Kawan2 kite...!

Wednesday, February 20, 2013

Bila Anak Suka Makan Sendiri

Hello Ladies semua....

Ini adalah entry lama (tersimpan d draft) dan baru di sambung kembali dan publish. Membaca blog mummy2 smua yang rajin memasak utk anak....membuat kan Nad pun berkobar2 juga semangatnya. Tp sayang....Nad xsempat masak hari2 utk lil QQ. Biasanya weekend sahaja yang berkesempatan. Hari2 yang lain biasa Nad akan bekalkan sandwish @ pancake je utk QQ. Sebab babysitter yang akan masak utk lunch & dinner QQ. Nad x risau sangat sbb makcik Nad tu masak ape pon sedap. ehehehe..

Menu masakan pon asyik masak benda yg sama je. Dah itu je fav QQ. Nasi + udang + vege. Kalo letak ayam @ daging @ ikan....memilih xmau makan sangat. Tp kalo udang.....king size pon sumbat laju2. hehehe.. QQ ni turun minat ayah nya. Suka makan nasi. Pernah beberapa kali buat pasta (sanggup mencari pasta alphabet kut2 nk bagi QQ suka), tp di pandang sipi2 je oleh cik QQ kita ni.





Tengok laa gaya dia makan tu. Once dah bagi sudu & garfu tu kat tangan dia....jangan harap la nak ambik balik selagi dia tak kenyang. Heeehee.. Focus betul dia makan...ni kalo mertua lalu belakang pon x sedar dah ni. =D

Nad ada pernah mencuba resepi begedil utk baby. X ingat dah blog mana. Nnt time tulis entry tu Nad try cari link dia ye. Anyway....selamat rajin memasak smua.


Monday, February 18, 2013

Fridge Organizing.....

Hello Ladies...

Semangat berkobar2 nak jgk susun atur peti ais yang x seberapaku ini, hasil penangan entry di blog aty (sini) dan blog umie sue (sini). Walau pon diorg berdua ni suri rumah dan byk masa dirumah....Nad yg berkerja pon nk jugak sematkan budaya susun2 dan kemas2 ni dirumah sendiri. Dapat manfaat dan idea yang bagus bila baca blog kedua2 mommy ni. Diorang sangat rajin dan teliti dalam kekemasan rumah walaupun sibuk menguruskan anak kecil. Ape lagi kawan2......terkesan laaah di hati Nad utk ikut perkara2 yang baik dan termampu utk seorang ibu kerja (slalu balik lwt) ni lakukan.

Nad memang suka beli tupperware. Susu, biskut, nestum dan smua makanan QQ biasanya Nad akan letakkan kat dalam tupperware. Satu kesalahan yg Nad sedar sekarang....Nad beli banyak tupperware tu bentuk bulat. Susah la sket nak atur kemas2 pada ruangan yg sempit. Ini semua gara2 terpengaruh dengan corak dan sistem 'one touch' pada bekas kedap udara brand tupperware ni la. 

Lepas je bersemangat semula menyusun...mula laa terbayang2 set bekas kedap udara kat IKEA tu. Cantik sangat bila aty susun comel2 dlm fridge. Mujur x beli lagi....bila digodek2 dalam cabinet Nad, ada lagi bekas tupperware yang boleh digunapakai semula. Al maklum laaa....Nad ni bukan hari2 masak. Breakfast pon selalu cereal @ toast bread je. Jarang2 masak goreng2 ni. Kalau ada pon masak meriah sket masa hujung minggu. So xperlu la beli bekas banyak2, sedangkan barang nak diisi tu sikit. *sedey*

Ok la... Jum layan Nad tengok gamba2 susun atur fridge cumel ni. hehehe


Ni laa peti ais kesayangan Nad. 
Bunga2 tu mak Nad yang gubah... I tukang beli je. hehe


 
Macam ni laa susunan yang Nad buat. Barang x banyak mana....sesuai la dengan penghuni rumah 3orang (Nad + Hubby + QQ). Bila penghuni dah bertambah nanti boleh la meriahkan lg fridge ni. InsyaAllah. *theehehe*

Secara terperinci...ini la susunan nya dari atas :

1) Bawang merah yang telah dikisar (mudah sikit nak masak bila2, Nad slalu blend banyak2 sebab malas...tp ni dh tinggal sket je), cili kering yang telah di kisar (Hubby suka makan sambal tumis...so ni wajib ada), mentega (biasa dan soft - utk sapu pada roti), madu dan cheese (baru2 ni je Hubby Nad suka makan sandwich + cheese).

2) Kali ni letak buah apple, ikan pekasam, udang kering, cili2 dan halia + lengkuas + serai (Nad suka masak guna serai...bau masakan akan wangi dan bertambah berselera nk makan).

3) Sayur2 (Nad jarang beli sayur berdaun utk buat stok...sebab x tahan) biasanya kubis, tomato, carrot, broccoli dan cauliflower. Vitagen, Kentang (yes...Nad masukkan jgk dalam fridge untuk tahan lebih lama), belacan dan gula2 fav Hubby.

