Kawan2 kite...!

Tuesday, December 18, 2012

Mencari Nursery Terbaik di Samudra

Haissshh...

Pening2 sangat kepala ni. Duk mengadap borang kemasukan TASKA untuk ambilan 2013. Serabut.....sangat nak fikirkan samaada pilihan kami ini tepat atau tidak. Nad dan Hubby nak hantar QQ ke taman asuhan kanak2. Berdekatan dengan rumah Nad dan ini adalah langkah awal nak cuba socialize my lil QQ.

Persoalan nya disini...timbul keraguan antara kami. Mampu ke QQ mulakan tahun 2013 dgn persekitaran dan kawan2 baru. Persekitaran pilihan ibu & ayah ni terbaik kah untuk QQ. Aduii..adui..semakin berdenyut kepala ni. 

Nad dh try survey2 taska yang bersesuaian dengan selera kami. Nad pegi berdua dgn Hubby. 4 taska disekitar Taman Samudra yg kami pegi lawat.

1. Taska Ibu ANA 
- ok la...taska ni berdaftar dan nmpk luaran nya pon ok. Tp, kawalan pengasuh2 kat situ tidak mengikut piawaian kehendak Nad & Hubby. Ish...xmau la komen lebih2, tp memang x berkenan. So..no utk pilihan No.1.

2. Taska AYU BISTARI*lebih kurang gitu la namanya..lupa* depan Giant & sebelah taska Ibu ANA
- Masuk2 je kawasan taska tu...terus terkejut budak2 berlari sana sini dalam hujan yang renyai. Haissh...macam mana ni? Mungkin pengasuh x sempat nk perati kut. Saba...lagi. Masuk dalam tengok ada 2 pengasuh sibuk membuai 2 baby *xpasti pulak umur..tp nmpk macam kecil lagi*. Erm...keadaan mcm x berapa proper (haissh...memilih betul Nad ni) mungkin sebab bahagian sebelah tu tgh dalam proses renovation. So....xmau laa.

3. Taska Ummu Nabila
- Owner nye lembut shj. Tapi....sakit pulak mata tengok keadaan pagar luar yang sangat x elok. Rasanya taska ni dah lama...tp kenapa tiada renovation di buat. Bukannya tak untung mengasuh budak ni...tapi tiada kemajuan. So...xmau la.

4. Taska Iman Amani.
- Yang ni paling dekat dengan rumah Nad. Paling ok environment nye. Ada disediakan kelas untuk mengajar mengaji. So...sejuk hati sikit. Ok la kut. Dah isi borang. Tinggal Nak hantar ke x je.

Keliru dan dalam dilema ni. Betul ke pilihan Nad ni. Tolong2...advise sikit

Friday, December 14, 2012

HIDAYAH dah sampai....sila buka pintu

Salam Jumaat semua....

Aku dapat rasakan....
Betul laaa...dah sampai. Tapi kenapa takut nk bukak pintu.
Takut nanti ....... isshh..takut laa

Hati memberontak nk bukak pintu hati ni...nk terima hidayah ni.
Tapi takut tak sesuai dengan environment kerja dan macam-macam lagi la.

Nak hijrah....nak sangat... tapi sesuai ke sebagai seorang Jurutera???
Peduli dengan pendapat org lain...rezeki ni Allah yang bagi.

Senyum makin lebar bila tengok gamba2 bawah ni.....

Manis juga bertudung labuh....gambar dari 1 online boutique yang selalu Nad lewati. 
Tp masih belum beli sebab........masih ternanti-nanti.

Tapi risau tak sesuai dengan profession Nad sekarang ni. Hubby sangat beri galakan.
Semoga Nad cepat 'grab' hidayah yang Allah beri ni.

Buat masa ni...Nad nk perindahkan dalaman dahulu. Semoga tiada dicount masa dalam solat lagi. Mulakan hari ini... Aminnn.......

Jum semua doa kan Nad..

Tuesday, December 11, 2012

DILEMA...

ADoi....

Kepala dh semakin pusing. Bangun seawal 6 pagi (Ehem...awal 30minit dari kebiasaan) membuatkan kepala aku rasa ber'dengung' yang panjang. Dua mug nescafe yang dibancuh oleh tea lady (tersenyum2 tengok aku tambah lg air d pantry) tak mampu menahan mata yang semakin layu. Cuba sibukkan diri dgn mengemas file2 yg berlambakan. Berjaya......sehingga lunch hour. Ceh..!

