Kawan2 kite...!

Tuesday, September 6, 2011

Warkah buat anakanda.



Assalamualaikum.
Saat bonda menulis warkah ini, anakanda sedang ligat bermain dlm rahim bonda. Apa laa yg di seronokkan sgt sampai senget2 perut bonda. Di sbb kn anakanda masih aktif, jadi bonda tangguhkan dulu niat untuk pulang ke teratak kasih, tambahan pula ayahanda juga masih belum pulang. Ya...anakanda, ayahanda skrg semakin sibuk dgn urusan kerja. Kasihan bonda melihatnya. D sebabkan bonda masih punya masa terluang, jd bonda cuba karangkan warkah ini utk tatapan anakanda. Moga suatu hari nnt, anakanda anak mmbca warkah coretan bonda ini. Mungkin jg setelah bonda tiada.

Anakanda ku syg....
Setiap saat dan ketika, doa bonda hanya lah meminta anakanda keluar lah dari rahim ini dgn selamat. Bonda & ayahanda akan setia menanti kehadiran anakanda ke muka bumi ini. Ceceeehhh... Walopon setiap mlm anakanda hadiahkan tendangan padu, berserta rajuk2 manja (mengeras d sesetengah bhgian) dan pergolakan2 yg mencuit hati, ayahanda & bonda tetap menyayangi anakanda. Jgn la anakanda leka bermain d dlm perut bonda sehingga lupa utk kluar pd masa & ketika nya. Hehehee.....
Kasihan la pada ayahanda, terkejar2 dgn bebanan kerja ditambah pula dgn kerisauan terhadap keadaan bonda yg dh sarat & anakanada yg semakin ligat di dlm. Kadang2 bonda berlagak kuat, tabah & cuba utk berdikari seboleh mgkin supaya beban d hati ayahanda tidak bertambah. Setiap mlm anakanda d kucup sblm tidur, di belai & hanya nama anakanda bermain d bibir nya. Jd, jgn tggu lama2 ye syg. Ayahanda dh xsabar2 lg nk memeluk anakanda.
Semoga, setelah kelahiran anakanda dgn selamat maka kerisauan ayahanda pn akan berkurang. Tanggungjawab itu akan d tanggung separuh oleh maktok semasa bonda dan anakanada berpantang 44hari. Dpt la ayahanda fokus pada kerja tanpa risau keterlaluan terhadap kesihatan & keadaan kita berdua. hehehee....
Segala kelengkapan telah pon bonda & ayahanda sedia kn....hanya menanti anakanda lahir ke dunia ini. Bonda jg telah bersedia untuk berjuang melahirkan anakanda ke dunia ini dgn keREDHAan ayahanda. Bonda yakin anakanda akan memberi sepenuh sokongan & kerjasama terbaik nnt. Doa bonda agar Allah akan pelihara kita berdua. Amin..!

Anakanda ku syg...
Tendangan dari anakanda sudah berkurang saat ini...mungkin anakanda memahami suara hati bonda. Heheee... Mlm ni kita akan beradu di bilik atas (ada penghawa dingin) kerana bonda kasihan kan lengan ayahanda akan basah dgn peluhan bonda lg mlm ini. Jadi, jom kita balik dan mengemas bilik atas yg berhabuk ditinggalkan tidak berhuni selama 8bulan. Semoga berjumpa di lain lembaran. Tinggal 16 hari lg sebelum tarikh keramat itu. Bonda akan sabar menanti detik itu. Semoga Allah kuatkan semangat & kudrat bonda utk berjuang.

Ikhlas kasih bonda buat anakanda.
Nadira-060911-18:12

mmy ddy..

2 comments:

wanie said...

nad.... dh tulis warkah utk baby.. sweetnyer.... wanie x uat warkah pun... just nak baby nie cepat cikit keluar....ahhahaha nampak sgt dh x sabar.

PUAN THALHA : said...

wah. tak sabar nak tengok irwan Jr! InshaAllah nad. Kite doakan agar baby dan ibu selamat. :)
selamat hari raya