Amboi, sakan betul beraya ni....sampai Syawal ke 12 baru sempat nk upload cerita raya. Huhuhuu... Sebenarnya bukan sibuk beraya sgt pon, sibuk dgn penyakit selepas raya...ape lg kalo bukan SAKIT PERUT. Almaklumlaaaa...lps sebulan puasa tibai mkn mcm2, meragam la perut ni. Okeh2..xmau cite pasal sakit2 nih. Harini Nad nk cite pasal raya tahun ni. Jum layan....
Ni la gamba family Nad d pagi raya. Alhamdulillah....tahun ni beraya bersama 3 adik beradik yang lain. Cuma abg tan & kakak je yg terpaksa beraya d rumah mertua. Nad beruntung sbb Hubby decide utk beraya d rumah kluarga Nad dlu sblm btolak balik ke Ipoh utk bersama kluarga sebelahnya pulak. So, merasa laa beraya d hari pertama utk kedua2 belah pihak.
Tahun ni family Nad bertemakan Royal Blue d raya pertama. Abg Cik bertemakan hitam, Kak Nim merah dan amy pink with baby blue. Sweetkan bila masing2 family beraya sedondon. hehehe
Nad bersyukur sgt dpt hubby yg memahami dan xguna kuasa VETO. Nad mmg nk sgt beraya kat umah sendri dlu sblm ke mana2. Bukan x suka beraya d rumah mertua, cuma kemeriahan smbutan raya tu xsama. hehehee.... Menu d pagi Syawal rumah je dah meriah bagai. Ada lontong, laksa, nasi impit kuah kacang, ketupat dan 2 jenis rendang berbeza. Belum lg menu tambahan yg dikongsi dari jiran tetangga. Meriah tau...walopon duduk d kl. Kuih raya je smpai xmuat balang....last2 kna g bli balang baru utk topup. Berjenis2 kuih raya dan kerepek laa utk sntapan semua. Memang menangis laa Nad kalo pagi raya xmerasai kemeriahan ni. Penah skali Nad sambut pagi Syawal tanpa ini semua...and Nad akan berusaha utk pastikan itu lah kali yg terakhir. huhuhu.
Ini la gamba famili kecil saya. Alhamdulillah....kali ni beraya bertiga.
Ptg raya tu dah sampai IPOH. Dapat la kami beraya dgn famili Hubby plak.
Adil kan...dua2 dapat beraya d hari pertama. Tp selepas seminggu baru kami balik kl.
QQ keletihan beraya...smpai tertidur.
Raya kedua....dan bersiap sedia Nak Round2 beraya.
Bersama family mertua.
D rumah tok Hubby...Tanjung piandang.
Kami Bertema HIJAU pulak.
Raya Ke 3...Jalan2 ke kedah. Tema UNGU pulak ye...
Banyak jgk rumah saudara mara yg kami xsmpat singgah. Xterkejar masa dgn anak kecik ni. Moga ada rezeki d lain kali.
Oh ye...sblm balik kl aritu, adik ipar ajak kami pg mkn pasemboq padang kota. Ok lah kan, asyik mkn ketupat je boring jgk. So ke padang kota kami bertema PINK. hehehe...
Ok lah, masa utk Nad buat kje plak ni. Smoga berjumpa d lain entry. Daaa
p.s: xmenang contest pzah laaa... xpe2, lenkali bole cuba lg. hehehe =D