Kawan2 kite...!

Monday, April 23, 2012

Hati Gundah Gulana.....gembira dalam gusar

Nukilan hati saaat ini....

Entah kenapa panggilan dari HR Manager IWK sebentar tadi betul2 telah meragut ketenanganku. Gembira dalam keraguan.... Gembira kerana telah berjaya dalam kedua2 temuduga dan mendapat posisi Project Executive disebuah GLC comp yang aku idam kn. Of cos ditambah pula dengan kenaikan gaji 1k plus dari sekarang. Rasa bibir sentiasa terjungkit2 ukir senyuman dan xhenti2 syukran Ya Allah di dalam hati. Namun begitu.....keraguan bertimpa2 dihujung2 bicara. Jawatan yg akan ku sandang berstatus kontrak selama 2tahun dan kontrak akan diperbaharui sehingga tamat projek....dijangka pada tahun 2020. Nah....! 1 jawatan menarik tp kelonggaran status itu meragukan aku utk menandatangani surat tawaran. 

Dalam hati mula berteka teki....wajar merebut @ biar kn peluang ini pergi begitu shj..? Pekerjaan sekarang?? Langsung tidak aku nafikan....kerja di TC memberi aku lebih byk masa utk diri sendiri. Perjalanan ke pejabat selama 10minit mnaiki kereta, masa kerja yg flexible serta kepercayaan yang telah diberikan oleh Boss membuatkan hati aku melekat d cni selama 4tahun. Walau kenaikan gaji hanya ciput setiap tahun, aku gembira dengan beban kerja yg biasa2 bg jurutera muda sepertiku. Di sini lah tempat aku belajar erti menjadi seorang jurutera yg sebenar. Aku mula mengorak langkah perlahan2 membina kumpulan rekabentuk sendiri dan belajar menggalas tanggungjawab sbg 'kakak' di sini. 

Namun, setelah melahirkan QQ di muka bumi..hati mula bertekad utk melangkah lebih jauh. Tak mau lagi di takuk yg lama. Maka...ibu kepada anak seorg ini bertekad utk edarkan 'resume' ke semua syarikat2 berpotensi yang dirasakan sesuai. Maka...dari banyak2 yg dihantar tu tersangkut la d 3 buah syarikat besar iaitu MRCB, IWK dan TOYO. Hanya MRCB dan IWK yang mmberikan jawapan positif hasil dari temuduga yang aku hadiri. Alhamdulillah...rezeki Allah kurniakan utk QQ tempias nya dapat aku rasa. Gembira dan bersyukur dgn peluang yg diberi, namun persoalannya...sanggupkan aku melepaskan status kerja tetap kini dengan umpan kenaikan gaji yg ketara? Bertubi2 persoalan aku utarakan d hati agar kesangsian dpt aku jauhi. 

Aku perlukan kekuatan utk mulakan langkah ini...dan kekuatan yg biasanya aku peroleh dari seorg suami itu tiada tandingnya. Aku capai telefon bimbit kecil molekku dan mula mendail nombor ABANG. Tak perlu tunggu lama, sayup suara dari hujung sana menghulurkan salam aku smbut dgn lemah. Hanya 30minit perbualan, suami berjaya meyakinkan aku bahawa segala kebarangkalian dan risiko harus aku tempuhi. Aku harus belajar keluar dari 'comfort zone' dan mula mengejar impian. Entah kata semangat apa yg ditiup, aku hanya mendengar dan menganggukkan kepala tanda faham...walaupon aku sedar dia tidak mungkin nmpk. Namun kata2 itu yg telah melonjak kembali semangat aku utk berhenti dari selesa ditakut yang sama.

Ayuh Nadirah, ini bukan masa utk takut melangkah. Sudah penat rasanya merangkak di bumi, teringin rasanya berjalan menongkah langit. Hari ini, saat dan tika ini. Aku bertekad utk menerima rezeki yang Allah beri ini. Jika bukan yg terbaik utk aku pun, mungkin ia terbaik utk yang aku kasihi. Semoga segala impian menjadi realiti kerana ia bukan sekadar mimpi2. 

