat. 

QQ? Huh, dia paham jugak kot erti percutian. Riak wajah seronok tu terserlah kat si genit kesayangan Nad dan Hubby ni. hehehe.... ye la tu. 

Jum layan gambar dulu... line intenet hari ni sangat slow laa. So setakat yang ada je la ye utk dikongsi dlm blog ni. huhu... bajet artis la plak org nk view gmba i... hahahaa



Selalu jugak la Nad pg cameron time bujang dan baru2 nikah dlu...tp sejak ada QQ ini baru 1st time la kire nye. Tu yang dia terlajak seronok tu. hehehe....

Kali ni kami tinggal di apartment dekat tanah rata. dekat dengan pasar pagi dan maybank. So memang selesa dgn harga yang amat berpatutan. Seronok..! Malam tu plak kami berjimba2 d pasar malam brinchang. Super duper cool & cold. Maklum laaa bila petang hujan, malam jadi teramat sejuk. Mujur la bwk baju sejuk utk cik QQ...kalo x terbang money nk beli pulak. =D

Rasa seronok dpt bercuti bersama keluarga. Lg seronok kalo ada duit berkepuk dalam poket. Lg sedap nak shoping mopink. hehehe... Yg penting kita ENJOY...!!! EEeeeyyy apppaaada.

XoxO... bye