4) Bahagian ni Hubby request untuk kosongkan. Dikhaskan utk letak lebihan makanan@minuman yg xhabis, dan barang2 yg lain2. Sekarang ni Nad letak bubur kacang (makcik Nad kasi siang tadi - dalam bekas ice cream tu) dan begedil QQ lebihan utk digoreng nnt. Hubby suka letak Mug air bfast yang x habis di situ.

5) Dalam bekas tertutup bawah tu, Nad letak roti2 dan karipap frozen utk digoreng tiap2 pagi (baru belajar buat karipap pusing dgn mak haritu) hehehe




Bila peti ais bersih dan tersusun, mood nak masak tu pon berbunga2 dan mudah laaa nak cari barang2.

Selamat menyusun semua..



Sunday, February 17, 2013

Berkenan sangat dengan fesyen TUDUNG ustazah Bahiyah

Salam semua....

Semoga ceria d pagi isnin. Nad seperti biasa laaa....setiap isnin pagi pening kepala dengan update report yang banyak. Tp...sempat jgk menjengah blog ni. hehehe...

Alkisah semasa nak buat air pagi tadi, Nad terdengar kakak2 d Ranhill ni bersembang. Ramai yg memuji penampilan manis Heliza (af) dalam rancangan Semanis Kurma baru-baru ni. Amboi...kalo cik heliza ni dengan pujian melambung tu...mesti senyum berbunga2. hehe... 

Sibuk diorang memuji cik Heliza, Nad tetiba mencelah.... cantik kan fesyen2 tudung terkini Ustazah Bahiyah dalam rancangan tu. Waah..semua mata pandang Nad (ada 3pasang mata je pon). hehehe. Topik lari laa plak Nad ni.

Terus seorang kakak ni pg tempat dia & gugel terus fesyen2 tudung ustazah tu. Sambil senyum2 Nad pon menapak join sekaki. hahaha... Mug milo panas masih dalam genggaman. Xsempat nk sedut pon. Exited join gossip pantry. hehehe

Cantik la...Eh, ustazah ni dah kurus la..... cantik & menutup aurat. Itu laa komen2 dari juri2 lantik sendiri. heheh... Tapi, memang cantik pon. Nad sangat berkenan dan teringin nak dpt kan tudung2 macam tu.InsyaAllah nk beli sikit2 buat salinan. Naaaak.....sangat2.




Cantik kan.... cantik jugak. hehehhe

Tuesday, February 5, 2013

MAAF KAK OGY...tapi RESTORAN OGY D'GREENWOOD harus ada pembaharuan

Salam Rabu semua...

Sepatut nya hari rabu ni ramai blogger buat Wordless Wednesday.....tp Nad terlebih rajin nak reply komen khas untuk entry sebelum ini.<>

Ada komen dari seorang hamba Allah yang menggelarkan diri sebagai Fauziah Ahmad Daud. Harap2 bukanlah 'anon' yang menyamar sebagai Kak Ogy. Tp dengan susun kata yang sopan Nad rasa itu mungkin juga Kak Ogy yang kita semua sayang. Haaaiissh...rasa bersalah pulak buat entry yg lepas. 

Tapi..... sebenarnya entry itu jujur sekadar luahan seorang pelanggan 'kecewa' dengan layanan dari pekerja restoran tersebut. Nad bukan nya jenis tidak sabar menanti, tapi melihatkan ada 3-4 orang pelayan bersidai di kaunter bayaran sambil bersembang sedangkan ada 2-3 meja masih belum dapat menu apatah lagi order...membuatkan hati pelanggan yang pertama kali jejak kaki ke situ menjadi marah. Nad merasakan bahawa pelayan2 di kedai makan harus lebih peka dan kerja dengan dedikasi. Bukan nya melengah2 masa untuk berikan buku menu...dan bahasa yang digunakan untuk ambil order juga haruslah baik agar pelanggan yang tunggu lama pun boleh sejuk hati nya. 

Nad sangkakan mungkin Nad saja mengalami situasi tersebut di restoran Kak Ogy. Adik Nad dan keluarganya jugak hadapi situasi yang sama. Tp, Hubby dia ni jenis 'langgar' saja. Terus ke kaunter untuk ambil menu dan order setelah hampir 5minit duduk saja. Mungkin suasana malam dengan sama2 lampu 'canggih' di restoran tu menyebabkan pelayan xnampak kot mereka. 

Nad harap Kak Ogy siasat la macam mana layanan dan kualiti makanan yg disajikan. Bukan nya apaa...kebanyakan pelanggan yang pertama kali nk ke sana tu adalah peminat Kak Ogy dan sayangkan akak. So, lebih manis melayan peminat dengan layanan yg terbaik. 

Itu sahaja untuk kali ni.