Yessza.. Harini nk test2 dulu (kata hubby) sebelum dia memulakan tugas d tempat baru next month. Performance & masa harus dijaga. Itu la pengorbanan Hijrah yang telah kami pilih. 

Sebenarnya tak perlu awal sangat kalau setakat nak pegi kerja sahaja. Permasalahan nya adalah hendak hantar QQ ke babysitter yang memakan masa 30minit pergi dan balik. Ouwh..tambahan dengan melihat calar di muka QQ (kali yang kedua) membuatkan hati aku & Hubby terdetik nak pindah kn QQ ke baby sitter yang lebih dekat jarak nya. Pelik..serentak kami pikir hal yang sama. Memang betul2 laaa soulmate-ku. Eh, ok..sebelum melalut feeling2 romantik & loving. 

Aku ada masalah yang perlu di selesaikan dengan beberapa penyelesaian yang telah aku fikir dan senaraikan.

Masalah : Hubby akan mula kerja di tempat baru of cos dengan gaji tanggungjawab baru dan environment baru. Bermula tahun baru ini, masa kerja Hubby bermula jam 8pagi sehingga 5ptg. Untuk mencapai target itu, kami harus bertolak dari rumah selewat-lewatnya jam 7.10pagi untuk merealisasikan impian Hubby smpai ofis nya sebelum jam 8. Semestinya dia akan hantar isteri cumel dia ini dulu. Jadi...QQ harus di hantar 30minit awal dari jam 7.10pagi = 6.40pagi = sesudah subuh. Kesian sicumel ibu kena keluar dari rumah seawal itu.

Penyelesaian 1 : Pasrah dengan jadual yang baru...bersyukur kerana ada nya hujung minggu (Sabtu Ahad) sebagai ganti. Bangun setiap hari jam 6pagi..siapkan sarapan & bekal utk QQ....dan hantar seawal jam 6.40pagi ke rumah baby sitter (jauhnya 30minit masa di atas jalan). Sebelum ni aku & hubby sanggup je...sampai laa kesan luka (berkali2) mungkin bekas cakar di muka dan badan QQ membuatkan kami terfikir idea lain. 

Penyelesaian 2 : Hantar QQ ke baby sitter yang baru. Mak dah ada calon nya. Dekat dengan umah mak yang jaraknya xsampai 5minit dari rumah kami. So, boleh la hantar QQ jam 7.05pagi. boleh bangun jam 6.30pagi seperti biasa dan hopefully x ada kesan luka di kulit QQ lagi sebab baby sitter yang baru ni seorang yang lembut dan hanya menjaga baby (3bulan usia) sahaja. Adui...kasihan pulak baby tu nnti kalau di buli oleh QQ yang sangat lasak. Masalahnya..aku dan suami takut pulak nak tukar babysitter since QQ pon dah 1tahun 3bulan. Dah paham dan serasi dengan baby sitter ni. Entah ok atau tidak baby sitter yang baru ni. Nak naik tengok keadaan rumah dia pun segan. Baby sitter QQ sekarang ni makcik aku sendiri...bagus la dia jaga. Cuma....rumah dia jauh sangat. Hubby pulak cerewet nak hantar anak dia ke nursery pon dia memilih.

So, dengan 2 penyelesaian kaedah ini.....yang mana bagus di praktikkan? Sape tolong bagi idea yang best Nad nak bagi hadiah laa...


Honeymoon 2012



Suatu malam yang sunyi (biasa ckp hal2 romantik time malam laa ye) lepas tido kn QQ...tetiba mood gatal menggoda timbul. Buat teh tarik gelas besar (ok tipu....1 jug sebenarnye) utk mr Hubby....tersenyum je dia hirup teh yg masih panas tu. 8tahun dh kenal dan bercinta, masak sangat dah dengan perangai wifey.

Yer sayang..nak ape plak ni (kening berkerut...mungkin takut Nad mintak beli kasut lagi kot)..
Nak g honeymoon........ malu nk pandang mata mr Hubby takut di kata gatal - buang tebiat pulak.