Kalian...doakan langkahku agar tak sumbang. Amin.


Friday, April 13, 2012

Busana Indah sang Puteri - NORLEY'S BOUTIQUE

HELLO mummies.....

Sangat cantik design2 baju dari NORLEY'S BOUTIQUE ni... Untuk pengetahuan, butik online ni adalah milik adik Nad and sebagai kakak yg menyokong adik yg baru berjinak2 dlm online shoppe ni, maka kt cni Nad nk promote antara koleksi2 yg mendapat permintaan HOT customer2 nye.

Jm cuci mata....





Yg kt atas td smua nya dress2 cantik dgn material kain kaos spandex. Lembut & sejuk + berat. Sangat best sbb Nad pon dh tergoda byk utk beli dari dia. Harga sama utk smua baju kt atas ni...tp kalo Nad yg order kn mgkin lg murah kot. hahahaha.....




Yg ni pula....koleksi pakaian utk kanak2 & remaja. Yg ni mmg HOT....tambah2 plak yg DISNEY HOODIE MAIXIE tu. Mendapat permintaan yg mmberangsangkan.....& now tinggal limited size je kot. Yg ANGRY BIRD DRESS tu awal2 stok smpai kt umah mak pon...abis separuh stok d sebat oleh anak2 sedara Nad (kan smua nya geGIRL). Kualiti kain sangat selesa utk anak2.



Alhamdulillah...sambil2 dia sambung degree & jaga 2 org puteri, smpat jgk dia uruskan side bussiness ni. InsyaAllah dlm perancangan utk bukak kedai. Jom sama2 doa kan dia. hehehee

p.s: korang2....sape keje dgn Indah Water Konsortium (IWK)..??? Ok x environment kje dia ek?

Tuesday, April 10, 2012

Monday, April 9, 2012

NISSAN LIVINA X-GEAR

Salam hottiesss.....

Nad & En Hubby duk sibuk2 nk tukar kereta. Almaklum laa...kereta kami yg lama ni 2nd handed car. So kali ni En Hubby nk la cari kereta baru (free maintenance -3yr) dan sesuai dgn kami 3 beranak. hehehehe.... Kereta yg Nad nk cari tu biarlah harga berpatutan dgn poket kami yg cumel tp keluasan yg sesuai dgn bdn kami yg cumels jugak. hahaha....

Maka....belek2, pilih2, survey2...... Berkenan la plak dgn kereta ini...:

Interior biasa2 je...
Padan la dgn harga. hehehee..
InsyaAllah kalo ada rezeki nk upgrade leather seat.

Kaler putih ni pon menawan hati.

Sumber gambar dari google.

Sekarang pakcik Nad sedang usaha utk kami. InsyaAllah kalo ada rezeki akan jd milik kami suatu hari nnt.

Blogger smua......tolong laa doa kan Nad ye. Moga2 bole bwk QQ naik keta ni. Ameeenn...!

Sunday, April 8, 2012

Perihal QQ 7 Bulan ++

Hello chanteQ....

Sungguh pantas masa berlalu.... Masih lg terbayang kenangan mengusung QQ di dlm kandungan. Kini anakanda tersayang dh masuk ke usia 7bulan. Kenangan sepanjang 7 bulan bersama QQ terasa begitu singkat....moga dipanjangkan umur bagi ku & QQ utk terus bersama. hehehe....

Rezeki yg Allah berikan utk Nad & En Hubby x terperi banyak nya....sepanjang kehadiran QQ dlm hidup kami berdua, byk anugerah , dugaan, cabaran & senyuman yg kami peroleh. Syukran YA ALLAH.

