Salam semua...
Topik yang Nad cuba bangkitkan kali ini lebih menyentuh kepada isu semasa yang semakin meragut ketenteraman para isteri dewasa ini. Sedih dengan sikap segelintir wanita yang sanggup merampas kebahagiaan wanita lain demi untuk mengejar kemewahan dunia. Haiisshh...tak takut kah mereka ini dengan hukum karma apatah lagi hukum ALLAH.
Semenjak dua menjak ini Nad selalu diceritakan dengan kisah menyayat hati...tentukan dari seorang isteri yang terpaksa melepaskan suami yang direbut perempuan lain. Hanya kerana suaminya kini berstatus 'orang kaya' sedangkan dahulu nya...si suami hanya bermoto kapchai ke tempat kerja. Entah laa...gadis2 sekarang ni lebih memilih cinta wang dari cinta hati. Atau mungkin hati mudah di beli dengan wang ringgit.
Si suami....jangan lah mudah lupa dengan jasa dan pengorbanan isteri. Memang dalam islam tidak diharam kan bermadu...tp sila laah patuhi hukum nya dari A-Z. Jangan jadikan sunnah itu topeng kepada nafsu yang sia-sia.
Kes 1 : Pasangan suami isteri yang berkahwin atas dasar cinta. Si isteri berjawatan tinggi di syarikat abang iparnya. Ada rumah dan kereta sendiri. Berkahwin dengan suami yang berkelulusan SPM dan berkerja di sebuah hotel di ibu kota. Keluarga si isteri jenis yang suka membantu anak menantu sebaliknya pula dengan keluarga si suami. Selepas berkahwin, simpanan si isteri semakin berkurang. KAd bank dan buku ASB di dalam genggaman suami. Katanya sebagai diberi mandat untuk mengawal kewangan keluarga. Jujur dan luhur hati si isteri. Simpanan si isteri digunakan oleh suami untuk membeli kereta besar (MPV) untuk memulakan perniagaan travel & tours yang dipelajari dihotel tempat si suami berkerja. Habis licin simpanan....dan melunjur megah sebuah kereta Estima di atas jalan raya. Keluarga si isteri semakin sakit hati melihat kebodohan. NAmun...di anggap sebagai 1 ketaatan yang dituntut untuk mengekalkan keamanan rumah tangga. Usia perkahwinan menjangkau 8tahun. Saat suka-suka ria anak yang seorang itu (tidak bertambah kerana si suami enggan) sangat cerdik dan menerima pelbagai anugerah akademik, saat itu lah rumah teres 2 tingkat tangga itu digegarkan dengan kehadiran seorang wanita mengaku kekasih hati si suami. Sakit hati bukan kepalang, si isteri membawa diri ke rumah keluarganya. Tiada ketukan pujuk rayu diterima dari si suami, apatah lagi keluarga mertua. Disaat anak tunggal mereka sedang mengejar kejayaan, saat itu lah mahligai dirobohkan oleh si suami dengan menduakan si isteri. Hati suami terpaut dengan wang kemewahan si janda beranak 1 dan berambut perang itu. Haissh..sanggup seorang ayah memeluk dan membelai anak orang lain sementelah anak sendiri di tinggal dirumah. Malah sanggu menidakkan status anak itu sebagai anaknya. Dan memang jelas kot muka anak itu mirip si suami. Sedih dengan keadaan, akhirnya mereka bercerai. Kasihan.
Kes 2 : Berkahwin selama 6tahun...tetap bahagia walau masih belum ada rezeki untuk beroleh cahaya mata. Si suami tetap setia menemani si isteri untuk berusaha beroleh anak. Kesabaran dan kasih sayang antara mereka adalah kunci pengurniaan seorang cahaya mata yang sungguh comel di usia 6 tahun pernikahan. Agungnya cinta yang terbina. Kehadiran si anak yang comel dan montel menceriakan hubungan dan istana hinggap mereka. Majlin aqiqah dan cukur jambul sahaja dijalankan dengan meriah....gaya menyambut raja sehari. 3kemah besar dengan lauk pauk katering yang meliurkan. Indah majlis sambutan kelahiran puteri sulung mereka. Setiap hari sama-sama menghantar anak ke rumah pengasuh yang jaraknya 10 langkah dari rumah. Seorang mendukung si anak dan seorang lagi menggalas beg. Rasa bahagia bila sama-sama mencium pipi si puteri cilik sebelum berangkat kerja. Muka seiras suami isteri itu disangka membawa jodoh yang panjang. Hanya dengan 1 lawatan ke sebuah hospital, si suami telah dibelit oleh lidah manis seorang jururaawat muda yang tertarik dengan poket tebal milik si suami. Entah apa yang merasuk, sikap suami semakin dingin dan akhirnya si suami memilih untuk berpisah dengan si isteri demi seorang gadis yang sanggup kahwin lari di Thailand. Kasihan si anak. Sambutan hari lahir pertamanya patut lebih meriah dari sambutan cukur jambul bertukar menjadi pesta air mata keluarga. Anak yang tidak mengerti mengapa kawan-kawan yang lain boleh memeluk ayah nya setiap hari tetapi dia...seminggu sekali pun susah. Adakah anak yang comel itu akan faham bahawa kerana kekayaan yang si ayah ada membuatkan mereka tidak boleh bersama? Bahagiakah gadis perampas itu dengan kehidupan merebut kasih suami orang?
Nad menyeru kepada semua perampas atau yang berniat merebut kasih suami orang. Walau apa jua alasan yang anda ada...ingat lah. Hidup di dunia ini ada tinggi dan rendah nya. Ada proses pembalikannya. Mungkin hari ini kita bersorak kerana berjaya merebut kasih orang, tetapi siapa tahu nanti air mata kita juga akan mengalir deras jika hak kita pula yang dirampas. Mungkin bukan kita, tetapi orang terdekat kita.
Garapan cerita ini bukan sekali sekala kita dengar. Si isteri yang sayangkan rumahtangga yang telah terbina....Ayuh!!! bangun dan goda semula suami kita. Jangan beri sekelumit ruangpun untuk anasir luar cuba menggoda suami kita. Ingat...!!!! Mengorat daring suami yang sah tiada salahnya....malah beroleh pahala. Dia pernah jatuh cinta gila dengan kita...mari kita berusaha biar suami jatuh cinta hari-hari dengan kita 'isterinya yang sah'.
Gambar ihsan dari mr gugel.
Nad pon selalu begini bila diberi hadiah @ wang dari suami. Jangan biar orang lain ambil hak kita.