Seronok bila usul diterima dengan tangan terbuka. Perbincangan menjadi lebih hot dengan cadangan tempat2 peranginan yang best-best. Macam-macam aktiviti diusulkan. Seronok bila kata sepakat dah di ambil.
Hubby suh jimat2 berbelanja kalau nak seronok bercuti duit penuh di poket... Yeaaa....suka2
Nad cadangkan nak pegi pulau-pulau peranginan kat Borneo sana nun. Kan cantik-cantik laut nya. Teringin nak berkejaran di pantai....mandi lat dan snorkeling.

Sehingga laaah....

Abang..nanti kalau kita nk snorkeling QQ nak bagi sape tolong pegang..?
Sape cakap QQ ikut skali. Tinggal la dia kat umah mak...sementara 3-4 hari je.
Tak mau la pisah lama dengan QQ. Bawak laa dia jugak..
Sayang....kalau QQ ikut, bukan HONEYMOON la nama nya. Itu bercuti 1 family.

Perbincangan terhenti jam 1 pagi....Hubby pg gosok gigi & Nad terus tido memeluk my lil QQ.

Mana aci pegi bercuti tinggal QQ kan. Dia pon nk honeymoon jugak..... (berani cakap dalam hati je)

Bercuti di kampung suami laa jawab nye. Best juge....!

o.o.t : seronok bila ada yang puji...cantik kasut Nad arini.... Ehem..abang yang beli. huhuhuhu

Monday, December 10, 2012

QQ masuk tadika...

Holaa....harini nk cite pasal mak-mak plak ye.

Dari tadi sibuk search pasal tadika @ pre-school yg glamer2 pada masa kini.
Hamboi....tadika pon ada brand2 yg femes2.
Genius Aulad - Smart Reader Kids - CIC - Qdees -----dan sebagainya.



smua gambar dari 'mr gugel' tersayang
banyak pilihan....pilih lah mengikut poket hati.

Terhegeh2 Nad meng-google perihal pre-school ni
Terkelip2 mata duk tengok pelbagai xtvt dan module pembelajaran yg di tawarkan.
Lebih hebat....
Terbeliak mata tgk yuran pendaftaran. Haaammmbbbooiii....!
Pre-school pon dh macam nk masuk U.

Smbang2 ...berkaitan isu tadika ni

A:  mahal nye yuran nk masuk tadika je pon
B : tadika murah ajar budak main2 & nyanyi2
A : aku dlu tadika murah, Alhamdulillah degree jegak
B : sebab dlu tak ada yang canggih manggih lagi
A : QQ (bkn nama sbnr) pegi tadika biasa2 dah laaa nnt
B : ko memang kedekut
A : @#%#$&$^#%#

Bukan kedekut laaa...tp niat ati nk bg QQ sekolah cine. So kena anta tadika cine la kan. Ada pendapat x pasal ni???

Oh ye...lupe nk bgtau. QQ masih tidak layak diterima belajar di mana2 pre-school.
Tunggu 3thn nnt baru tadika nk terima...sesuai laa tu
Time tu kena pegi tadika dh...dh nk jadi kakak long kan. hehehehe


Sunday, December 2, 2012

Gaya SAYA setiap kali ke rumah TOK AYAH

 Salam Semua...

Hari ni mula kerja semula setelah bercuti 2 hari di hujung minggu. Ya Allah...berat rasa kaki nk melangkah ke ofis hari ini. Dua hari dihabiskan bersama QQ pon dirasakan seperti tidak cukup. Entah la kenapa asyik rindu je dgn lil QQ ni. 

Setiap hari pulang ke rumah....lelah ibarat hilang dengan melihat muka manis QQ hadiah kn utk ibu n ayah. Xpernah rasanya QQ gagal berikan senyuman sewaktu Nad ambil dari bby sitter. Walaupon dia tidur, bila tersedar yang Nad memangku dia....terus mengukir senyuman. Haaaiisshh...hilang rasa lelah seharian berkerja. 

Nad rasa kagum dengan ibu yang terpaksa berjauhan dengan anak. Mungkin Nad tak boleh jadi setabah mereka. Tiap saat terbayang keletah si manja. Syukur Ya Allah....jgn kau rampas kebahagiaan ini dari ku.

Keletah QQ kadang2 bole mengundang 'murka' di hati bonda. Nasib laa QQ mempunyai bonda seperti singa. hehehe.... Keletah QQ yg sukar diduga dan aktif agak melelahkan hujung minggu Nad n Hubby.






























Eksplorasi yang sukar diduga. Semoga bertambah cerdik anakku.