Ok laa...sehingga semalam (QQ berusia 7bulan 1hari), QQ sudah menguasai 1 teknik baru (selain meniarap pd usia 3bulan 3hari & Memasukkan kaki dlm mulut).....iaitu menyulur (ke mengesot ek...xtau la term yg di gunakan tu btul x). Walaupon masih belum merangkak d usia 7bulan...tp pergerakan pantas menyulur tu dh menggembirakan hati Nad & En Hubby. Seronok x terhingga bila QQ pandai move sendiri utk capai toys dia. Xperlu ayah @ ibu tlg ambil kn. Ini adalah step sebelum merangkak.... gud QQ. Try explore slow2 ye baby QQ.

Oleh kerana baby QQ dh mencapai usia 7bulan....jadi Nad & Hubby survey2 laa 'kereta' utk dia. Tp xbole beli lg sbb QQ masih belum bole duduk sendiri.


QQ try bumbo seat kt OBW.
Sekejap je dia nak duduk. Lps tu nangis2 xmau. Adoi la ank....nasib baik ibu xbeli lg.




Try walker kt JJ Alpha Angle.
Smua mainan depan mata tu dia nk masuk kn dlm mulut.
Disebabkan kaler2 striking....mmg dia suka laa.


Buat masa ni...xmau beli lg 'kereta' utk QQ. Sbb En Hubby nk tukar kereta Nad dulu. hooyyeeaaaHHH.....

p.s: kereta ape yg best ek kwn2...? Nissan crossover LIVINA X-GEAR ok tak yee?

Tuesday, April 3, 2012

KITCHEN CABINET MURAH MURAH jeeee

Hye smua....

Jarang2 bersiaran ttg perihal sendiri...selalu sgt n3 pasal sikecik cumel QQ. Jadinya lupa plak nk update pasal perKEMBANGan terkini utk life sendiri. heheee....

Masih terbayang2 impian kitchen cabinet yg di idam2 kn dari dulu.....tp bila di tilikkan HARGA nya....mak aih....xmampu nk tanggung buat masa ni. Maka ape yg mampu je laa di buat dulu. Memandangkan QQ dah makin membesar, jd environment tu kne elok sikit la. Senang utk Nad simpan barang2. Mula2 igt 'kedekut' nk buat, tp bila memikirkan rumah sendiri....so xrugi kluar duit sikit.

Walopon hubby sedikit refused pd awal nya (sbb dia dh aim nk buat mcm yg d plan kn), tp lps Nad pujuk2 utk buat dlu yg biasa2 asal kn berguna utk storage & cucuk2 sket guna nama QQ....maka dpt la persetujuan hubby dgn muka ketat pd awal nya. Mujur laa....sokongan kuat mak & kakak Nad, maka hubby terhasut utk lps kn dlu niat nk buat kitchen cabinet design cantek yg menelan belanja RM8k above dan pasrah dgn rekaan kitchen cabinet murahan RM4k below. Haaa....separuh penjimatan u olss.

Jum tgk kitchen cabinet umah Nad yg x seberapa nih.


Ni waktu pemasangan. Kontraktor melayu.....dan sangat kemas pembuatan nya.

Tadaaa..... Dh siap kitchen cabinet dapur kecilku.
Di sebabkan ruang agak terhad, jd Nad minta cabinet yg tinggi sket.....dlm 4ft tinggi la. So byk ruang utk storage. Bhgian bwh table top, still menggunakan cmin kaca dgn frame aluminium....utk thn lama & yg paling best....bole kunci.

So cik QQ xde chance nk tlg ibu MENGEMAS. hehehee.

Simple je kan. Tp cukup laa utk kegunaan Nad d dapur. Bersemangat u ols nk memasak sbb cooker hood tu sgt best. Feeling2 chef gtu. hahaha.... Lps ni aim nk buat tv cabinet plak la. Sbb agak berserabut sket laa kt bhgian ruang tv tu. Yg murah2 sudey....

Ok laa... berjumpa di lain entry.

P.S: QQ masih belum boleh merangkak & masih belum tumbuh gigi (ibu still blend bubur bg hancur) walopon lg 3 hari menjelang usia 7bulan. Ish ish ish ish.......