Untuk readers yang lain....terpulang la pada u ols. Mungkin nasib Nad pegi tu xbaik....mungkin time u ols pegi lain pulak layanan dan keenakkan makanannya. huhuhu


Take Care

Tuesday, January 29, 2013

Kedai Makan OGY D'GREENWOOD

INDAH KABAR DARI RUPA

Hanya itu laa ayat yang sesuai Nad berikan pada kedai makan yang meletop2 (kununnya) di greenwood ni. Pemilik restoran Kak Ogy (yg gah nama nya dipersada seni) harus ambil inisiatif baru dan cepat2 sebelum ramai yang berperasaan macam nad ni.

Hello semua...

Amboi..panjang mukadimah baru nak helo helo bagai. Entry kali ni bukan berniat buruk kepada sesiapa...tetapi lebih kepada ingin berkongsi rasa dan pengalaman untuk tatapan pembaca blog Nad yang sejemput itu. 

Mula2 Nad dapat tau ada 1 restoran baru buka d greenwood, decorasi yang cantik dan yang paling gempak...pemiliknya adalah 'azura' kesayangan ramai...akak ogy..!!!! Seronok bukan kepalang, terus buat ayat2 manja dekat Hubby. Gosok2 tangan sambil kelip mata berkali2, memujuk untuk makan d restoran pelakon kesayanganku juga ni.

Malam tu jugak kami 3 beranak (dgn perut yang betul2 kosong) pegi untuk serbu restoran yang katanya hebat dengan masakan arab dan ala carte. Ceewwaaah...dah berangan ni. Nak order mcm2 sambil memerah poket Hubby yg masyuukk bulan ni. 

Sampai je dekat sana...mata dah buntang tengok decor2 hiasan lampu gantung2. Comel sangat di mata saya. Waaahh...semakin berbunyi perut nak menyantap makanan ni. Hubby turut memuji decorasi kedai tu. 

Hubby : cantik ye kedai dia. dari jauh dah nmpk. senang nk cari
Wifey : ye la. kak ogy ni kan perfectionist. semua mst nk yg terbaik.
Hubby : jgn makanan xbaik sudah.
Wifey : xmungkin...kalo xbagus syg belanja abg HAYAKI mlm ni jugak. *sempat beting tuh*

Waaahh...yakin betul saya. Pelanggan x berapa ramai....jadi mudah untuk kami mencari meja dan kerusi untuk duduk. Smpt tangkap2 gamba lg...sementara menunggu menu.

tangkap gamba QQ berlatar belakangkan lantern yg cumels.

5 minit berlalu.

Nampak kelibat pelayan yang tengah bersembang dekat kaunter bayaran. 'Dik...bagi menu dik. Nak order'..

10 minit berlalu.

Nad tengok orang meja sebelah dah bangun. Tp meja masih bersih. Diorang pun menunggu lama...menu pon lambat nk kasi. 

20 minit berlalu.
 
Baru menu smpai di tangan...Nad malas nk complain lambat, even Hubby dah buat muka bengang. So Nad tanya laa...Ape yang menarik kat sini. Bole pulak budak tu jawab....akak kalo nak cepat order western je kak. Yg ala carte ada yang tunggu sejam pon belum dapat lagi. Lambat sikit.

Gila ke ape...lambat sikit sampai sejam. Tu lambat banyak dik. Hubby terus angkat bontot tanpa sepatah kata. Nad?? Ikut skali laa. Tp sempat la pesan kat adik tu. Lenkali alert la bila pelanggan masuk. Ni nak tunggu buku menu sampai 20 minit wut the heck kan... Tp Nad tegur dalam nada elok la. 

Sedey sangat hati.....maka kami 3 beranak berangkat la ke HAYAKI dan terbang laaa duit poket Nad untuk dinner malam tu.

 Tak payah tunggu lama.... menu dh tersedia. 
Baby chair utk QQ pun cpt2 diorg bawa bila diminta.

Mujur laa nasi kerabu HAYAKI ni super duper yummy. 
Terubat sikit luka hati di gerai Kak Ogy. *uhuk

Wednesday, January 23, 2013

SAKIT HATI

Kenapa laa susah sangat nk paham....???

Pelik laaa dengan perangai manusia yang suka menyusahkan kehidupan manusia lain.

Hairan dengan sikap manusia yang suka menimbulkan masalah pada manusia lain tanpa ada rasa bersalah. *p.s: haiwan punya masalah aku xmo pikir. sebab masalah aku pon x terpikir.

Tak sedar agak nya hidup kita ni ibarat roda. Walopon 'anda' tu authority....tp anda tu MANUSIA.
Sama je sedut oxygen dengan saya. So....please laa paham. Susah sangat ke nk bg kerjasama.

Nak bagi rasuah xbole la plak....sebab berdosa. Susah2 hantar body guard la. Meh cni nk hantar..

Haaaa... ada gaya macam nak sumo kan... Berani nk gado?? Meh laa berdepan dgn QQ. Pitching suara dia  bole buat ramai yg menyerah. Huh.